Written by Bella | May 27th, 2015

Baru-baru ini peminat industri lakonan tempatan dikejutkan dengan berita tentang sikap seorang artis yang semakin popular, Keith Foo apabila beliau telah didenda RM100 kerana memaki seorang anggota polis trafik dengan ayat yang agak kasar.

Jelas sekali berita tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Keith yang sebelum ini jarang sekali dihimpit dengan kontroversi. Ramai pihak memberikan respon yang agak negatif kepada beliau akibat kes itu.

Namun, Keith telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan kejadian itu cuma satu salah faham dan tidaklah  begitu teruk seperti yang dilaporkan sebelum ini. Malah, beliau tidak lagi mempunyai sebarang masalah dalaman bersama anggota polis tersebut dan sudah memohon maaf pada beliau pada waktu kejadian.

Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan. Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. Keith Foo telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan diarahkan membayar denda RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Kalau kita menghormati orang lain dalam apa jua situasi pasti tiada masalah yang akan timbul. Harapnya ia menjadi pengajaran juga buat merek di luar sana yang kadang-kadang agak berlagak untuk memberikan kerjasama dengan polis hanya kerana mereka memandu kereta mewah. Jangan pandang hina kepada anggota polis.

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Saya Minta Maaf Menyesal Atas Apa Yang Terjadi – Keith Foo

  1. Anonymous says:

    ala dah bayar kan..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Munkin tengah mabuk. Arak ni memang sial tu la amek lagi benda tiada guna pemberi malapetaka tu.

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        arak tk sial…yg buat sial orang nyee..

        0

        0
      • ting tong teeengggg ... says:

        Mcm cnfrm minum tp taklah sampai melebehi tahap yg di benarkn. Itu yg kena rm 100 klu tak .. mesti lebih tinggi denda tu. Tak mabuk cuma kpala dah ting tong . Itu yg baran semacam …. apa2 pun dia dah insaf. Maafkn je lah.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    oh bgus la mngakui kesalahan.. setel..

    0

    0
  3. cik mek molek says:

    okayyyy la tuuuuuu dia dah mintak maaf…. hai keith foo !! hahaa

    0

    0
  4. Kiah Propa says:

    Bagi saya polis di Malaysia memang suka amek kesempatan nak saman org (khusus nya polis pangkat bawahan) konon makan rasuah atau wet kopi bley digantung tugas..pergi lah mampussssss

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kau tu yg patut mampos kiah…..

      0

      0
    • emaliya says:

      polis bukan ambil kesempatan… memang tugas mereka kalau ada yg melanggar undang2 jlnraya, patut kena saman… kalau tak nak kena saman, jadilah pengguna yg bertanggungjawab.

      0

      0
  5. linda says:

    lebih bahaya gf dia yang bawak kereta time mabuk tu. patut didenda. kalau jadi apa2 pada orang lain menyesal pun tk guna.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Bini dia ni kata pereka fesyen tapi pakai serabai….sungguh tak sedap mata memandang…hampehhh… pesenlah sangat atau aku yg buta pesen…sorrylah…

    0

    0
  7. Peah Ronggeng aka PR says:

    Oklah en kem dah minta maaf..bagus2..bukan ego mcm zul ripin tueee..oppsss..akak peah termengutuk plak…

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    minta maaf bagus la,buat ape pjg2 kan cite…mungkin masa tu di luar kawalan kot

    0

    0
  9. Anonymous says:

    senang jer kan..buat salah minta maaf…plastik!

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      makna Nye sape2 pon leh maki police pastu bayar saman pastu minta maaf eh senang nyeee macam hepening pulakk

      0

      0
  10. rita says:

    cehhh
    senang-senangnya
    sapa-sapa buat salah mintak maaf
    settle la kann
    kalau macam tu, aku nak pi mencuri la. then mintak maaf kalau kantoi
    tak pon aku nak pi edar dadah la
    kalau kena tangkap, mintak maaf
    nyampah dengan pemikiran double standard macam ni

    0

    0
    • apsl bodoh? says:

      Salah termarah je pun, mcm ko x penah marah org x penah hangin. Itu pn skli ni, len la dia maki polis brpuluh kli buat pstu mnta maaf lg pstu buat lg.
      Bkn bunuh, rompak, fitnah dll yg mmg la mudah sgt jika mnta maaf je dh okay dh terima. ini cuma terkasar bhs dh mmng perlulah mnta maaf. bodoh la ko ni.

      0

      0
    • Lulu says:

      Pi la mencuri n edar dadah, ce tgok ko leh ke lps ngn mnta maaf je? Mesti IQ ko kurg dr IQ lembu khen, smpi tkleh beza tiap2 kesalahan tu. KF dh byr denda n minta maaf pn, ce tgok ko kena hukum ape lk.

      0

      0
  11. ayahanda abdul rani kulup says:

    walaupun ko sama ngan ayahanda..kulup
    tapi ko memang jilake..

    0

    0
  12. Che Tat says:

    Alaaa.. Dia ni si ziela je sibuk dok ambik dia blakon… Mcm tak ada hero lain… Muka tuuuuuuu je ..

    0

    0
  13. zabedah zabit says:

    AKU takde ke hinggin n minat kat si foo ni..

    pastu aku tgk awek ke tunang dia tu..kurus mcm orang somalia

    0

    0
  14. melati biru says:

    i maafkan sebab u hensem..

    0

    0
  15. yaya says:

    aku x pernah rae eith foo ni ensem..aku pelik orang yang kate dea ensem.bagi aku biase2 jek.maap bukan jeles

    0

    0