Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

Hiburan

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

Mak aih. Semakin parah nampaknya pergaduhan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Selepas Rita memaklumkan yang Aidil belum lagi membuat bayaran mutaah bernilai RM30,000 yang dimenanginya di mahkamah, Aidil telah tampil mempertahankan dirinya. Menurut Aidil, mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh dan dirinya berhak untuk membayar secara ansuran. Tidak puas hati dengan kenyataan Aidil, Rita Rudaini tampil membalas kenyataan tersebut dengan begitu pedas sekali.

rita rudaini

Advertisement

Rita Rudaini bukan sahaja memulangkan paku yang keras, tetapi turut membongkar perbuatan tidak bertanggungjawab Aidil yang tidak pernah membelikannya apa-apa sepanjang perkahwinan mereka. Menurut Rita, baju dalam untuknya pun Aidil tak pernah belikan. Malah Rita juga mendakwa Aidil sering menipu dan menganiaya orang. Tulis Rita panjang lebar:-

rita rudaini

Agak memalukan apabila semua perkara luar dalam dalam rumah tangga Rita dan Aidil kini diketahui ramai. Namun Abang Nara tak salahkan Rita. Iyerlah kalau kita letak diri kita di tempat Rita, confirm stress. Dah menang kes tapi duit tak dapat-dapat. Semoga Aidil dapat segera melangsaikan segala pembayaran untuk mengelakkan perkara ini jadi lebih melarat. Rasanya gaji Aidil lebih daripada cukup. Setakat RM30,000 itu apalah sangat kan?

facing up to fazura

P.S: Menarik juga kursus peningkatan kemahiran yang bakal dianjurkan pada 29 Oktober 2015 oleh Universiti Malaya ini. Abang Nara tertarik dengan Bengkel Menguasasi Kemahiran Pengucapan Awam tue. Kalau pergi, bolehlah perbaiki kemahiran bercakap depan orang ramai. Fasilitator yang disediakan pun cukup terkenal dan mahir dalam bidang masing-masing. Macam best kan? Informasi lanjut di Facebook UMCCed atau anda boleh hubungi nombor yang tertera di atas. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...