Written by Bella | April 8th, 2015

Semalam, Sharnaaz Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak redha dengan kemenangan Shah Iskandar sebagai Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2014 dan lebih rela tewas dengan pelakon Amar Baharin. Sharnaaz juga meminta agar peminat mengundi berdasarkan bakat dan bukannya rupa semata-mata.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Shah Iskandar bagaimanapun tidak merasa kecil hati serta memberitahu Sharnaaz mempunyai hak untuk bersuara.

Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa.

Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut.

Pada masa yang sama, Shah merasa agak terkejut apabila sekali lagi menjadi juara dalam kategori tersebut dan sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sharnaaz Ahmad dan Amar Baharin.

Sehingga kini saya masih terkejut dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kerana kelab peminat yang berkerja keras dalam memastikan kemenangan pada malam itu kerana melakukan sesuatu perkara luar biasa.

Tidak salah untuk meluahkan pendapat tetapi kita harus menerima kekalah dengan penuh keredhaan. Sudah tertulis bukan rezeki Sharnaaz Ahmad untuk menang, jadi teruskan usaha anda. Siapa tahu mungkin tahun hadapan anda berpeluang untuk menang?

Sumber Berita: mStar Online

19 responses to Shah Iskandar Tidak Berkecil Hati Dengan Kenyataan Sharnaaz Ahmad

  1. senget sangat kannnn says:

    mmg lawak la si syah ni menang…ntah drama mana yg femes ntah…aura pn x dak…biasa2 jek..level pelakon pembantu yg main serkap jarang tepi jalan jek ni..

    0

    0
  2. melati says:

    saya pun tak kenal Syah ni?? tetiba jer dapat award…..dh macam anugerah cap Ayam plak aku tgk…., kalau can ni lah lagi 10 tahun filem2 industri Melayu pupus kot..

    0

    0
  3. Lavender says:

    Sharnaaz pun bukan besh sgt. Hoho

    0

    0
  4. Anonymous says:

    aku xde la minat kt shahnaz ni tp aku sokong ckp dia tu. ape lakonan shah iskandar yg bagus sgt? undi diri sendir ke lps tu menang buat2 tkejut..pui!. jujur aku ckp klu shah iskandar ni ade kt tv mmg aku tukar channel. nasib naik teman lelaki upahan EL n khaira watak utama. klu tak aku dh tutup tv.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    aku pun tak setuju dia ni menang.. tapi bila tengok dia menjawab kritikan sharnaaz ni, dia cool je komen.. terus aku sejuk hati.. ok moga maju ke hadapan shah! beri la dia peluang.. sharnaaz dah membosankan..asyik meroyan je..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    anugerah abph mmg x de kualiti sbb dipilih peminat… byk fans byk la undi…. tambah lak masing2 ada fan club sendiri… sesama fans club dok berlawan atr undian utk retis masing2.. sbb tu anugerah nie mmg ntah apa2…. just for fun ok la kot….

    0

    0
  7. stupid cupid says:

    Sbb tu aku x penah tgk lgsung anugerah ni.baik pngcara ,baik pmenang suma hampeh jek.pminat yg plih pn plih lh bdasarkn bakat bukn pd rupa tapi kaku.pminat pn bahlol.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Dah namanya Anugerah Bintang Popular Berita Harian….
    Jelas lagi bersuluh makna anugerah tu. Dah tentu dia berasaskan undian… POPULAR BERITA HARIAN. Bila dia nak yg popular…mana ada dia pentingkan bakat seseorang artis tu. Dia penting kePOPULARan artis & pastinya ia bergantung kepada jumlah undian peminat.

    0

    0
    • Mail says:

      klau nak cari yg popular….zul arifin yang tengah meletup tu kenapa x tersenarai.
      shah iskandar ni biasa2 je…x ada lah popular mana.

      0

      0
  9. wooo says:

    dia ni dengan amar baharin sama kot. undi diri sendiri jerr… popular tu entah kat mana.

    0

    0
  10. anon says:

    bagus budak shah ni,down to earth..ok la tu dia menang,rezeki di,lagi pun dia dah lama dah berlakun kat mesia ni dari gerak khas lagi,sharnaz pun bagus belunm ada rezeki tu

    0

    0
  11. saya says:

    Syah nie org dia humble.. tk sombong… dia nie tk byk ckp.. syg btul dgn mak dia…saya pun terkejut syah menang but nk buat cam ne kan dh rezki dia.. mmg lah shanaaz tu lagy bagus then syah…tapi kekadang bosan lah lakonan shanaaz nie kekadang bagus kekadang too confident n terover…saya minat shanaaz jugak hehehe..

    0

    0
  12. Tgk abph says:

    Mula2 t’kejt gk,simple je sy ckp ‘ne cnfrm xmenang’ tup2 shah menang,ble fkr blik…shah lbh popular.huhu

    0

    0
  13. si comel says:

    alahai…da rezeki die menang..byk je drama aku tgok shah ni berlakon..aku idok ler minat die tp bg aku bagus je die berlakon..korg yg xpnh nmpak dia berlakon msti xtgok tv..kann

    0

    0
  14. melati says:

    abp sekrang ni dh x mcm dulu2…kalo dulu2 yg menang tu memang betul2 popular dan dh boleh agak..sekrang ni ntah sapa2 ntah boleh menang walaupun lebih ada yg popular dri yg menang..contoh mcm tasha shila menang dulu..dri mana ntah dia popular tetiba menang..hmmmm borenk

    0

    0
  15. tak popular says:

    Mcm x de nilai pun abph ni. hulur je duit utk beli suratkhar bh banyak2 pd fan club @ belanja mereka (bkn rasuah pun tapi ini salah satu strategi & usaha) lps tu fan club undilah artis kesayangan mereka walau tak popular dikalangan masyarakat diluar. Popular dikalangan fan club je

    0

    0
  16. Anonymous says:

    cam pelik je.. dulu isu undi adiputra pun terkubur je.. sgt pelik! Singaporean lagi?

    0

    0