Written by Bella | February 26th, 2016

Tindakan Julia Ziegler yang tiba-tiba sahaja komen pelik-pelik di setiap gambar Putri Najuwa bersama seorang jejaka yang bernama Zaid mencetuskan pelbagai tanda tanya. Adakah mereka sedang bergaduh kerana seorang lelaki dan macam-macam lagi lah.

Walaubagaimanapun,  Julia pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa beliau tidak mengenali Putri Najuwa dan percaya ada pihak tertentu yang sengaja menimbulkan hal berkenaan.

Terbaru, Putri Najuwa menjelaskan beliau enggan memberikan komen sebelum ini kerana ia berkaitan dengan hal peribadi mereka berdua dan agak tidak sesuai untuk diperkatakan kepada umum.

Dia tidak malu ke kalau orang lain tahu tentang hal peribadi ini. Saya rasa orang luar akan anggap kami seperti budak sekolah jika bergaduh tentang lelaki.

Sebab itu saya diam dan malas mahu layan, apa jawapan yang dia mahu itu boleh bertanya sendiri kepada pihak satu lagi. Dia tahu saya tidak bersalah dalam hal ini dan saya juga tidak pernah salahkan dia bertindak demikian kerana tahap marah seseorang ada batasan.

Namun, Putri Najuwa beranggapan tindakan Julia yang menyerang beliau menggunakan media sosial tidak begitu matang. Putri Najuwa juga berharap Julia juga tidak mengheret keluarganya dalam hal ini.

Saya malas nak layan mesej dan dia sering telefon saya untuk bertanyakan tentang perkara yang saya sendiri tiada jawapannya. Dia tahu saya tidak salah dalam perkara tersebut tapi dia desak saya untuk bercakap.

Saya tahu dia sedang marah dan emosi, namun tindakannya menyerang saya di laman Instagram bukanlah tindakan yang matang kerana ia hanya mendedahkan perkara ini kepada umum.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kalau gaduh di media sosial bukannya dapat apa-apa pun. Melainkan untuk mencari publisiti itu kita tidak tahu lah..

Sumber Berita : mStar Online

12 responses to Saya Tahu Dia Sedang Emosi, Tapi Serang Saya Di Instagram Itu Tidak Matang – Putri Najuwa

  1. Anonymous says:

    mmg setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, dan caranya adalah dengan tak payah kecoh nk memperlagakan org lg. Yg kerja memperlagakan org ni hanya wartawan je pnya kerja. Then mula netizen gegadoh sesama sendiri lps tu berbalas pernyataan dr artis terlibat. Ak rs benda ni da sgt lama..sengaja nk buat headlines lg.

    0

    0
    • Boringgg Seratus Persen says:

      Uols jgn tinggalkan apa2 komen kat sini. Biar diaorg namapak yg kita xnak ambil tau langsung pasal 2 org minah’s ni.. eeeuw.. no class!!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    lantak ko le…nk gaduh ke..nk tunggang terbalik ke…dua2 aku x minat..masing2 klau pakai baju mcm nk mintak d sondol je..

    0

    0
  3. rose rossa says:

    serius tk kenal putri najwa…blakon drama/filem apa ? penyanyi ke ?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Seksi btolll.. Apa rebut jantan.. Yg untung jantan di sedut2 madu bunga abiss cari bunga lain.. Bkn dorg kisah pun..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Masalah nya sapa dia ni..aku kenal dia sbb ex shaheizy sam je..lain2 aku tak tahu pasal dia ni..ppn kalo tak brrgaduh pasal lelaki tak blh ek..laki yg blm sah jdi milik ko..yg ko rebut kan..dri budak sekolah smpi lah dh dewasa..dlm tv mcm tu..realiti sebenar pun mcm tu..lelaki juga yg huhu je kat korg..last2 korg dpt apa..jgn kata kn badan dia.btg kote dia pun ko tk dpt..hahahhaha

    0

    0
  6. nora says:

    Dia ni bukan ke dulu kekasih sam…lawa jugak…muka pakai pa…kongsi rahsia boleh..i nak lawa la macam uuuuuuu….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    2-2 ade rupa tp syg berebut laki y xde rupa….kah kah kah…loser laa korg ni…len laa klu laki y direbut tu muke hensem masih blh diterima lg laa…muka cam pecah rumah pun selera jgk kan nk berebut…ke korg ni berebutkan duit laki tu je??

    0

    0
  8. Anonymous says:

    cite ni dulu kan dah kuar..pesal bnyk kali mau cite…aiyooo

    0

    0
  9. lutsinar says:

    cerita artis msia ni..rebut laki org, cinta 3 segi & sekutunya. lain2 achievement yg wow sangat2 kurang. berlakon pun tak hebat, nyanyi pun suara tak ke mana. artis Negara lain pun ada scandal tapi berlakon/menyanyi pun sangat bagus. harap2 artis msia ni maju la skit.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    julia ziegler ni bukan ada masalah mental sket ke lepas dia eksiden dulu tu?…dah kene zip masuk dlm beg mayat pun xde kesedaran lg….ada org terdekat sdn yg cakap dia ni mcm xbetul…ada wayar putus dah dlm kepala dia tu….

    0

    0