Abang Nara ketika SPM dulu, satu A dapatlah RM50. Itu pun dah bersyukur sangat-sangat. Membaca berita anak Rozita Che Wan bakal dihadiahkan BMW X6 oleh ibunya kerana keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, Abang Nara turut tumpang gembira. Memang sesuai sangatlah dengan kemampuan Che Ta. Untuk usaha keras dan kejayaan si anak, apalah sangat BMW X6 tue kan?
Orang kata ukur baju di badan sendiri. Tak salah rasanya kalau Che Ta memberi hadiah sehebat ini kepada anaknya selagi mampu. Lagipun anak sendiri, bukannya anak orang lain. Sebelum ini pun anak Che Ta memang dah bagitau mahukan hadiah sebuah kereta “sport” atas kejayaannya dalam SPM. Nampaknya impian menjadi kenyataan. Best lah lepas ini bawak BMW pergi kelas kat universiti.
Yang penting jangan bawak laju sangat kereta BMW X6 tue nanti. Patuhi undang-undang jalan raya. Jangan berdesup ke sana ke mari. Keselamatan harus diutamakan. Lepas tue kalau terjumpa Abang Nara jangan lupa kasi tumpang naik. Nak juga merasa duduk dalam BMW X6. Hehehe.