Written by AbangNara | January 29th, 2014

Baru-baru ini, rakan baik Lisa Surihani, Scha Al Yahya telah pun mengumumkan kehamilannya. Selaku seorang isteri, Lisa juga kini sedang berharap agar gilirannya akan tiba jua untuk bergelar seorang ibu. Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada rezeki buat dirinya dan suami, Yusry. Untuk makluman, Lisa dan Yusry sudah pun berkahwin kira-kira 2 tahun.

lisa surihani hamil

Adat pasangan yang dah berkahwin, pastinya sering diasak dengan soalan mengenai kehamilan. Lisa Surihani juga tidak terkecuali. Tidak kisah dengan soalan-soalan biasa seperti “bila lagi?”, Lisa mengakui yang dirinya kecil hati apabila ada pihak yang bertanyakan soalan-soalan sensitif. Kata Lisa kepada MalaysianDigest:-

Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.

Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega

lisa surihani hamil

Betul kata Lisa Surihani itu. Takkanlah hal dalam kelambu pun nak kena beritahu orang ramai. Abang Nara pasti Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja dan berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Selaku peminat, kita boleh “concern” tapi janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Insya Allah kalau kita doakan, mana tahu ada berita baik untuk pasangan ini. Buat Lisa dan Yusry, bersabarlah. Insya Allah akan ada rezeki anda suatu hari nanti.

P.S: Michael Schumacher mungkin koma sepanjang hayat

88 responses to Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati

  1. senyum sokmo says:

    sabar lisa.aku pun xde rezeki anak lagi.tp rezeki Allah tu bermacam2 bentuk ada.sakit hati gak dgn sorang rakan fb aku yg dah jadi janda ni.x habis2 tanya bila aku nak ada anak.kekurangan sendiri x nampak.nampak kekurangan aku je.kang aku tanya dia bila nak berlaki kang baru tau.huh…harap aku terus menjadi org yg sabar dan menjaga hati org lain.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku ada dua anak lelaki, org duk tanya bila nak ada anak pompuan pulak.. bila aku kata aku xnak dah, mcm2 la duk ckp konon xde anak pompuan x lengkap la hidup berumahtangga.. waddefak… bingai je manusia2 yg duk tanya2 soalan2 baghal ni… apakata suruh dia tanya tuhan je kalau nak jawapan sgt!

      0

      0
      • aku says:

        Kenapa tanya lisa? TANYALAH YUSRY!!! opsss :)

        0

        0
        • nabil says:

          ko ckap benda x baik pasal org laen…nanti kene kat kau balik

          0

          0
        • Aaron Aziz says:

          aaron anak ramai,
          takde pun bising pasal bini dia hamil ke apa..

          0

          0
        • Neelofa says:

          apa faedah kalau kita dapat tau orang tu hamil?

          0

          0
        • 2cents says:

          tak usaha ke?? cmna nak jwb ehh??
          bila ada yg tanya nape tak usaha tu yg I rasa nak ketuk2 jer kepala dia.
          perlu ker i tunjuk mcm mana cara i usaha? nak kena ada bukti video ke utk bg korang tgk segala usaha i??

          klau anak boleh dibeli dan diusahakan dgn wang ringgit lebih byk dari you I boleh ada tp ape boleh buat ini kan kerja ALLAH..

          0

          0
        • Azzy says:

          Di-doakan lisa & yusry murah rezeki utk menimang cahaya mata. InsyaAllah. Bnyak kan ber sabar.. Jgn peduli apa org kata asalkan kita & suami bahagia.. :) Saya pun dah nak masuk 3 tahun kawin baru ada rezeki dapat anak..Alhamduilillah. Sepanjang kawin tu tahan je la telinga dengar semua pertanyaan org .. All the best lisa & yusry

          0

          0
        • amoi says:

          biarkan mereka Lisa..aku fhm sbb aku pun alami perkara yg sama…hish manusia…x pk ke sume tu datangnya dari ALLAH???sebelum story buruk2 pasal org, cermin diri tu ok ke x…

          utk lisa, berdoa..

          0

          0
      • zz says:

        sama ngan kes aku ni!

        0

        0
        • Anonymous says:

          baru 2 taun kawen… rilek lah… dah nama artis, lumrah lah org kepo sana sini…abg long norman pun lum beranak lagi kan…

          0

          0
      • Fahrin Ahmad says:

        kenapa perlu sibuk jaga tepi kain orang?
        kalau dia hamil skalipun apa ko susah?

        0

        0
    • Emma_Man says:

      Saya pun after 3 years kahwin, baru dikurniakan anak…syukur alhmdulillah…yg penting jgn give up n stress…InsyaAllah…selain usaha n doa, saya try amalkan pakai krim Lumiglow…Alhmdulillah usaha saya x sia2…:)

      0

      0
      • Anonymous says:

        sama la.. usaha lebih tu penting… sy pn gna lumiglow.. ihih.. alhamdlh bhasil…

        0

        0
        • Emma_Man says:

          Nak jer saya suggest kt dia pakai Lumiglow…mane tau kan…kita ikhtiar…;) Ramai org dh berjaya pakai krim ni…Mudah2an Lisa pun boleh juga…

          0

          0
      • mahai says:

        how to apply that cream?

        utk husbnd blh tak?

        brp rm?

        0

        0
    • Biskut says:

      Biasa la tu org2 kita ni mmg takde keje. Bila ko masih bujang, dorg akan tanya mana boypren/gepren kau? Kalau dh ada boipren plak dorg akan tanya bila nk kawen? bila dh kawen plak dorg akan tanya bila nk ada baby? pas tu sorg baby dh muncul soalan seterusnya adalah bila nk tmbh lagi?? soalan dorg ni mmg takkan abis….mcm citer sinetron, to be continued memanjang tak tau bile nk abis nya. kalau org cmni tak habis2 tanya, jwb jer…kau plak bila nk masuk kubur? dh tua sgt ni…

      0

      0
      • Aida233 says:

        Super duper like this comment!!!!!!
        Bila tanya bila nak masuk kubur, nanti diorang plak yg tersentap. Hahaha ;)

        0

        0
        • Biskut says:

          Bila ko tanya soalan bila nk masuk kubur tu pastikan ko trus lari yer. nanti tak pasal2 dia tanya lagi….ko nk mkn penyepak aku ker??

          0

          0
    • abang yang tak bangang says:

      yusri mandul. kesian lisa terpaksa berkorban.

      0

      0
    • lily says:

      biasa la tu. soalan manusia tak habis bila di layan. dulu orang duk tanya-tanya bila nak kahwin. bawa diri sambung study ke uk. setakat ni soalan tu da berhenti sekejap. membe yang dah kahwin pun tension bila orang duk tanya-tanya “bila si kakak nak dapat adik?” lecturer ada anak dara tak kahwin pun risau orang tanya anak dia bila nak kahwin. fuhh typical kan? mat saleh takde pula tanya soalan macam tu. mungkin nextime kita kene tanya diorang balik “awak bila nak ma*i??” oopss. terkasar pula bahasa.

      0

      0
  2. cili padi says:

    alah…ramai lagi artis yg belum dan tak beranak pun…..jgn lah terlalu sensitive sbb ianye akan buat diri sendiri yg merana….masok kanan, kiri kluar sudahlah….kalau nak ikutkan datok ct, ella dan ade lagi yg lain pun tertekan, tapi rileks lah!!

    0

    0
  3. makjemahpunyekomen says:

    im with u lisa… kdg rase nk katup je mulut2 yg tanya soklan tanpa fikir perasaan org lain..

    sabar keh..sesame kita doa ngn Allah..ade rezeki utk kita nnti.. =)

    0

    0
  4. mak jemah says:

    alah, tak artis pun kena tanya. semak la mak jemah ni. haish…

    0

    0
    • makjemahpunyekomen says:

      eh mane u tau iols bukan retis?

      iols pn retis taw~ yg semak mak jemah tu u la kn?

      kesian~ k bai

      maaf kan sy andai tersinggung..peace!

      0

      0
  5. damai says:

    Biasalah org2 kita. bila blm kahwin tanya bila nak kahwin, dah kahwin bila nak ada anak, dah ada anak bila nak tambah anak lagi, if ada anak semua prmp, bila nak dapat anak lelaki. dan kekadang2 org2 nie pun soalan tak pernah berlampik. ini kan rezeki Allah, mcm makcik sy 15 tahun kahwin baru mengandung, kan itu rahsia Allah bila nak beri kita rezeki, jadi tlg lah org2 diluar sana kalau nak bertanya pun berlapik lah sedikit

    0

    0
    • nil says:

      Thanks Damai…coz u seorg yg understand. Inilah org,..ckap pakai sedap mulut. Sya ni pun hah…sudah nak masuk umur 41 tahun,..ramai yg tanya knpa?..ikut gualah,kan..hehehee…mentang2 diorg sudah kahwin, ada anak, anak pompuan, anak lelaki,..cuba mcm kita juga..mahu terangkat ekor bila org tanya soalan gitu. Itu namanya soalan org yg tak ada benda lain yg nak ditanya@soal. Exam UPSR, PMR & SPM setiap tahun pun berubah-ubah@berlainan..takdelah sama je setiap tahun…budak sekolah pun tahu jemu.

      0

      0
      • damai says:

        Itulah nil, manusia nie. cos sy sendiri ada 2 anak aja kdg2 org pun bercakap “2 aja cukup ker, beranak lah lagi, 2 nanti bila mrk dah besar rumah sunyi tau” asal blh hembus aja berkata2.

        0

        0
  6. Shayreen says:

    Lisa bawa banyak bersabar dan berdoa..insya allah rezeki tu akan datang suatu hari nanti. :)

    0

    0
  7. pening arrr says:

    biasalah melayu kampung memang suka menyibuk…bila tak kawin sibuk tanya bila nak kawin bila dah kawin menyibuk bila nak beranak…kampung la katakan…

    lagi satu bila dah masuk umur 40an mula la melayu kampung kampung ni mempersendakan … nak menopos la…dah berumur la dah berusia la…nak pulak orang tu andartu lagi di kutuknya…wahai melayu kampung wake up ! zaman dah maju melayu kampung ni masih duduk bawah tempurung …bila Che Ta kawin muda mula la melayu kampung ni mempertikaikannya…pompuan tua kawin dgn pucuk muda…betul betul kampung pemikiran dia org ni …pastu bila mengandung pada usia 40an ke atas melayu melayu kampung ni akan cakap…nanti dpt anak syndrome down la….itu la ini la…atau paling longkang melayu kampung ni akan kata…dah umur 40an boleh ke beranak ? ni semua melayu melayu kampung yang takde otak fikir…dia orang ni keje hanya negatif tak sudah…barat umur 40 pun mengandung ok je cuma melayu kampung je yang buat statement bodoh bodoh…

    so to lisa jangan di layan mulut melayu melayu kampung ni…dia org ni Islam je bukan mukmin pun bukan org betakwa sbb tu semua dia orang yang tentu kan sampai di persoalkan kuasa Allah dan terlebih pandai ..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Jangan terlampau mengutuk melayu kampung…melayu bandar tu asalnya dr melayu kampung juga..

      0

      0
    • fattyjul says:

      asal keturunan nenek moyang kau tu pun dari kampung jugak..bodoh..kau ni kot nama je islam..tp hati perut mulut lidah mngalahkan kafir!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      klau dh melayu…xkisah la org bndr ke kampung ke
      sama jerr

      0

      0
  8. Anonymous says:

    ambik anak angkat n susukan.. korang kan terlebih mampu..! dapatgak buat muhrim..

    0

    0
  9. Anona says:

    jgn fikirkan sangat ye lisa..nanti jadi stress..bila jadi stress tu yg susah nak lekat..harap lisa banyakkan bersabar..lambat rezeki anak rezeki lain menanti..Allah nak bagi peluang honeymoon lebih sikit.. :)

    0

    0
  10. mira says:

    Lisa..Sabar ye..mmg lumrah manusia mcm tu..jgn terlalu difikirkn..semua itu urusan Allah..
    sayapun dulu sudah 3 tahun kawin baru dapat anak.. pergi lah buat rawatan mengurut peranakan..sebab saya sekali buat urutan terus menjadi ..tukang urut tu cakap kedudukan peranakan jauh tenggelam..cuba yer lisa..kan Allah suruh berusaha..akan tetapi semua itu urusan Allah..jgn terlalu difikirkan sehingga menjadi tekanan..Allah maha Mengetahui..dan rezeki itu Allah yang tentukan..sabra ye..

    0

    0
  11. saya says:

    sabar ye lisa… kalau lisa n husband bersedia dan sanggup, apa kata ambik anak angkat dulu. orang kata, ambik anak angkat murah rezeki.. macam makcik saya, dah lama kawen lepas tu dia n husband amik anak angkat 3 orang (idok ler ambik sekaligus)..2-3 tahun lepas ambik anak angkat yang ke-3, trus mengandung.. sekarang dah ada 2 anak kandung.. :)

    0

    0
  12. nona says:

    sabar yea..dlu sy pon gitu gak, org kiri kanan samua mengata, mmg mule2 cube pekak kan telinge..tp sabar manusia ada had, sampai kadang2 sy ngn suami bertengkar sb ni..cam xlogik je kan..last2 sy ade kekuatan,g clinic sakit puan..checkup, mintak nasihat..berdoa pd ALLAH,alhmdllah, mengandung dan kini bakal melahirkan anak ke2..yg penting kene banyak bersabar, ikatan suami isteri kene kuat..jgn sebab hal remeh temeh ni jdk punca bergaduh..perlu saling memahami.

    0

    0
  13. Esah says:

    Saya pun berada dalam situasi yang sama, dah masuk 3 tahun berkahwin 2 kali keguguran. Mungkin bukan rezeki kami lagi tapi Allah bukakan pintu rezeki yang lain bagi mengubat kesedihan kami. Bersabarlah wahai Puan Lisa, abaikan mulut manusia yang tak henti2 bertanya tanpa memikir sensitiviti orang lain. Senyum tak perlu kata apa-apa. Yang penting jangan putus berdoa kepada Allah dan usaha. Saya doakan Lisa dan insan2 diluar yang senasib dengan saya dikurniakan rezeki cahaya mata amin…..

    0

    0
  14. hmmm says:

    hmm… lumrah… bila ada anak sorang ditanya… “eh sorang je?. bila nak tambh anak?” bila ada dua anak orang tanya gak “Dua ajer… la.. x kan x nak tambah kot muda lagi” kalau anak ramai.. ” Huishhh.. produktif sungguh kau ni., aktif!” kalau anak lelaki saja dtanya bila nak dapat anak perempuan….. hidup penuh dengan soalan. ….bosan!

    0

    0
  15. baby blue says:

    sabar la lisa.. improve on tutup aurat.. banyakkan solat sunat.. buat solat dhuha, solat taubat dan sebagainya.. kadang2 perubatan tradisional ni pun menjadi jugak.. cuba la.. insyaAllah Allah akan bagi.. yg penting kena sentiasa yakin yg Allah akan bagi 1 hari nanti.. senyum je selalu.. walaupun menangis dalam hati.. berkat kesabaran tu, Allah akan kurniakan.. Amin.. saya pun masih menanti ni.. :)

    0

    0
  16. kitaserupa says:

    Saya sendiri penah dikata dengan adik ipar sebab lambat mengandung. Dalam ruangan komen kat fb pulak tu. Sy mmg sakit hati sampai merajuk taknak balik kampung belah suami. Sy jadi pentingkan diri sebb terase sgt dengan kata-kata die. Susah sgt ke nak faham roh tu Allah yg bagi. Kite sedap menghentam.

    0

    0
    • capri says:

      Hui. Ipar duai lg sensitip ye. Ikut je mcm aku, kat fb block je diorg drpd boleh komen apa2. Kan ada setting gitu. Lebih elok limit what they can see n post to our profile drpd menanggung sakit hati komen2 diorg.

      0

      0
  17. budu says:

    ala..small matter je pun hal takde anak ni.tak payah nak stress bagai..belum masanya lagi la tu..mulut orang memang susah nak tutup..cer Puan Lisa tanya balik orang-orang yang tanya Puan Lisa tu dengan soalan camni..’agak-agak anak u nanti doakan u tak bila u dalam kubur nanti?’ huhuhu..tengok apa dorang jawab..huhuhu..chill la!

    0

    0
  18. Anonymous says:

    LAAA DAH MANDUL TU MANDUL JE LAA…………………….

    0

    0
    • hanamarlida says:

      Hai Anon. Awak ni mmg takde perasaan kan? Sekrg bole cakap mungkin sebb awak bujang. Tunggu kalau awk dah kawen, nanti. Takut awak terkinja-kinja sendiri x tahan degn cakp-cakap org. Walaupon awk sorg lelaki, awk akan same terase bile org tanye isteri awk tu da pregnant atau belum. So make sure awk dan isteri tak mandul. Tapi kalau dah mulut awak hodoh macam ni, tak tau la awk dapt anak ke tak nanti. Bawak betaubat ye

      0

      0
  19. NARAgong says:

    selain berdoa, cuba yusri & lisa gunakan teknik berlainan semasa berjimak, insyaAllah berjaya jika diizinkan…..

    0

    0
  20. mimi says:

    Mandul kot Yusry ni..dlu kawin dgn Erra pun tak beranak…haha

    0

    0
  21. Mia says:

    Anak2 tu kan rezeki Allah..Org kadang2 mmg x sensitive..Kakak I lepas 2 tahun kahwin, dpt anak sorang..tapi lepas tu mmg dia susah nak pregnant lagi..after dah 9 tahun, Alhamdulillah recently dia dapat anak ke-2..tapi dlm mase 9 tahun Tuhan je tahu betapa susahnya dia..Family, kawan2 semua asyik tanya “kenapa tak nak anak lagi?””Satu mane cukup.” Padahal dia sentiasa kata mmg dia nak lagi cume belum rezeki..Skrg dia dah ade 2 boys..Anak dia ke-2 dah umur setahun..Hari tu dia kata org semua dah start tanya biler nak girl..It’s like a never ending-cycle..knpla org sibok sgt..patutnye doakan je yg terbaik..and lastly lantakla kalau ye pon if a couple nak satu anak je ke, dua anak ke..ape hak org luar nak kata “tu tak cukup.” nasihat i drpd dok sibok hal family planning org lain, planla family planning you sendiri!

    0

    0
  22. Azra says:

    Takde rezeki anak, tuhan bagi rezeki dapat suami yang penyayang dan memahami.
    Ada yang anak 4,5 orang pun suami pula bermasalah. itu bahagian masing-masing.

    0

    0
  23. Inspektor says:

    Masa budak2 ( bile nk belajar), Bile hbs belajar (Bile nk kerja), Belum kahwin ( bile nak kawin), dh kawin (bile nk ada ank), dh ada ank (bile nk tmbh anak lg), ble anak dh dewasa (Bile nk bermenantu), ada menantu ( ble nk ada cucu), bile dh tua (bile nk mati).. the end..

    P/S: soalan akn mati bile kite mati..

    0

    0
    • kambing gurun says:

      Tp lepas mati pun akan ditanya soalan juga.. dipadang masyhar juga akan ditanya.. Maksudnya, kita akan ditanya soalan sehingga kaki kita melangkah ke syurga @ neraka.. Itulah perjalanan yang harus kita tempuh…

      0

      0
  24. Mak jemah pemalu says:

    Ada orang yg bila kata ‘aku nak pegi londonlah minggi dpn, jap jek beli tiket, dpt pegi london..ada org yang ckp ‘camne lah nak bayar itu ini ni..gaji belum dapat’..ada org yg ckp aku nak mengandunglah taun dpn, jap jek dh kita dgr nak bersalin…ada org yang dh usaha bertahun2 belum lg dpt..sy pun mcm tu dah nak msuk 6 taun pun kawen..sedih bila org asyik tanya..tp sy beruntung walaupun Allah tak kurniakan saya anak, Allah memberi saya rezeki suami, keluarga mentua, kerja yang sgt baik dan bagus..yg penting kita suami isteri saling menyayangi..
    Dulu sya pernah tanya, klu saya xada anak, siapa yg nak sambut sy dalam syurga?seorang ustaz beritahu saya, Rasullullah sendiri yang akan menyambut kita, begitu juga dgn org yang tak berkahwin..segalanya milik Allah..kita tak tau bila masa Dia memberi rezeki..
    Daripada kita sering bertanya, bila Allah nak beri org itu rezeki, org ini rezeki..lebih baik kita tanya..bila Allah nak ambik nyawa kita, dan bersediakah kita dengan saat itu..

    0

    0
  25. Anonymous says:

    org yang ty tu rasa diri dah perfect sangat.walaupun kami ni belum diberi rezeki anak,tapi rezeki lain kami syukur alhamdulillah.tgok je la dorg tu,ade duit,dpt happy family, happy couple..mertua baik..semua lengkap.cuma rezeki anak je blum sampai. orang yang ty ni kalau dah de anak ok la..tp tengok2 kehidupan sekeliling tu.sempurna sgt ke tak?tp yang paling tak faham org yg tak kawin lagi boleh2 perli..macam je dorang kawin nanti confirm dapat anak…

    0

    0
  26. kangkung says:

    daripada tanya lisa..baik tanya ctdk..umie aida

    0

    0
  27. Anonymous says:

    tak kawin, tanya bila nak kawin…kalau kata belom jodoh, dikatanya kita memilih sgt…dah kawin tanya anak lak…senang cite tanya balik org yg sebok bertanya tu…yg bertanya ni bila nak mati…confirm dia tak tanya dah pastu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      senasip la ngan aku lisa ok lg da kawin aku blum kawin lg blk kg je semua cbuk nk nk kenakan aku kalu setakat tnye je x kisah nie ade gak yg ckp aku nie memilih la nk carik yg perfect je la sakit gak hati aku nie kadang2….

      0

      0
  28. nasrina says:

    lisa n yusry sweet ade iras..in shaa allah moga jodoh hingga ke akhir hayat..

    0

    0
  29. siapa aku says:

    sabar lisa, sy doakan lisa dpt anak x lama lagi. kata dlm kontrak lagi.. dah habis dah ke kontrak tu?

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Sabar lisa,,,,

    saya pernah melaluinya dulu…siap perli..tak power ka…bekalan peluru tak cukup ka…macam -macam..jawapan saya senang :
    1. kalau ada jual anak kat Tesco atau giant , memang ari ni jugak saya pegi beli kak (jawapan sopan sikit)
    2. Meh aku try power aku ngan laki ko pulak, boleh?(kalu pompuan laser tanya)
    3. Rezeki, jodoh, maut, zuriat di tangan sapa? lagi mau tanya ka?
    4. Meh try bini ko ngan laki aku (kalu ada jantan laser mulut)

    Bila dah kena jawapan2 di atas, maka tersenyapla mulut-mulut itu. Kecuali lah yang tanya tu mak mertua atau sedara mara terdekat..hat tu kena la pandai-pandai jawap berlapik atau pun suruh laki kita yang tolong jawab..hehehe

    3.

    0

    0
    • kira says:

      ni pula set jawapan aku kalau kena tanya ;

      “doa saya belum makbul. apakata macik doakan? mungkin doa macik makbul dekat saya.”

      paling paling pun senyum, gelak dan buat bodoh je. kadang aku perasan orang yang sebok tanya ni orang yang nak tutup kekurangan dia, contoh eh, aku ada kerja bagus dia tak kerja tapi dia ada anak berderet, so itu point dia terutama bila aku ada kemampuan beli macam-macam, dia sakit hati so dia guna cara tu. atau, husband dia jobless, kaki dadah tapi anak diorang 5,6 orang so dia cemburu and gunakan itu jadi point untuk serang aku. tapi aku ni kira baik juga lah, takdenya aku nak jawab, ‘takde anak takpe belum rezeki, tapi kalau laki matpit ni lagi derita.’

      0

      0
  31. Kak Zane says:

    Layan jer soalan2 typikal tu (satgi kata melayu kampung tipikal kena hentam pulak)… renung kembali apa nikmat lain Allah dah bagi… mesti rasa syukur dan lapang dada.

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Saya dah berkahwin 4 tahun baru dpt anak, itupun meninggal lepas lahir. Lepas 2 tahun kahwin ada kawan suami tanya dan bila suami kata xde rezeki lagi, dia diperlekehkan dgn ayat x power. X mcm dia dah 2 anak.
    Suami sy balas balik. “Jgn takbur sbb ALLAH blh tarik bila 2x masa anak ngko”. Terus terdiam dan now mrk dah 7 tahun cuba dpt anak ke tiga masih x dapat member tu..
    Moral of the story buat mcm sy.. ayat saya, saya dapat anak atau x dapat sy x kacau hisup ngko so back off.. mujarab jawapan tu sbb after that mrk x brani nak tanya dah… :)

    0

    0
  33. minah jambu merah biru says:

    bukan ape lisaaa…banyak pekomen yg datang tmpa di undang kt blog bang nara ni dorang cakap laki lisa si yusry tu GAY ! lisa tk prasan ke? n lisa tk baca komen2 dorang kt blog bang nara yg dh lepas2 ? eeeeeeeeeeee apesal la dorang tu sakit hati sangat ngan laki lisa sampai dorang komen yg sebegitu rupe lisaaaaaaa ???? tkpe la lisa u jangan peduli ape yg dorang cakap pasal laki lisa ok yg penting lisa hepi ngan laki lisa ada duit ada rumah besar n ada kereta besar…tentang anak tu lisa kena tunggu aje lah ye….lov u lisaaaaaaaa…

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      cuba lisa try Umairah KAK TON mana tau lisa leh ngandong ! belom cuba belom tau lisaaaaaaa…

      0

      0
  34. muja says:

    kalau aku pun panaih kot,, grrr

    0

    0
  35. corruptured crew says:

    Yup…it hurts…soalan sebegitu begitu hebat impaknya…hanya yang melalui tahu…aku harap xde sorang pun kawan2 aku akan melalui saat itu…sebab ia terlalu menyakitkan…ramai yang cakap diorang paham perasaan xde zuriat setelah sekian lama, tapi percayalah, memahami tu jauh bezanya dgn mengalami…

    0

    0
  36. emy says:

    Sabar lisa..hanya org yg mgalami je fhm…itu perkara biasa..org sekeliling akan cari je kekurangan kita…sy juga sama..4 thn dah kawin tp masih xde zuriat,tp sy & suami redha cuma kadang2 ttekan sikit dgn soalan2 yg x pernah abis soal anak..ada yg suruh mandi bunga la..tolong bancuh susu untk ambil berkat la..x kesian kat mak ayah nak cucu ke?mcm2 bentuk soalan…

    0

    0
  37. Linzy Longkang says:

    susah2 amik jer anak2 yatim tu bela dorang lagi banyak pahala

    0

    0
  38. Anonymous says:

    sabar…. Insyallah ada rezeki nya… saya pun dh 5 tahun kawin masih belum dikurniakan cahayamata… ada rezekinya tu cuma kita xtau bila dan bagaimana rezeki tu diberikan kepada kita.. hanya Allah yang mengetahui.. semua telah ketentuan…

    0

    0
  39. siang malam says:

    setiap kelebihan mesti ade kekurangan..

    Allah kurniakan rezeki dalam bentuk harta.. tapi x kurnia rezeki anak…
    Insyaallah dikurniakan rezeki klau kita tak putus2 berdoa..

    Allah tu maha adil.. redha ngan ujian Allah..

    Usaha, Doa, Tawakkal…

    #peace no war

    0

    0
  40. Bodoh takdapt di ajar! says:

    lisa..siti nur haliza.. jangan berangan or jangan nak kecik hati sangat.. dah ditakdirkan korang tu mandul.. yusry penah excident teruk dulu.. ct macam biasa “tulah” dengan bini pertama..

    0

    0
  41. Anonymous says:

    sabar la lisa, adat di dunia nie belum kahwin tnya psal kahwin,dah kahwin tnya psal anak pulak….sya sudah 11 tahun berkahwin masih belum ada ank,hnya org yg mengalami sahaja yg faham perasaan awk,ingat selagi kita ada allah berdoa lah moga suatu hari pintu rezeki menimang cahaya mata di makbulkan…alhamdulilah syukur masuk thn ke12 sya pregnant hanya bertahan selama 7 minggu shja,sya keguguran,insya allah mungkin ada rahmat yg tersirat…

    0

    0
  42. miss cun says:

    sabar ye, manusia dan org melayu memang mcm nie perangai,ank tu pemberian allah sepatutnya kita mendoakan mereka ,org2 yg mengutuk tu tak baca buku kot ye la sibuk mengutuk org mane nak baca buku ,cuba baca dan tengok nabi mane yg dah 100 thn boleh hamil isteri dia itu semua kuasa allah …

    0

    0
  43. manna92 says:

    sabarlah lisa dan yusry..saya pun dh 12 thn kahwin tp xpnh hamil..dah mcm mcm pertanyaan org.perasaan tu hanya saya dan tuhan je yg tahu ,diakui mmg terasa down,malu,segan untuk bergaul dgn masyarakat sbb setiap kali berjumpa/berkenalan terpaksa tebalkan muka menahan malu,terasa sgt kekrgan

    malahan plg teruk ada yg mengatakan saya mandul secara depan dpn,ada yg kehairanan knp saya tdk ada anak sdgkan itu semua bknlah kehendak saya..jd pd y diluar sana jgla mulut dimana dan setiap ketika ye

    0

    0
  44. Anonymous says:

    biasalah hidup bermasyarakat nie. kalau kita tak kuat semangat nak tangani abislah.’Jangan dengar arahan masyarakat dan termakan dengan cerita mereka kerana kita sendiri yg menentukan masa depan kita.’

    0

    0
  45. […] Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati (85) […]

    0

    0
  46. […] Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati (86) […]

    0

    0
  47. Phillipp says:

    Right here is the perfect web site for anyone who would like to understand this topic.

    You know so much its almost tough to argue with you (not that I personally would want to…HaHa).

    You certainly put a new spin on a topic which has been written about for many years.
    Wonderful stuff, just wonderful!

    0

    0