January 26th, 2017

Gosip rumah tangga Serina Redzuawan mula mendapat perhatian ramai apabila minggu lepas ruangan Bipop Berita Harian mengatakan rumah tangganya bersama lelaki Inggeris, Gavin Edward O’ luanaigh kini sedang bermasalah dan Serina juga dikatakan telah ke mahkamah syariah baru-baru ini.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Serina juga tidak lagi memuat naik foto suaminya di media sosial.

Diasak dengan pelbagai persoalan, Serina memohon diberikan ruang sedikit dan akan menjelaskan segala isu mengenai rumah tangganya itu bila tiba waktu yang sesuai.

Apabila tiba masanya, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya.

Serina juga enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai pemergiannya ke mahkamah syariah.

Serina Redzuawan dan Gavin Edward O’ luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Agak sukar untuk meluahkan apa yang berlaku didalam perkahwinan kepada masyarakat apatah lagi Serina Redzuawan seorang selebriti dan anak kepada seseorang yang agak terkenal. Berilah beliau sedikit masa, tetapi kami tetap doakan agar jodoh beliau dan suami masih panjang. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...