Written by AbangNara | September 24th, 2013

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar pengakuan Farid Kamil ini. Umum mengetahui bahawa hubungan Farid Kamil dengan ibu mertua adalah tidak berapa baik. Malah sehingga ke hari ini, ibu Diana Danielle masih belum bertemu dengan cucunya. Namun segalanya itu bakal berubah tidak lama lagi.
farid kamilDi dalam majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti, Farid Kamil akan menjemput ibu mertuanya untuk menjernihkan kembali hubungan antara mereka bertiga. Kata Farid Kamil kepada MalaysianDigest:-

Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia (ibu mertua) sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula. Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami

ibu diana danielleBaguslah macam itu. Ibu mertua memang wajib dilayan seperti ibu kandung. Gaduh lama-lama pun tak guna. Kesian dekat anak nanti tak dapat kasih sayang seorang nenek. Tidak diketahui pula bilakah majlis ini akan berlangsung, namun Abang Nara harap hubungan mereka akan kembali jernih sejernih-jernihnya selepas itu. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Terima kasih kepada Facebook, kereta yang dicuri ditemui semula

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

84 responses to Saya Memang Nak Berbaik Dengan Ibu Mertua – Farid Kamil

  1. saya ok jer!! says:

    berbaik je la.. keluarga DD pun bukan besar sangat. kalau bermusuh lepas tu ada masalah macam mana kan.

    0

    0
    • Aishah says:

      ok la tu.. kesian diana.. syurga itu di telapak kaki ibu..

      0

      0
      • Sungguh Jemu says:

        ingat kelas sangat ke jadi anak datuk? sorok anak pelbagai cam bagos.
        berlakon pun filem2 mat rempit je. baik tak payah.
        poyo je lebih. last-last kau terkenal pun melalui juga filem kurap yg tak mendatangkan hasil pada masyarakat dan negara tu.
        bosannnnnn !!!!!!!

        0

        0
      • sofia says:

        Syurga isteri di bawah tapak kaki suami ;)
        Assalamua’laikum WBT..

        Entry kali ni, pasal nak update diri dengan ilmu rumahtangga! *gatai ngat aihh! ..sah! kena cop gatai, kalau ma, abah taw nih! psst..xdak pa aih! cuma belajar ilmu berumahtangga dari sekarang!

        Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

        “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”

        (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

        ok lah, seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya..tetapi, kalau syurga seorang wanita (bergelar isteri), maka syurga nya terletak di bawah kaki suami..maknanya, taat kepada suami! maka, sang isteri akan mudah mendapat syurga..ya! mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah..

        Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”

        (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

        Betapa Rasulullah menyuruh kita taat kan suami..dan kalau si isteri menderhaka suaminya, hatta, cuma pamitan tanpa izin, maka , jadilah si isteri tadi, isteri yang nusyuz..isteri nusyuz tak layak di syurga Allah!

        Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

        “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

        (Riwayat Muslim)

        Awas! jangan disakiti hati suami anda ya! (yg dah kahwin tu)..fikir betul-betul sebelum nak berkata-kata..kalau tak, termasuklah kita dalam golongan di atas ni..

        Dan, kalau baca paper, lately, mcam-macam kes suami isteri ni..sekarang sio isteri pon dah pandai buat perangai..mintak cerai sebab nak sehidup semati dengan pasangan lesbiannya..Allah! dunia2! dah macam-macam hal sekarang ni..kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya, membaca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

        Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

        “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”

        (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

        Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya.Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah berikan kepada isteri itu dgn hanya Menjaga Solat,Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W “Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki

        Sabda baginda lagi…Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!

        Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .

        Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud : ” Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”
        Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah peerintahkan kpd malaikat : “Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkanankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.

        Wallahua’lam..renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

        0

        0
        • TillJannah says:

          sapa yg dislike ni. bangiangnya. Saya seronok baca komen yang ni. sebab saya lihat ramai pmpuan yang tak reti bersyukur Allah bagi nikmat jadi seorg isteri. mulut macam naga. berapi2. rasa mcm suami tu hak milik abadi dia. tak perlu hormat. cuma kene bela. kbai.

          0

          0
      • aila says:

        die dah kawinn…bawah kaki laki die lerr…hbgn ngan ibu lahiriah nye terputus..

        0

        0
        • K.A.A says:

          berbaik la secara ikhlas.. x perlu la majlis ntah pape tu… x perlu nak cerita satu dunia pasal hal keluarga…

          0

          0
        • batgirl says:

          mmg btollah tu.. tapi bak kata kakak gue, bila dah kawen, perempuan yg kena pandai2 tune laki nih. kena balancekan antara taat kat laki n parents. ingat sesenang ke terputus hubungan tu lepas dah tumpang 9 bulan dalam perut, pastu mengabiskan beras sampai ke besar pulak? nanti anak buat camtu baru tau langit tinggi rendah… haihhh panas pulllak rasanya kita.. >.<

          0

          0
      • Reader says:

        Pembetulan: Anak perempuan bila sudah berkahwin, syurganya di telapak kaki suami. Tidak lagi ibunya. Kalau anak lelaki, yes. Sampai bila-bila pun di bawah telapak kaki ibunya :)

        0

        0
      • damai says:

        Pada wanita yg sudah bernikah, syurga terletak dibawah telapak kaki suami, kalau suami melarang jumpa ibu bapa kita harus taat tapi kita blh pujuk dgn cara baik, dan jika suami yg beriman mrk tidak akan larang isteri bertemu ibu bapa si isteri. Kalau kita fahami agama dan berpegang pada Quran dan Hadith, perkara2 seperti in tidak akan berlaku

        0

        0
    • batgirl says:

      Orang kalau ikhlas nak berbaik terus pegi umah mak mentua.. Ni nak tunggu media gak kaver majlis, ape cerrrr..

      0

      0
      • Malu Dong Ahhhh!!!! says:

        Biar jelah batgirl ooiii…dah bajet retissss…mestilah kena media yang kaver kannnn…x gitu..by the way, Muhammad tue bukan nama penuh ker????

        0

        0
        • batgirl says:

          Lupe plak gue retis nih pangkat tinggi sikit dari mak bapak kan.. Muahaha.. Nama Muhammad pon satu hal, bleh plak kasi nama sekerat2 kat media? Ngeeee eksklusif sangat kannn *tangan ke bahu mata ke atas*

          0

          0
        • Fakkar says:

          Apa isu diorang ni….tak paham. Nak kena heboh dlm majlis ke baru nak berbaik dgn mertua? Apa kat luar tak boleh? Nak kena heboh buat majlis nak tunjuk kat semua orang. Please la artis2 Malaysia. Tolong lah jadi Islam…

          0

          0
        • Kak Ta says:

          YUCKS. TAK PERNAH MINAT PUN DGN SI FARID NI. DAH LA MUKA COMOT PERASAAN HANDSEM SANGAT. KONONYA PLAYBOY. GELI HERO MELAYU MUKA BERMINYAK. PUIII LA..

          0

          0
        • Bro 10 Inci says:

          Publisiti murahan lg ke FK oii?? Nk berbaik kalo ikhlas xpyh heboh 1Msia pon dh ok.. Igt lu org Brangelina/WilliamKate ke?? Dasar muka bekas lombong timah + kawah meteor!!

          0

          0
      • sofia says:

        ckap mmg lah bole senang…kalau jadi kat ko mcm mana? nak jumpa dgn mak mentua n nak meminta maaf x semudah tu ok.mungkin FK ada sebab2 tertentu kenapa dia pilih majlis utk meminta maaf.kita yg x pernah mengharungi benda mcm ni x yah nak complaint lebih2..kena kat batang hidung kita sendiri baru tau mcm mana.

        0

        0
        • Anon says:

          Fk buat mcm ni nampak sgt mcm tak ikhlas nak mintak maaf..siap nak ada media bagai..podaaahhhhhh….

          0

          0
        • zara says:

          buat majlis depan org ramai lgla payah nk mintak maaf…nk berterus terang…silap2 boleh gaduh kat situ..

          kalau berdua je lain…senang..bercakap ikhlas dari hati..tak berlakon

          0

          0
    • makcikkantinsekolahmemandu says:

      perlu ke announce????? sume benda nak announce, nama anak, nak berbaik ngan ibu mertua, bajet hot sgt…. setakat tegur mak sihat?? it’s not worth la ko announce, lain la ko nak kata
      “Saya nak minta maaf pada ibu mertua kerana menuduhnya akan membahayakan nyawa anak dan cucunya sendiri”

      0

      0
    • pencinta wanita says:

      Betul gak keluarga diana bukannya besar cuma ada dia ngan mak dia je, kalau diana xjaga mak dia nanti sapa yg nak jaga kan…think + la parid kamil dah ambik anak dia ambik la ati mak mertua pulak xkesah la sapa yg mulakan dulu pn dah nama pn org tua2 paham2 je la kadang2 diorang xnak ngaku salah walaupun kesalahan 2 datang dari mereka sendiri sama gak mcm mak mertua aku tapi aku bersabar n layan karenah dia insyallah sekarang dh ok..peace!!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    1 st

    0

    0
  3. huhu says:

    Bosan ah kisah parit kamel ni

    0

    0
  4. Daku says:

    Berbaik dengan seikhlas mungkin, jangan sebab keuntungan atau membersihkan nama demi menaikkan rating.

    0

    0
  5. ibu tuaku says:

    Ceh.anak ko ambik.mak ko ketepikan.dah la diana tu satu2nya anak yang mak mentua ko ada.apa punya menantu lah ko ni.minta maaf kat orang tua tu nanti.

    0

    0
  6. mami says:

    bagus!! niat tu penting

    0

    0
  7. bubblepop says:

    “Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti.”
    Mcm selame ni yg korg gaduh tu propa je lebih. Btw kalo btol nk berbaik xpyh tggu mase majlis besar2an..ko p bwk je bini ngn anak ko tu jumpe mak mertua ko..xyah nk publisiti sgt la..

    0

    0
    • milah says:

      Betul sgt tu. saya setuju. ini mcm publisiti lebih sbb majlis tu astro dpt hak xklusif utk tayangan.

      0

      0
      • saya lalala.. says:

        kan.. kalau laa mak dd tu tak pnjg umur.. bolela fk ni bwk hak esklusif astro dia tu melawat kubur plak!.. dasar selfish fk ni..

        0

        0
    • politik says:

      bekas mat rempit otak sempit. ank ko amek tp mak yg ngandungkan bini ko tu ko buang. mmg fk ni jenis x reti bahasa. influence dri mat2 rempit mcm ni la.

      0

      0
  8. milah says:

    kenapa kene tggu majlis aqiqah baru nak jemput mertua..? kenapa tidak sekarang aje..? kesiannya ibu DD, tak sangka DD sndri sanggup tak menjenguk emaknya sejak balik dari Australia. mungkin FK xbenarkan kot. tp sy xbole terima betul bila org yg dah bersuami buat kat mak mcm tu. Dia ibu yang melahirkan. yg membesarkan. Tapi bila dah dewasa, dpt suami anak org kaya, buat mak mcm tu.

    0

    0
    • dotdot says:

      dah tu kalau suami tak izin macam mana. kalau ikut hukum kalau mak meninggal sekalipun kalau suami tak izin balik, berdosa la kalau balik jugak. dalam situasi ni si suami la zalim & kejam. buat isteri serba salah dan sedih juga makan hati, memendam rasa. bukan salah isteri. sudah la DD anak tunggal & sangat rapat dgn mama dia. tiba2 suami buat gitu. mesti sblm kawen farid tu dia tgk ok sbb tu DD setuju kawen. kalau dulu perangai dia mcm bf sheila amzah terang2 tak terima parents, boleh jugak nak reject awal2. kesimpulan: cari la pasangan yg boleh terima org tua kita family kita seadanya. TQ

      0

      0
    • nurin says:

      Betul.. ape salahnya berbaik sekarang? Tak payah lar tunggu nak ada majlis..
      tak salah kalau kita menyambung silaturrahim..
      taraf ibu mertua sama tinggi dengan ibu sendiri

      0

      0
    • Anonymous says:

      sian mak dia…nak tgk cucu pon nak kena tunggu ada majlis…..memang dasar menantu derhaka….

      0

      0
    • il says:

      emm..pas tu esok klau mak dd tak mau dtg majlis tu si fk akan kata oh.. saya dah cuba berbaik tapi emak yang masih enggan..sedangkan si ibu dah kecik hati sebenarnya…siann..

      0

      0
  9. paukaya says:

    nak berbaik ape..mmg kne berbaik la..

    0

    0
  10. AK DAN AK says:

    AISSSH,,….psl mamat ni lg…next plisss….xhbs2 pasal nk umum name anak ko tu….dh mcm kturunan di raja la pulok…yg si bini iye2 ckp name anak muhammad…ni si farid kamil lak ckp nak umum nak…mne stu la kwunk ni…bosan

    0

    0
  11. nurul iffah says:

    sesetengah pembaca di sini gemar menghina nama org. farid = parit, neelofa =neelopak, haliza misbun = misbaboon.
    nk komen, komen je lah..nama itu di beri oleh parents mereka atau jgn la menghina parents org punya nama. suka tak kalau org gelar nama kau bukan2 atau nama mak bapak kita di kutuk begitu? be a smart person..mentality jgn mcm budak2 sangat.

    0

    0
    • Anonymous says:

      apa masalah ko kalo aku nak panggil dia parit? memang sesuai pon dgn perangai dia yang mcm longkang tu

      0

      0
  12. miss_u says:

    lorrr, tak jumpa mak lg rupanya DD ni lepas balik dr Oz?? sampai hati anak bertuah ni :(

    0

    0
  13. Anonymous says:

    entah mengapa aku menyampah gila dgr cite pasal dua orang ni…..

    0

    0
  14. ayahanda per3 says:

    “jangan menderhakai ibu mertua kerana ibu mertua setaraf dgn ibu kandung sendiri.Dosa besar menanti jika menderhakai ibu mertua,dosanya sama seperti kita menderhakai ibu sendiri”-kata2 dari ustaz kazim elias

    0

    0
    • whiteboardmarkermerah says:

      Kalau mak sendiri insyaAllah memang confirm akan sentiasa memaafkan anak. Mak mertua ni orang lain yang dihalalkan dengan perkahwinan, belum tentu dimaafkan kederhakaan menantu.

      Ramai sangat lelaki sekarang yang anggap isteri tu hak mutlak mereka, sampai lupa untuk berbakti dengan mak mertua. Nauzubillah. Jauhlah aku dari lelaki macam si Farid ni.

      0

      0
  15. ryana says:

    bosan btul ceta ni sja yg kluar.. DD pun 1,smpai sngup tak jumpa dgn mak sndri

    0

    0
  16. maria sarapova says:

    poyo..perasan..ngalah kan brad pit dgn angelina jolie..laki bini sama jek, poyo nk buat press conference bru nk minta maaf..hari2 biasa pn bole minta maaf. patut la si diana tu makin kurus kering, makan hati dpt laki mcm ko..bluweeekkk

    0

    0
  17. sherry situ sana sini says:

    buat malu org kedah ja..puikkk

    0

    0
  18. Bola Jaring says:

    Nara x nak kluarkan cerita hot pasal video wife Matyo ke?

    cepat nara oiiii. nt outdated!

    muahahahaha….

    0

    0
    • nanana says:

      abg nara da buat kuar vid tu smlm..siap ada parodi gi ko tu yg outdated..tgk kt amazingnara

      muahahahaha

      0

      0
  19. TerimaPadah says:

    xde cite lain ker…?
    stress dgr knyataan menteri nk naikkan harge gula untuk mengelakkan diabetis…(ade betul ka)
    gumbira tahap dewa gaban plak mndengarnye, seperti diumumkam mndapat bonus 4 kali setahun…….puuuuiiiihhhhh

    0

    0
  20. Dewatahapgaban says:

    stess lagi dgar harga gula akan dinaikkan kerana mahu mengurankan diabetis…puuuiiihhhhh

    0

    0
  21. lylyezora says:

    rasanyer xperlulah nk bgth nk bbaik time majlis apa bagai…yg penting bbaik dulu barulah ko kecuh bgth satu dunia yg ko dh bbaik n mintak ampun bagai….sbb tgk cara korang laki binik nie mesti time raya aritu x jenguk2 org tua tue….ksian makcik siah nie hah braya dgn ank angkat jer…ank kandung dh di sorok menantu antuuuu….niat kena baik bro…buat dulu br kecuh kt papaer….nie siap kecuh pastu entahkan jd nk bbaik tue entahkan tidak….ko bawa diri pn x btl mcm mn nk jd ktua kluarga …ish3x….

    0

    0
  22. DIA says:

    Alhamdulillah, buang yg keroh & amik yg jernih.
    tp nape perlu tggu masa akikah bagai, nak berbaek nee elok kita anak beranak jew. coz seperti yg d kata akan ada jejak kasih bagai. tp tak pe lee janji berbaek pah nee.

    0

    0
  23. adnan semput says:

    nama penuh baby muhamad rebusmee nnt dah besar leh kawin dgn anak rebecca anggerik rebusmee

    0

    0
  24. lily says:

    aku rasa farid ni sengaja buat cerita die gado dgn mak mertua die sbb nk naikkan rating cerita anak die nnt.. korg pelik x, daripada elok2 tetibe farid kamil tweet psl die x suke mertua die.. pastu x bg tgk cucu..bile tnye mak dd, die asik jwb no komen.. tup2 nk berbaik pulak..tapi nk berbaik masa aqiqah..masa astro nk buat rakaman citer anak die tu.. die sendiri ckp “akn ada jejak kasih masa kat majlis akikah nnt”..tu maksudnye die nk soh org tgk la tu..sedikit sebanyak naikkan rating cite anak die yg x taw lagi laku ke x.. kpd farid kamil : ko ada handphone x?? call mak mertua ko minta maap..xpayah nk tggu aqiqah..nmpk fake sgt..

    0

    0
  25. cik kiah says:

    FK ngan DD bajet glamour and hot sesangat.. semua2 pun korang nak announce kat media.. kalau nak berbaik tue, x payah tunggu majlis akikah, buatnye antara korang x panjang umur, x pepasal x sempat berbaik.. nyampah pulak aku.. nak ade bab jejak kasih bagai.. please lahh.. tue hal keluarga korang kot.. x payah nak tayang sgt kat org.. mcm org hadap sangat nak tau.. nyampah pulak aku

    0

    0
  26. Anonymous says:

    poyonye la hai mamat ni…nak cari publisiti murahan ke ape tah…dah mcm drama bersiri pulak..pfffttt…

    0

    0
  27. cleopatra says:

    bukan DD dgn mak dia selalu berkepit kemana saje ke masa bujang2 dulu..
    dah nikah sanggup dia sisihkan mak dia..apa punya anak la…
    em sadis2…kalu anak dia bt dia mcm tu baru la dia rasa apa perasaan seorang ibu kan…
    insaflah wahai manusai…………..

    0

    0
  28. Nyonya amoi says:

    Alahai nk berbaik dgn mak mentua nk tunggu majlis, nk gtau nama anak pun nk wat majlis.. ntah apa-apa la korng ni… biasa2 jer laaa… cari publisiti jer nihh… dah nak suam2 kuku dah kot…. apa FK & DD press dh cari awak la tuu.. awak la pulak kena cari press… hehehehe.. x gitu???

    0

    0
  29. […] hubungan mereka akan kembali jernih sejernih-jernihnya selepas itu. Sama-samalah kita doakan. - beautifulnara […]

    0

    0
  30. batman says:

    kenapa nak berbaik harus tunggu majlis dibuat. bukankah duit banyak boleh taja flight tiket bawa ibu mentua ke australia.
    kalau bercerai….Mak juga yang dicari….

    0

    0
  31. saya konfius says:

    pasaipa saya mcm penah dgr kt berita radio pg2.. DD kata nama anak dia “Muhammad Bin Farid Kamil”…ke saya yg silap dgr..ni baru nk bgtaw nama anak dia sapa plak.. konfius2..

    0

    0
  32. Mual says:

    heh,,,si parit ngn si judi mmg kaki kelentong,,,ansyik nk kelentonr jer yer,,pastuk tak abis nk kecoh satu malaysia hal korg yer,,nk berbuih mulut n berdarah idong aku dga cta korg nie,,,poyo la korg nie!kecoh la korg nie!

    0

    0
  33. mak jemah says:

    xpaham…blh jual ke name anak smpi nk kne tgu announce??
    nak brbaik ngn mak mrtua pun nk kne tgu majlis…

    INI SEMUA POYO!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  34. Anonymous says:

    Sbb tu la kna cri suami yg btul2 berADAB..alim cna pn klo x berADAB xda gna..berADAB ni xkira ditekan sekuat mna pn dia tetap akn cool..klo dgn mak wife dia pn dia bleh biadap,apa lg dgn org tua lain yg xda hbgn..lg nmpk sgt FK ni eksploitasi hal rumah tgga dia.semuanya nk kna ada press..pastu bila press tnya,dia jwb bajet eksklusif sgt.siyes,aku simpati DD dpt asben mcm ni..sbrla yeee…dah mcm tu “syurga” awk dpt…

    0

    0
  35. Lara says:

    Boikot jer drama depa kat Astro tu nnt, tak payah tengok biar rating turun baru dia tau takdak sapa yg kesah pun. Bajet hot, geli aku dengar.

    0

    0
  36. aku mulut baik says:

    memang syurga di bawah telapak kaki suami bagi seorang isteri..tapi kalau suami baik..xpelah..kalau suami pon mcm cilake..nak jumpa mak bapak pon x bagi…apecite…aku bukan nak niatkan benda tak bagus..tapi diana kena ingat..klu la satu hari nanti dia n farid kamil ade cite yg x seronok kedengaran…ko nk g mana diana oii…..ketiak mak kau jugak ko cari..hubungan suami isteri boleh putus..tapi hubungan anak beranak..sampai bila pon x putus…and satu lagi..kan dah di bagitau nama anak…nama apelagi nak bgtau ni?

    0

    0
  37. EZA says:

    tak settle lagi dengan nama anak?? …ingatkan cakap “Muhammad” tuuu nama itu ajelah…ada lagi…. Inilah dinamakan dunia artis… tak tahu apa yg nak dikejar mereka…

    0

    0
  38. aida says:

    salam abg farid,
    maaf jika ada tersilap kata.
    kemungkinan emak dd tak mau menantu kan abg farid atas sebab2 tertentu.
    agy pun dd kan dahulu gf’s sy, jadi emak dd nak menantu kan sy.
    yg hairan nya juga khadiran baby sedangkan abg farid & dd baru 6-7 bulan brumahtangga… manalah emak dd tak syak yg bukan2…
    abg farid brsabar lah iya…btw dd juga harus ingat wlaupun dah brumahtangga, jgn lupa emak dd…klau takde emak ayah mana mungkin dd brada di dunia ni…
    jgn sombong & lagak bila dah brumahtangga…
    abg farid juga harus faham & give & take with your in-laws…stiap apa yg brlaku ada hikmahnya…

    0

    0
  39. MRS CROOK says:

    pndapat ak senang jek, mcm mn kita lyn mak ayah kita, camtu la nt ank kta lyn kita pulak…..

    0

    0
  40. […] dengan ibu mertuanya masih belum ada tanda-tanda untuk pulih. Agak pelik juga kerana sebelum ini Farid Kamil beria mahu memperbaiki silaturahim di antara mereka bertiga, lebih-lebih dengan kehadiran anak. Mungkin kesibukan dalam menjaga anak, isteri dan lakonan […]

    0

    0
  41. […] Saya Memang Nak Berbaik Dengan Ibu Mertua – Farid Kamil (83) […]

    0

    0