Written by AbangNara | June 15th, 2015

Tindakan Erma Fatima memohon penceraian daripada suaminya, Bade pada minggu lalu memang mengejutkan. Rata-rata beranggapan perkahwinan mereka bahagia, walaupun Bade telah memadukan Erma apabila berkahwin buat kali kedua dengan Aida. Tanggapan bahagia hidup bermadu ini muncul apabila Erma sering memuatnaik gambarnya bersama madu, menunjukkan seolah-olah mereka berdua bahagia berkongsi kasih Bade. Malah mereka juga telah bercuti ke Bandung bersama-sama.
erma fatima

Sesungguhnya permohonan cerai dari Erma Fatima bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah Bade selaku suami juga turut sama terkejut. Menurut Bade, dia langsung tidak tahu menahu tentang permohonan ini. Bagi Bade, perkahwinan yang dibina bukanlah untuk berakhir dengan penceraian. Katanya:-

Saya dan Erma tidak bergaduh apa-apa pun. Rasanya saya juga ada hak kerana dia isteri saya dan saya suaminya. Sebagai suami, ia adalah hak saya untuk menceraikan Erma atau sebaliknya. Walaupun ada undang-undang mahkamah syariah, tapi bagi saya, talak di tangan seorang suami.

Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting.

Kepada kedua-dua isteri, saya nak beritahu, saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apapun keadaan, bukan kuasa saya.

Erma mahupun Aida tahu, saya kahwin bukan untuk bercerai.

erma fatima bade

Terharu la pula Abang Nara membaca kata-kata Bade ini. Jelas perasaan sayang Bade terhadap Erma masih utuh. Tidak terlintas langsung untuk melepaskan isterinya itu. Tiada siapa mahu masjid yang dibina runtuh dengan penceraian, lebih-lebih lagi selepas 24 tahun berkahwin. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga mereka akan dapat mencapai kata sepakat. Amin. Sumber Berita Harian.

P.S: 12 plaza tol guna kutipan elektronik bermula 9 September

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to Saya Berkahwin Bukan Untuk Bercerai – Bade

  1. Jestine says:

    If you have an election related issue you’d like to see
    explored, please let me know. What do you believe have been the obstacles to reaching your healthy goals.
    Learn to be aware of your intuition, and you
    will get better over time.

    0

    0
    • Anonymous says:

      yup terharu..nampak syg sgt lag tu..mungkin ade yg dok hasut2??

      0

      0
      • Anonymous says:

        dan seorang perempuan berkahwin bukan untuk dimadukan!

        0

        0
        • amoi says:

          stuju dgn Anonymoussays: June 15, 2015 at 10:25 am..

          bade xde niat nak bercerai dgn emma…tp mebi cara bade sejak kawin dah lain…x mcm dulu..bila dah ada 2 bini, so cara layanan tu dah jadi lain…aku tahu emma mst terasa dgn bade..x banyak, sedikit..kalau dulu, terasa ati dgn bade, dia masih tahu bade tetap dgn dia…skrg ni kalau terasa ati dgn bade, dia tahu bade dah x kesah sbb bade ade isteri lagi satu…tambah2 sejak bade ada anak sendiri…isteri mana x terasa ati wei…sdgkan aku sndr xda anak pon, rasa sedikit cemburu pada kwn2, tambah la emma ni tgk madu sendiri ada anak..tipu lah x cemburu…aku harap bade jumpa emma n pujuk emma…dgn keadaan emma skrg ni, seeloknya bade lebih byk luangkan masa dgn emma berbanding isteri kedua…sbbnya hati emma dah byk terluka…dgn xda anak kandung, dgn dimadukan..harap2 dorg x jadi bercerai…

          bade, pujuk emma..jgn sakitkan hati emma..pklah..korg kawin dah berpuluh tahun…susah senang emma tetap bersama..berbanding yg baru, time dah senang baru jumpa n bersama…masa susah2 dulu ko dgn emma..xkan masa senang ko mudah nak lepaskan emma..

          0

          0
        • nak cuit sikit says:

          I LIKE YOUR COMMENT anon 10:25am….AWESOME !

          0

          0
        • joe says:

          ya anon 10.25. betul cakap awak tu. tapi kalau dah hampir 20 tahun kahwin masih belum dpt zuriat dan telah terbukti melalui pemeriksaan doktor yg si isteri tak boleh mengandung sedangkan suami normal maka…jika kasihkan suami..tak salah benarkan dia kahwin lagi. itupun kalau suami mau.

          Ingatlah salah satu tujuan kahwin ialah menambah umat Muhammad.

          0

          0
        • capri says:

          Terpaling betul tepat dan mantap statement ni!!

          0

          0
        • acchumm says:

          kdg2 lelaki x faham, perempuan klau dah terluka sgt perasaannya akn membuatkan hati dia kering….
          semuanya dah x bermakna pdnya….
          bkn semua madu tu manis….kebykannya menjeruk rasa…
          berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul….

          0

          0
      • smoga kasih bertaut kembali. says:

        Kpd Aunty Erma … knpa tidak berbincang dgn hubby. Jk benar hubby telah mnzalimi Aunty erma. Adalh wajar utk menuntut perceraian. Jk hubby tdk mlakukn kezaliman hnya khilaf sbg seorg manusia, maafknlah dirinya. Perceraian adalh Perkara Halal tp tdk di sukai oleh Allah swt. Berbicara dgn Iman akn menjernihkn suasana tp jk brbicara dgn hati yg terlalu sedih maka bisikan2 syaitan akn menghilangkn cahaya bg jalan kluar. Apa sbnr dlm hati Aunty erma krn suami pun hilang punca sbb2 itu. Trlalu bnyk fitnah krn pkra ini. Harap aunty tabah dlm kemelut yg melanda. Moga kasih bertaut kembali

        0

        0
      • Anonymous says:

        Sedih weiiiii….motor keta pun tau jeles.tau merajuk bila kita cakap nak beli hat baru.
        semoga kak erma tabah mengharungi dugaan rumahtangga.
        aku pulak yg rasa nak nangis.

        0

        0
  2. classywoman says:

    Pujuklah Erma Fatima balik. Jangan bagi syaitan bersorak hmmmmmm

    0

    0
  3. mawar berduri says:

    Setabah mana pun seorang isteri pasti akan ada hati yang terluka apabila dapat tahu si suami berkahwin 2…mungkin kekurangan erma kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat bade…apa pun semua ini adalah rahsia Allah mungkin nampak erma tabah dari luar tapi dalaman menanggung sakit yang teramat sangat..

    Bersabarlah wahai kak erma semua yang berlaku adalah ujian dari Allah untuk hamba2nya..

    0

    0
  4. classywoman says:

    Pujuklah Erma fatima balik. Jangan bagi syaitann bersorak. Hmmmm….

    0

    0
  5. Betty Jongos says:

    seblom ni okey je, ni mesti ada yg jadik batu api ni…

    0

    0
  6. sakura says:

    Aku faham gak la perasaan kak emma. Aku rasa dia seorg wanita yg tabah dan sudah mengaharungi pelbagai dugaan dalam industri perfileman tp dalam masa yg sama Bade byk memberi support padanya for the past 24 years. Bila kak emma dah stabil and baru nak merasa ‘fruits of her labor’ or hasil dr titik peluh dia, Bade pula menguji dia dengan berkahwin lagi. Mesti dia rasa letih dan lemas sbb Bade, org yg support dia sebelum ni mcm tikam belakang dia. Aku support poligami, bukannya tidak.. tp kalau bertalu-talu diuji, aku pun rasa letih and lebih baik berundur untuk mencaru ketenangan. Kak emma ada duit dan anak2. Bagi saya, akak tak perlu nak menjadi kuat untuk semua perkara. Ada masanya, kota harus pikirkan utk diri sendiri kak. Ketenangan kita kewarasan kita. Bermadu bukan utk semua wanita. Wallahualam

    0

    0
    • Anonymous says:

      betol tu, ntah kenapa kebanyakan kes lelaki cari lain mmg diorg akan cari pompuan lepas dh senang. Ramai lupa masa susah, isteri pertama yg support n cari duit sesama. bila dah senang, pompuan lain plak sedap2 cuci kaki. Tmbh mcm erma, xda zuriat lg buat hati tu pedih.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Hanya org yg mengalami shj yg memahami perasaan erma..

    0

    0
  8. Hamba says:

    Salam saudaraku semua….siapalah saya si hina ini untuk menerka apa sebenarnya yang berlaku, tetapi sebagai perempuan….entah mengapa saya merasa haru….mungkin selama ini Puan Erma dengan hatinya yang mencintai Allah telah sangat berusaha untuk menerima kehadiran perempuan lain….tapi seiring berjalannya waktu, hati kecil kita sebagai perempuan terasa juga melihat suami yang hanya milik kita sebelumnya, telah dimiliki oleh perempuan lain juga……Ya Allah, saya membayangkan diri saya begitu, saya tidak kuat….mohon ampun ya Allah, tapi saya tak kuat…….saya mendoakan Puan Erma dan keluarga apapun keputusannya semoga diberkati Allah…..Amin….

    0

    0
  9. Pelangi says:

    Kisah erma ni mcm dalam cerita Sarah & Hajar lakonan Umie Aida je

    0

    0
  10. ash says:

    w.pn ermax dpt melahirkan anak tp dia sanggup jaga dan sara 5 org ank angkat,
    ingat senang ke?? mase dn wang ringgit di korbankan utk rase mcmane besarkan ank2
    k
    mhkin erma undur diri utk bg bade bhg dgn isteri baru
    kalo sy pn su sanggup buat mcm tu utk suami

    0

    0
  11. Anonymous says:

    daripada sakit hati menyumpah2 suami (dalam hati) sbb tak puas hati, menambahkan dosa…lebih baik laa minta cerai…

    0

    0
  12. anom says:

    Kalu erma dah rasa tak bhgia bersama tak apalah bade…..lepaskanlah…klau terbuka hati lg boleh kahwin lg…aida pasti tak kisah malah berbahagia dapat adik….

    0

    0
  13. dotdot says:

    poligami hanya bhgia utk wanita yg ikhlas seikhlas2nya cintakan Allah,taati suami dn memahami hukum Allah…hati kecil wanita sememangnya terasa dgn setiap tindakan suami..namun percayalah..kuasa Allah,semoga erma tabah…

    0

    0
    • ash says:

      kalo suami betul menghargai pengorbanan isteri pertama,
      sepatotnya x berlaku dia leh kawen org lain
      jd nye kalau dh dia nk rase menyayangi yg lain dn itu yg leh buat dia bahagia, kite relakan lah

      0

      0
  14. suami soleh says:

    tempat isteri disisi suami..kalau tertekan pun..selagi iesteri x layak minta cerai….zaman sekrang perempuan taknak rebut pahala masuk syurga

    0

    0
  15. zie says:

    Orang dah tak mau lepaskanlah. Erma mesti dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Bade teruskan hidup baru dengan isteri baru, anak baru. Mula balik mcm dulu2 bangun malam jaga anak, asuh anak, hantar anak pergi sekolah, beratur di klinik buat checkup anak atau bila anak demam. banyak kerja kena buat. Esok lusa ada anak baru lagi, dan lagi, dan lagi. Mana dah ada masa utk tgk isteri pertama klu sakit demam atau nak mintak teman pegi shopping. Erma boleh tumpukan pada anak2 dia uruskan fasal seterusnya kawinkan anak, tunggu cucu, beribadat dan buat filem2 yg lebih bermutu

    0

    0
    • kak anom says:

      Bila dikira2 lg 9thn umur bade 60 thn…dah tua masa tu tp ank2 kecil lg….klau masih sihat alhamdulillah…klau penyakit dah dtg? Hurmmmm aida akn pikul tjwb yg berat…jg suami sakit..ank2 lg….erma pulak? Alhamdulillah ank2 dah besar…insyaAllah wpun ank angkat diorg pandai kenang jasa..boleh fokus pd amal ibadah….pandang dari sudut berbeza…

      0

      0
  16. lina says:

    mungkin emma ada agenda dia tersendiri mengapa dia benarkan babe kahwin lain.mungkin dia sudah tidak ada lgi ada rasa cinta maka tak kisah suaminya beristeri lagi.permpuan yg masih cintakan suami tak mungkin akan rela dan mambenarkan suami berkahwin lain.dgn cara ini emma ambil kesempatan mengundur diri dan mungkin ingin cari yg lebih baik.walawaalm kita tak tahu apa dlm hati emma fatimah.

    0

    0
  17. mulut celupar says:

    kalau aku jd erma, mmg minta cerai pun.dari makan hati suami khwin lagi, bgus bercerai, teruskan hidup dgn ank2 angkat.

    0

    0
    • kesian says:

      alahai jgn ikutkan hasutan syaiton sangat. kalau suami adil apa la salahnyer stay hidup bersama . untuk erma nak cari org lain pon bukan nyer senang . kalau baik dpt pahala lebih masuk syurga tau kalau sabar. jenis mcm awak ni le penghasut runtuh kan mesjid org . dari hasut benda tak baik .. baikle awak cermin diri tuh dah cukop iman ke betul. dah bade kata dia kawin bukan sebab nak cerai lagi satu so respect le. nasihat benda baik lagi bagus. nenek aku bermadu dah tua jadi geng tak masalah pon. nenek tiri sayang semua cucu cucu takde pon pilih kasih .

      0

      0
      • mek says:

        nenek aku dah xde n xpenah berjumpa while nenek tiri aku pilih kasih..sedih xmcm nenek org lain

        0

        0
  18. kesian says:

    Bade kne byk bljr hati pompuan.walaupn k erma snyum tp ati dia kita x tau.mngkin tnpa sdar Bade ade lukakn ati dia,mngkin byk lbihkn sblh sne..yelah org dh ade ank kn?mmg sronok klu ade bby ni..nk cpt je blik umah.ank2 angkt suma dh bsar2.2-3kli blh lh Erma sbar klu asik ke sne..tp klu ank dmm..kne blik ke sne gak kn?lain kli klu x mmpu brlku adil..jgn cr nhas klu smata2 nk buktikn awk x mndul.tp akhrnya some one kne brkorbn dn let go.

    0

    0
    • tecit says:

      Erma dah jalan kedepan tibe2 die berhenti tengok2 barang. Baru je nak panggil bade.. “Abang, tengok ni… menarik.. eh, mane abg ni pegi..”

      Dikedai cute depan sane bade sedang melihat baju baby boy cute yang dipegang oleh aida & disuakan pada baby jihad. “..cute xyang?? Omgeee kite beli ek??”

      Bade “..iyee.. cute sayang. How much is this aunty??”

      erma melihat dari jauh.. lalu tersenyumm.. ‘..macam mane aku boleh lupe, he’s not only mine anymore.. hehe silly me. All these while, he’s been always by my side. I thought there would be no different…’

      erma berjalan perlahan-lahan menuju ke arah 3 orang kesayangannya.. “..betol laa. cute sangat baju ni sesuai utk jihad.. Pandai aida pilih. Pilih satu lagi aida ye.. Abang, yg ni i blanje okehh!” Kate erma sambil tersenyum kepada bade.

      “Susah2 aje u ni..” Bade memeluk bahu erma lalu mencium dahinya. Aida tersenyum lalu segera berjalan kehadapan membawa jihad didalam stroller menuju kearah umie aida.

      Wow, menarik gak cerita ni. kui3.

      0

      0
  19. mekjugak says:

    hmmm

    0

    0