Written by AbangNara | September 9th, 2013

Minggu lalu industri hiburan digemparkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita yang merupakan isteri seseorang. Setelah sekian lama berdiam diri, Adi Putra hari ini tampil menerusi Harian Metro memberikan kenyataannya. Ternyata Adi sedikit sebanyak tertekan dengan kontroversi dan dugaan yang melanda dirinya ini.

adi putra

Adi Putra juga menafikan dia melarikan diri sebaliknya tindakannya berdiam diri adalah untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan. Kata Adi:-

Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna. Saya bukan melarikan diri, namun memilih berdiam bagi memberikan peluang kepada polis yang menjalankan siasatan kes itu.

Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang.

adi putra

Bagi Abang Nara, langkah yang diambil oleh Adi Putra amat bijak kerana tidak lagi menghangatkan suasana. Apa pun, respek Abang Nara bertambah kepada Adi dan isterinya kerana saling menyokong antara satu sama lain di dalam keadaan sebegini. Kata Adi lagi:-

Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat sokongan padu isteri, keluarga serta rakan selain perkara ini tidak menjejaskan karier kerana saya percaya rezeki di tangan Tuhan.

Saya juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan sudah ke sebuah balai polis ditetapkan untuk memberi keterangan. Biar polis yang menjalankan siasatan dan selepas selesai siasatan itu, barulah saya membuka mulut bagi menjelaskan perkara ini.

Untuk makluman anda, pihak polis kini masih menunggu laporan hasil siasatan terhadap telefon bimbit milik Adi Putra dan wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengannya. Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan tersebut.

P.S: Realiti bahan api diesel di Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 responses to Saya Juga Manusia Biasa Serta Tidak Sempurna – Adi Putra

  1. gincu says:

    Bertabahlah nak.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mane gambar bogel tu.. nak tgkkkk…………………………..

      0

      0
    • zara says:

      setiap manusia melakukan kesilapan sebab tiada yang sempurna…mungkin benar mungkin salah…..ambil sebagai pengajaran dan jangan belajar mnuding jari pada sesiapa……

      cari kesilapan diri dan perbetulkan untuk jadi yang terbaik…..syurkur alhamdulillah adi tak cepat melatah….if u did wrong u no need to tell others….ALLAH MELARANG KITA MEMBUKA AIB DIRI SENDIRI MAHUPUN ORANG LAIN…..kalau tak aib kita akan di buka di padang masyar nanti……(lg rmai mnusia ketika itu)

      0

      0
    • ntahpape says:

      tapi pelik..mcmane popuan tu ade no tel ady… boleh x nak jugak no tel ady.. huhuhuhu

      0

      0
    • ayam jepun says:

      ADI PUTRA NI AKU RASE LAKI JENIS SAMA PRANGAI NGAN TOK ASRAP MOSLEM !!! SEOLAH2 TENANG ! ALIM ! TAPI , TENGOK AMOY DAHI LICIN SIKIT DAH ANGAU ! JIKA SAMA2 BUJANG LAIN CRITE ! BOLEH LAH BERMADU NANTI ! TAPI NI BINI ORANG BRO ! LAGI LU NAK KEPO !! AIDA PON SATU ! DAH TAU AP NIE JENIS SUKA YG SLIM MUKA RUNCING , NAPE TAK NAK JAGA BADAN JAGA MUKA CANTIK2 ! BIARKAN BADAN TIMBUN LEMAK CAM BOYOT ! MUKA DAH TWINS NGAN ENOT AKU TENGOK ! STYLE PON NTAH APE2! JIKA DAH DI DUAKAN AP NGAN AMOY KPOP CAM NIE , HA !!!! PADAN MUKA KO AIDA !!!! TABAH JE LA YE !!!!

      AKU TAU KOMEN AKU BIKIN PANAS !!!!

      0

      0
      • hippo says:

        aida ni time awal2 bercinta ngan adi gojes weh mcm zahnita. adi belum popular pun time tu. aku pernah terserempak diorg . xsilap aida ni janda zul handyblack kan.

        0

        0
      • Anonymous says:

        elleh ko..si kinah tu single mingle ko bising gak..

        0

        0
      • Tak puas hati says:

        Dasar lelaki mmg camtu..ble isteri dah gemuk mule nk mggatal ngn permpuan lain..prmpuan kalu laki gemuk ade ke nak cari laki lain?mne ade,prmpuan tetap setia..ah dasar lelaki,gatal..kalu lembu tu dipkaikan skirt pun korg bernafsu jgak..Jngan nk kate bdan prmpuan gemuk la,yg kecik molek mcm nora danish,maya karin,,atilia tu bercerai jugak..so mulut tu jngan nak longkang sgt..

        0

        0
    • lina says:

      hai hai adi putra kau ni tak habis habis lah kau ni kau main eh, kau dengan bini kau lagi pun aku tak kesah tu semua jadi kau adi putra yang dalam pelakon hish hish hish hmm…. jaga isteri kau tu jangan pergi dengan perempuan lain pula ye tu hmm…. adi putra,adi pura kau main eh tu sayang kena sayang sampai tua bukan sayang sampai muda ok dah lah kau ada kerja kan dah pergi layan suami kau tu ok bye,Adi Putra see u on the next day.

      0

      0
  2. mayo says:

    xkira la ape yang terjadi,saya masih meminati adi putra..yippiiieee!

    0

    0
  3. mak jemah says:

    first

    0

    0
  4. breep2 says:

    Ape mksud adi??

    0

    0
    • sape sape la says:

      macm ye je kan!!!!

      0

      0
      • Selena Gemas says:

        Dah ye la tu x yah nk tunggu siasatan sngt laa keluar2 nnt pn dh 5 6 bulan citer ni pn dh basi berkulat..kalau kata kakak tu yg meroyan dulu nape ko pi layan kan kurang kasih syg la tu sbb bini sibuk jaga anak… lelaki ni bila dh kena abai per lagi main2 whatsapp la sorang cari kasih syg kate nyeee….

        0

        0
  5. saya ok jer!! says:

    alaaa. adi putra… saya peminat awak! :)

    0

    0
  6. anon says:

    mmg alasan yg baik..tapi apa yg berlaku memang telah berlaku..exchange of nude pictures mmg benar2 berlaku..mesej2 lucah antara keduanya memang telah benar2 berlaku..pada saya, adi pun kalau beri komen akan membenamkan dia lebih jauh ke dasar..mmg akan makan diri..jadi berdiam diri adalah lebih baik..namun alasan ‘menghormati undang2’ digunapakai utk cover diri..huhu

    apapun, skrg dah game over (utk permainan ni aje)..kau dah ikut hati sangat, so kau rasakan penangannya..ini pun bukan kali pertama adi putra dikaitkan scandal dgn perempuan..ada yg artist, ada peminat..dah ramai pun perempuan2 sama getik dgn kau berhubungan..

    harapnya kau menyesal dan malu dengan apa yg berlaku..malulah dgn Allah, bukan malu dengan masyarakat..bini kat rumah tu halal, yg haram jugak kau cari..

    0

    0
  7. Kabilah terkebil letup says:

    kalau pasnie adi putra nak bercerai lagi, mesti jadi kontorversi. dulu dgn nora danish, nie skandal baru. takpe la adi putra.. sabor jela ye.. dekat oh bulan, dah tunjuk salinan wassap adi putra. mcm bukan dia pun ye jugakkkk. wallahualam…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Moral of the story, isteri jaga la penampilan diri da mcm tong drum tu

    0

    0
    • anonymous says:

      kalau adi putra suka isteri yg size mcm tu? moral of the story is: kau dan aku ni org luar, tak payah lah masuk campur hal rumah tangga org lain..size bini kau/size laki kau, atau mungkin size mak/bapak kau, boleh lah kau buat2 bertanya..size bini org lain, tak payah la nak kecoh2..tak de kaitan dgn kau pun..

      0

      0
    • Anonymous says:

      jgn mudah menilai & menuduh. dulu wife dia xla besar sgt. tp kalu korang tau..diorg dah lama berusaha utk dpt bb. treatment utk dpt bb tu yg slalu buat badan naik. tok sah la dok fitnah saiz badan tong dram punca laki cari lain/skandal/cerai..abis, si nora danish yg kecik molek tu pon bercerai berai jgk kan…mulut tu jahat sgt.

      0

      0
    • mayo says:

      xbaik nya cakap cmtu.bini dia penat2 jaga anak kat umah.mana nak kemas umah lagi,jaga makan pakai si adi putra.aku ni surirumah aku tau la kepenatan seorg isteri tu camne.klu da dasar lelaki gatal tu tetap la nak menggatal even dapat bini secantik kim kardashian.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Bongok…. Aku nmkn skitlah retis yg cun kena cerai..
      Nora danish
      Rita rudaini
      Norish karman
      Noniswara

      N byk lg…malas nk cr gugel jer sendiri

      0

      0
      • Anonymous says:

        yang lawa n slim pon kena cerai gak..bkn sbb isteri x slim tp naluri lelaki yg memang nk lebih dari satu..

        0

        0
        • anon says:

          aku rasa tu penilaian yg terlalu berat sebelah kot. artis byk yg nak cari org kaya sebab hidup sebagai artis tak menjamin kesenangan hidup, sedangkan mereka perlu sentiasa nampak glamour di luar..persepsi masyarakat kononnya artis berduit menjadikan masyarakat artis yg pincang mcm yg kita lihat sekarang. asasnya, berbalik kepada agama..berbalik kepada niat seseorang itu berkahwin. kalau niatnya berkahwin utk duit, untuk pangkat, untuk harta, utk seks, utk berseronok2 sementara, maka tak hairan kalau rumahtangga yg dibina tu sekejap aje. sebab bila duit dah habis, pangkat dah takde, harta dah takde, seks dah dapat, berseronok2 sementara sebelum mencari habuan seterusnya, maka takde lagi nilai sebuah perkahwinan di situ. berkahwin ni perlukan komitmen dari semua sudut oleh kedua pasangan. kalau ada niat lain, maka takkan kemana..ke laut jugalah nanti..
          lelaki mana2 pun mmg nak kahwin lebih dari satu..tapi iman dan amal membezakan setiap lelaki..ada yg boleh beristeri lebih dan bijak mengemudi keluarga dan semuanya happy. yg banyak kat luar tu semua jenis jin ifrit..pantang nampak dahi licin & sedar diri tak mampu terutamanya kewangan tapi nak jugak kawen. jadi kalau nak kata artis ni lawa, slim tapi tetap kena cerai tu semua salah si suami, then tak adil la. byk sebab kenapa manusia bercerai.

          0

          0
  9. Anonymous says:

    walau apapun yang terjadi, aku tetap minat adi! Senyum dia manis sangat! berlakon pun pandai. tang bibir dia tu ahhh seksi!

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak manis sgt lah senyuman laki tu…dia pandai berlakon, tak heranlah dia banyak menipu perempuan2 diluar sana tuuuu….kejujuran dan keikhlasan dia tu tipu2 sebenarnya….

      0

      0
  10. guli pecah says:

    ada betul juga Anonymous kta ko tu…dh nma isteri org ppular..mesti tau jga bdan sikit, klu tau jg badan walau muka tak cantik tetap sedap mata mmdang…Dah tgok dah gmbar muka skandal Adi tu kt website…mmg lawa. Gebu lagi tu tak mcm org 30 thn, mcm lingkungan 20 thn je ppuan tu..tapi yelah manusia ni klu dh nk buat silap tu..silap jugak lah..manusia tk penah lari dri buat silap (sedar/tk sedar). Jadikan pengajaran pd kita semua…Amin

    0

    0
    • gatal tengkok mu says:

      mula-mula kutuk-kutuk,
      masa ending letak Aminn..
      wah bau syurga ayat engko ni..

      ngumpat tetap dosa

      0

      0
  11. tetap sokong adi says:

    walau ape pn jadi saya tetap penyokong setia adi putra… :)

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Tak lama lagi mesti ada skandal lagi.. cth, norman hakim.. skandal ngan faradhiya sampai bercerai pastu buat hal lagi ngan memey. Ingat dah insaf… si aida ni gemuk sebab ubat kesuburan dptkan anak..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    bkn nya ensem sgt mamat ni…ada hati mengatal! penjara seumur hidup ler

    0

    0
  14. Anonymous says:

    kalau rasa bini kamu tu gemuk dan tak cantikkkkk……kenapa dari dulu lagi tak cari bini cantik dan slim mcm papan lapis tu??? apeeerrr lah lelaki spesis mcm ni….bini org tu pun satu, tak cukup seorang laki nak jugak ngn mamat itam ni pulak.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    kalau aku pengarah tak nak lah ambil mamat ni berlakon…patut lah tak laku kat singapura tu.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    saya juga manusia biasa serta tidak sempurna maksudnya saya juga lelaki biasa serta tidak sempurna kegatalan saya, oleh itu saya tetap mengatal dengan bini orang….hahahaaa….

    0

    0
  17. ayam says:

    Bini gemoks mmg busyuk

    Adi jaga bebaik burung ku jgn kasi tayang.,

    0

    0
  18. najewaletih says:

    Banyak persoalan yg berada di minda
    Banyak tanda tanya dan juga kata dusta.
    Bini muda curang laki tua marah jer
    Laki muda suka isteri masih setia

    Soalan matematik saya hari ini
    5+5=10

    0

    0
  19. peminat fanatik nara.haha says:

    adi buat atau tak wallahualam. aku fhm isteri adi sokong adi sbb tu suami dia. isteri dia tutup aib suami. mungkin dekat rumah isteri adi dh soal siasat adi. kita tak tau. tp kpd semua isteri2 yg baca nara ni kena tahu yg perangai suami kita kat belakang kita tak tahu. sbb aku pernah bercinta dgn suami org. yg aku igt duda. rupenye ade ank bini yg pandai2. bini pulak keja bagus. tp dh nk buat camane lumrah lelaki. keinginan nak menggatal dgn perempuan selain bini sendiri ttp ada. doa la hari2 supaya laki korang takde perangai mcm ni kat belakang. lg2 yg ada 2,3 hp. wechat, watsapp, etc. senang je nk jd gatal.

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Kenyataan nya da memang mcm tong dram pun..buat la senaman sikit2 kak kontrol sikit badan tu..x salah berhias utk suami.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Xsemua laki kata kurus tu cantik…jgn bajet cun…sampai lupa doa pd Allah..ht ni Allah yg bolak balik….ko pgilah pjbt agama tgk brp rmi yg cun melecun kena cerai….asyik sibuk melawa jer…sampi lupa mkn minum laki, ckp dgn laki pon mcm petir….igt kahwin ni kira cun jer ker? What a shame..pemikiran thp org xmengaji

      0

      0
  21. ariana says:

    Dia hormatkan undang2 tapi xhormat isteri org dan isteri sndiri

    0

    0
  22. tot says:

    hal rumah tangga org …tak baik masuk campur.klu bini org tu baik sgt…name die berbalas sms ngn adi??????dua2 pihak salah.

    0

    0
  23. sukati aku says:

    korang duk ngata si adi ni, pe korang tu bagus sgt pe ke! ingat! jaga la bini n laki masing2 sudah, klu yg bujang tu jaga adik pompuan / lelaki korg sudah!

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      betol cakap kau tu sukati ! dorang ni suka2 aje nk cakap adi yg bukan2 ! jangan2 dorang ni sengaja takkkkkkkkkkkk buat fitnah2 yg semacm ni ????? Al maklom lah kannn si adi ni kan pelakon Singapore yg berlakon kt Malaysia n cari makan kt Malaysia kawin ngan pompan malaysiaaaaaa jadi ada yg tk puas hatiiiiiiii !!! kebanyakan Nye kan tk suka pelakon Singapore cari makan kt Malaysia ! mungkin cara yg semacm ni boleh menjatohkn adi ??? supaya pengarah atau penerbit tidak akan mengambil adi berlakon lagi ??? Al maklom lah Singaporean kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !! lepas ni pelakon Singaporean yg mana pulak yg akan jadi macm adi ?????? Aaron Aziz ???? Aliff Aziz ??? atau pon pelakon2 Singaporean yg lain ?????? tunggu perkembangan yg seteros Nye ye hehe……..Bang nara where are u ?

      0

      0
      • biisinggg says:

        sssshhhhh.. sila jgn semak nk mengomen.. x suke pegi balik negara awak.. sila2 la pandai bawa diri walau dimana saja agar orang hormat…

        0

        0
        • minah jambu merah biru says:

          memang la dia bawak diri dia di negri oranggggggg..tapiiiiiiii orang sudah main fitnah2 ngan si adiiii tudoh yg bukan2…si laki pompan ni pulak bukan Nye nk tnye bini dia yg gatal tu macmana leh jadi macm ni …ni tk dia leh gi police station buat reportttttttttttttttt…sms punye pasal leh jadi merebak rabak macm ni huh ! mengarottttttttt !! misal Nye kalau betol adi ada main sms ngan bini dia ape yg laki dia boleh buat ??????? nk ceraikn bini dia ????? huh !!!

          0

          0
  24. noradanishjandagersang says:

    ai mmg suka bebird adi sbb hitam dan ummmphhh!!

    0

    0
  25. Anonymous says:

    dalm paper kata tak nk mngaibkn sesiapa,maknya btol di skndal ngan bini orang tu…retis bese kalo itu jwpn dia ..kalo btol skeras2 mnafikanya…dlu dgn nora Danish

    0

    0
  26. miss minah says:

    adi putra ni still ngan bini dia sebab bini dia kaya occay!! dulu bini dia ni janda si zul handy black tu….bini dia mmg kaya pun ..producer…dulu2 bini dia cun kot..sekarang je macam ____________ sila isi tempat kosong plishhh

    0

    0
  27. rosmah mansur says:

    pada pendapat kak mah la kan.. wife si adi nie lebih baik pakai tudung.kompem3 bertambah2 cantik. sekarang nie mcm2 fesyen utk wanita bertudung bergaya.
    kompem la adi tak men belakang punya.

    psl badan gemok tue nak buat cm ne? pandai2 la jage penampilan yer bini adi putra.

    0

    0
  28. Anon says:

    Korang takyah nak judge sangat lah. kalau betul, dia yang kena bukan korang. Dah tak payah nak meroyan je semua. Mind your own business is better than bitching guys. Pi solat ke mengaji ke. Dapat sikit kurangkan dosa dosa krg dulu yg bertimbun. In shaa Allah. Tuhan kan maha adil. Assalamualaikum! Peace out!

    0

    0
  29. zul says:

    Korang takyah nak judge sangat lah. kalau betul, dia yang kena bukan korang. Dah tak payah nak meroyan je semua. Mind your own business is better than bitching guys. Pi solat ke mengaji ke. Dapat sikit kurangkan dosa dosa krg dulu yg bertimbun. In shaa Allah. Tuhan kan maha adil. Assalamualaikum! Peace out!

    0

    0
  30. anon says:

    Takyah lah kutuk Adi lebih2, semua lelaki sama je. Kalau ade peluang tak ada lelaki yg akan tolak, alim ke tak.. Cubalah gih goda org2 alim or tabligh, sure termakan punya. Ni bukan andaian, aku bercakap dari pengalaman aku. So far 3 org alim and tabligh, semuanya pak haji, aku goda. Semua suka chat psl sex, seriously, not kidding. Walaupun alim tapi sebagai manusia biasa punya nafsu.

    0

    0
  31. adibohjsn says:

    adi ni spesis seks merata, takut weh kawen dgn org camni, leh kena penyakit kelamin

    0

    0
  32. Mdm. Poppy says:

    Bab2 gemuk ni tak kira ppuan or laki, kena jaga badan. Aku pernah tanya laki aku mcm mana if badan aku lepas kahwin naik mcm belon. Dia cakap kalau aku gemuk dan sihat dia tak kisah. Tapi tu lah kena jaga gak sebab badan bini ni bukan setakat utk suami jer, badan kena jaga gak utk elak diri dari penyakit. Nanti kalau dah sakit yg empunya badan juga yang susah. Badan gemuk kan cenderung dpt penyakit yg full package.Bila dah sangkut memang payah nak jaga.

    0

    0
    • poppy seed? says:

      betul tu..jgn ingat bini aje kena jaga badan sedangkan laki badan mcm gergasi terlebih makan murtabak besaunya.

      0

      0
  33. fidah says:

    hensemnya adi putra….biarla dia.. sekarang nie dua2 pun salah…jgn dilayan sangat perasaan dan nafsu nie…kita doakan jela yg terbaik utk diorg ni dan untuk rumahtangga kita jugak

    0

    0
  34. Anonymous says:

    aku tetap minat adiiiiiii! jangan lupa tengok ulangan tentang dhia setiap selasa pukul 5 petang! tv3

    0

    0
  35. ikan keli says:

    buat sambungan drama teduhan kasih best gak nie…rupanye Ehsan ada skandal dgn isteri org…effa tetap setia wlaupun kecewa,nak wat mcm mane…suami kaya,& kacak..kalau cerai, petik jari sepuluh yg dtg….sokong jelah suami tu….

    0

    0
  36. […] Saya Juga Manusia Biasa Serta Tidak Sempurna – Adi Putra (75) […]

    0

    0
  37. […] Saya Juga Manusia Biasa Serta Tidak Sempurna – Adi Putra (76) […]

    0

    0
  38. […] Saya Juga Manusia Biasa Serta Tidak Sempurna – Adi Putra (76) […]

    0

    0