May 25th, 2015

Agak menyedihkan untuk perkara sebegini berlaku terhadap Keith Foo yang jarang dihimpit kontroversi selama ini. Sedang hangat namanya disebut-sebut kerana lakonan hebat di dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, nama baik Keith Foo tercalar apabila didenda RM100 akibat memaki pihak polis. Kata-kata yang dikeluarkan oleh Keith Foo iaitu ‘kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh‘ terhadap seorang anggota polis trafik memang tidak patut dilakukan sama sekali.

keith foo maki polis

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, dekat sini pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. Keith Foo telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan diarahkan membayar denda RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

keith foo maki polis

Diharap Keith Foo dan seluruh rakyat Malaysia tidaklah memandang rendah akan kerjaya seorang polis trafik. Mereka hanya menjaga keselamatan jalan raya tanah air kita. Lebih-lebih dengan jumlah kemalangan yang semakin meningkat, seharusnya kita memberi kerjasama yang sepatutnya sekiranya ditahan oleh polis trafik. Bukanlah mencaci atau memaki mereka. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

keith foo maki polisP.S: Wahhh!!! Nana Mahazan pun gunakan Ridzskin Expert Whitening Foundation nie. Mudah sangat cara penggunaannya. Hanya guna jari sahaja. Kesannya? Kulit bertambah putih, mekap tahan lebih lama, wajah nampak glowing dan segala jerawat boleh hilang. Banyak lagi kelebihan Ridzskin ini. Yang dah try semua bagi thumbs up. Tak caya? Cuba baca testimonial di Facebook Ridzskin Official atau follow mereka di Instagram Ridzskin.

 


Comments are closed.

Loading...