Ni Nak Duit Ke Nak Pertahankan Maruah – Aidil Zafuan Respon Kepada Kenyataan Rit Rudaini

Hiburan

Ni Nak Duit Ke Nak Pertahankan Maruah – Aidil Zafuan Respon Kepada Kenyataan Rit Rudaini

Susulan kenyataan Rita Rudaini yang memberitahu beliau masih belum menerima bayaran mutaah berjumlah RM 30,000 meskipun telah menang kes tersebut pada 5 Oktober lalu, Aidil Zafuan menerusi status Instagram beliau menjelaskan mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh khusus dan beliau berhak untuk membayar wang tersebut secarra ansuran ataupun sekaligus.

Advertisement

Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada media dan mengapa bekas isterinya itu tidak boleh bersabar jika apa yang diperjuangkan selama ini adalah demi maruahnya bukannya kerana wang ringgit.

Semasa keputusan mahkamah tempohari, tidak dinyatakan bagaimana dan bila bayaran tersebut perlu dijelaskan. Oleh kerana itu, saya berhak untuk membuat bayaran samada secara ansuran atau secara sekaligus asalkan saya memenuhi jumlah yg diperintahkan mahkamah.

Selain itu, keputusan atau perintah bertulis juga belum lg diterima oleh pihak saya mahupun peguam syarie saya. So saya harap ianya tak perlu diriuhkan dan diperbesarkan. Dulu cakap nak fight untuk maruah, sekarang bersabarlah. Ini nak duit ke nak pertahankan maruah.

Kepada Aidil Zafuan dan Rita Rudaini kami harap anda berdua dapat menyelesaikan masalah ini secara baik. Bincanglah cara yang paling terbaik untuk membuat bayaran tersebut agar kedua-dua pihak berpuas hati. Janganlah terus berdebat sebegini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...