Abang Nara tahu yang Tasha Shila pergi ke kelab malam untuk tenangkan fikiran. Tapi Abang Nara rasa Tasha Shilla perlu pergi bengkel menjawab soalan-soalan wartawan. Tak perlu rasanya untuk beritahu wartawan yang anda akan tetap ke kelab malam selepas dilanda kontroversi baru-baru ini. Nampak macam memalukan diri sendiri sahaja.
Kata Tasha Shilla:-
Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi. Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam.
Memanglah kalau pergi ke kelab malam tak akan automatik orang itu jahat. Namun orang kata, tak perlulah nak beritahu semua orang tentang aktiviti anda yang tak berapa molek di mata masyarakat. Cukuplah beritahu saya sudah insaf dan akan cuba memperbaiki diri. Tak perlu rasanya nak tambah part “tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi”.
Kepada Tasha Shilla, seperti kata Abang Nara di atas sebelum ini, daripada anda pergi ke kelab malam, lagi baik rasanya anda pergi ke kelas komunikasi untuk belajar memberikan jawapan yang bernas apabila disoal oleh wartawan. Info portal Murai.