Written by AbangNara | February 22nd, 2015

Eh, 3 tahun? Selama ini Abang Nara ingat Akim Ahmad dan Stacy Angie dah bercinta lebih dari 5 tahun. Iyerlah, masing-masing memang dari dulu rapat. Sering keluar bersama, sering muatnaik gambar di Instagram dan macam-macam lagi. Malah ada peminat yang seolah-olah menganggap Akim dan Stacy sudah bercinta walaupun sebelum pengakuan dilakukan oleh Akim baru-baru ini. Memang dah nampak macam ‘forever’ dah diorang berdua nie.

akim ahmad dan stacy

Rupa-rupanya percintaan mereka telah berputik baru 3 tahun. Ia satu jangka masa yang agak lama sebenarnya cuma berbanding dengan tanggapan orang ramai, boleh dikatakan agak baru. Pastinya ramai peminat berharap agar mereka berdua bersatu sebagai suami isteri. Namun kerana perbezaan agama, ia agak sensitif untuk diperkatakan sekarang ini. Kata Akim:-

Kami sudah kenal rapat dan menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh tiga tahun. Apa salahnya saya mengorak satu langkah ke hadapan apabila perasaan bersedia itu datang dalam diri saya.

Malah Stacy sendiri pun tidak tahu menahu yang saya membuat keputusan untuk membuat kenyataan berkenaan. Tapi dia ada juga berkongsi dengan saya yang beberapa pihak menghubunginya untuk bertanyakan perihal perkara itu.

Saya tak nak letakkan beban dalam percintaan kami. Sebarang keputusan yang diambil oleh Stacy biarlah atas kehendak dan kerelaan dia sendiri. Lagipun isu agama ini begitu sensitif dan saya tak nak paksa dia.

Buat masa sekarang saya hanya memohon doa serta menyerahkan kepada Allah ialah mana tahu jika ada rezeki kita dapat saudari baru dalam Islam.

Kepada yang menyokong kami, doakan yang terbaik buat kami berdua.

stacy

Insya Allah kalau kita pasang niat yang baik, pasti akan dipermudahkan olehNya. Sambil-sambil tue bolehlah ajar Stacy apa yang patut. Satu hari nanti pasti akan terbuka hati. Abang Nara yakin ramai yang tak sabar nak lihat anda berdua di atas pelamin. Stacy dan Akim memang satu pasangan yang comel dan sepadan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Saya & Stacy Sudah Bercinta Selama 3 Tahun – Akim Ahmad

  1. pengomen baru says:

    kahwin la hehehe dh lma sgt brcinta … btw apa rahsia akim ea smpai putih lagutu? qu putih ka? hehe

    0

    0
  2. oasis says:

    Mungkin after masuk tahun kedua diorang kawan sebab dah terlampau rapat masing2 baru ada feeling cinta gitu … tu lah agaknya confirm kapel baru 3 tahun… tapi rasanya akim dah mmg banyak bagi hint yg diorang mmg kapel, just that stacy mungkin tak ready nk bgtau umum almaklum orang sabah ada yg x suka… Since Stacy pun dah sahkan yg diorang mmg couple 3 tahun so taklah aku nak simpati pada akim lgi, sblm ni nampak akim sorang jer yg beria2 LOL

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Ini Malaysia bukannya Indonesia atau Singapura atau negara lain yang bebas berkahwin berlainan agama. Macam Shah Rukh Khan . Dia Islam isteri Hindu. Banyak juga artis2 di Indon berlainan agama berkahwin. Singapura lagi teruk , ramai yang orang Islam tukar ke agama Kritian dll.

    Seeloknya biarla hati Stacy terbuka untuk peluk Islam dahulu. Tak nak nanti masuk Islam hanya kerana nak kawin dengan Akim tapi dalam senyap tetap dengan agama asal. Ramai yang sanggup buat begitu terutamanya yang berkahwin dengan VIP atau orang yang loaded2 .

    0

    0
    • gaman says:

      Kalau diam2 masih agama asal itu hak individu sebab undang2 dan ideologi dari semenanjung byk buat problem di Sabah dan Sarawak yg pelbagai bangsa dan agama. Dan secara peribadi for me kalau kawin campur ini lagi bagus dari mau paksa masuk agama yg langsung kami tidak percaya. Stacy pun ada dlm agama yg benar sekarang, rugi dia sendiri kalau convert.

      0

      0
      • Sarabanunn says:

        Dari mana tau rugi? Kahwin muslim memang kena masuk muslim kerana bagi Islam kahwin campur macam tu tak sah kahwinnya…Macammana nak hidup bersama kalau tak sah samalah macam duduk serumah bukan dengan suami isteri tapi dengan kekasih saja.

        0

        0
      • Lembu Gemok says:

        ko takyah nak benar tak benarkan agama orang lain laa gaman….kepercayaan masing2 laa..ko takyah nak kata agama kami tak benar, agama ko benar…kang aku bg makan tahi idung aku kang, naya masuk wad sebulan!

        0

        0
    • Orang Melayu Asli says:

      P

      0

      0
    • Orang Melayu Asli says:

      Hello Otak Udang anonymous. Jangan nak cakap pasal negeri orang lain.Malaysia pun sama mcm di Singapura, Indonesia dan India. Dah berapa ramai orang Islam kita peluk ugama lain. Pergi lah Google

      Kes seperti Lina Joy, Hartina Hj Kamaruddin,Siti Fatimah Abd Karim dan yang paling famous Nor Aisyah Bokhari.

      Kesimpulan byk orang-orang Islam Malaysia pun murtad jadi tak payah nak kaitkan dengan negara-negara lain…..

      0

      0
  4. sabahan says:

    Org Sabah ada yg tk suka????? Sy tk faham.. bkawin dgn agama yg bbeza d sabah bukan benda yg baru.. Sbb d negeri ni banyak bangsa, budaya Dan agama so, klu couple dgn org agama lain adalh benda biasa.. Just be smart

    0

    0
    • Wangi says:

      Haah..X suka apenye, kt Sabah tu lgilah pcampurannya dh rojak, OK je..X ade msm2 muka psl agama. Siap rmai je bleh jd besfren, mcm keluarga pun ada pdhl beza agama. Dah biasa hidup bercampur. Yg non muslim sndiri tau ape yg muslim bleh X bleh dan mereka respect je. Muslim sendiri pn respect non muslim, X ade la pula sampai x brani rapat x nak dtng rumah sbb mkan khinzir sume. Aku dtang rumah kwn aku x nak makan yg dimsak dr kuali @ dapur dorng, ok je derang fham. Aku bungkus je. Non muslim di Sabah,kbanyakan hati baik2, perwatakan @ cara derang mcm kira kita susah nak sakit hti kat derang. Muslim di Sabah yg bercinta dgn non muslim pula, mmg non muslimnya biasanya akn msuk Islam. Bila bab itu,rasanya 1 Sabah tau mmg mesti. Bezanya, yg non muslim dapat tentangan atau x, itu je. Bkn benda baru, biasa dah psngan kekasih berlainan agama kt Sabah tu.

      0

      0
  5. hauwau says:

    kalo tak silap…parents stacey mcm tak kasi kawen

    0

    0
  6. Mr K says:

    Dri dulu lagi wa mmg mengalu-alukan cinta sejati di antara dua insan yng paling popular…..Dn tersohor…..
    Mmg wa tahu dri dulu lagi mereka bertemu sjk AF7 finals,dn bekerjasama dlm promosi Cornetto tahun 2011….Bis tu berduet lagu Kembali yng pasti jdi anthem tahun strusnya…Menyertai Mania dn akhirnya ada anak angkat yng membuat Akim rasa terpesona atas sifat keibuan Stacy…
    Itulah sebabnya mereka berdiam walaupun bercinta selama 3 tahun beb….
    Dating,upload gambar kat Instagram,secara terbuka,byk gosip tpi akhirnya terpadam juga dgn kisah sebenar yng berputik di hati dn minda kita….
    Merekalah pejuang demi mempertahankan martabat industri muzik…Jdi kita doakanlah yng terbaik buat mereka…
    Semoga mereka kekal bahgia hingga ke anak cucu,slamanya dn akan trus maju dlm kejayaan yng bakal dikecapi klak,trutama skali pada ABPBH 2014 dn strusnya hingga ke AJL 30 nanti….

    0

    0
  7. Mr K says:

    Dan dgn ini,semakin hari dipalit trus dgn berita yng paling sensasi untuk ni tahun, semakin heboh satu Malaysia dgn kehebatan cinta yng sengaja dirahsiakan sehingga 18 Feb lalu pabila diakui cinta slama 3 tahun….
    Bermula dri EraFM,HotFm,blog dn laman gosip hiburan sperti Murai,akhbar rasmi sperti Berita Harian,Kosmo!,Harian Metro,dll,dn mungkin jgk majalah-majalah hiburan tertentu dn disiarkan di Melodi,dll,kelak…..
    Bak kata pepatah,”Irama lagu tk dapat dipisahkan jua….”

    0

    0
  8. Anonymous says:

    omg…seriosly…tahniah…harap tuhan akn membantu…

    0

    0