Written by Bella | April 11th, 2017

Sekitar awal bulan Januari lepas, bertebaran khabar angin mengatakan rumah tangga anak Chef Wan, Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Edwan O’ luanaigh sedang berantakan dan ada dakwaan mengatakan mereka sudah bercerai.

Setelah lama berdiam diri, Serina akhirnya tampil membuka mulut mengenai gosip rumah tangganya itu. Menurut Serina, beliau dan suami masih lagi dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Tiada juga kehadiran orang ketiga.

Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.

Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Rumah tangga ada asam garamnya dan jangan cepat berputus asa sekiranya ada dugaan serta ujian yang melanda. Kami mendoakan agar Serina dan Gavin dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : Media Hiburan

15 responses to Saya Dan Suami Belum Lagi Bercerai – Serina Redzuawan

  1. Damien says:

    Musim artis bercerai ke apa ni?

    1

    5
  2. EN0 says:

    semoga jodoh kamu kekal hingga ke Jannah dan segala masalah dapat diselesaikan dengan baik..aamiin..

    44

    0
  3. ain suzana says:

    semoga tidak berlaku penceraian. Insya Allah.

    34

    0
  4. Ex-Amnet Forumer says:

    Please don’t if you can. Btw, those are adorable kids.

    14

    0
  5. hakak cun says:

    smoga kekal hingga ke jannah

    12

    0
  6. tina fazlita says:

    serina..hang pi kuruskan badan gelembong tu…..dolu ah…..

    1

    8
    • aa says:

      tu lah. daughter dia dlm satu video on CW nye IG ada cakap yg her daddy tak bagi mkn sweets banyak sebab nnt gemuk mcm mummy. sedih weh.

      9

      0
  7. Anonymous says:

    semoga kekal hingga jannatul firdausi..amin Ya Rabb!syaitan suka betul kalau bab cerai2 ni..

    3

    0
  8. anon says:

    belum bercerai lagi?? hmm….bermakna dlm proses lah tu kan. Berkawen dgn mat saleh ni jarang yg kekal…

    3

    2
  9. Mak Becok says:

    Baguslah Serina. Pedulikan pedengki2 kat rumahtangga kita; jagalah suami & keluarga mu dgn. baik. Dan jgn. biaqkan org.2 ketiga termsk ‘kawan2’ msk. campur.

    Tapi Serina akan kembali jelita mcm. dulu jika kurangkan berat badan. Lepas tu bolehlah pi mengembara dlm. hutan, menyelam dsbnya – omputih suka benda2 mcm.ni!

    8

    0
  10. melati says:

    saya Jamin Gavin Edwan mulut tk mcm Bapa awak Serina, ..org yg selalu cerai ni selalu nya bukan salah pompuan tapi jantan yg mulut cam puaka mengalah kan Pompuan.. tk caya akan tanya lah Ibu2 tunggal kt luar sana..!!

    0

    0
  11. Yaya says:

    Serina, tlg jgn becerai. Please. Nnt kau menyesal klau lps kawen kau dpt jantan melayu. Jantan melayu cpt pancut. Lemah tenaga batin. Main 5 minit, dah tewas.pui
    Kalau boleh selamatkan, selamatkanlah rmh tgga. Kesian kt anak2 you jgk. I tgok husband u nmpk mcm baik je. So, dont give up.

    0

    1
  12. oh no!jgn cerai la x kesian ke kat anak2

    0

    0

Leave a Comment

Optional