March 20th, 2014

Masih bercerita tentang Rozita Che Wan. Hari ini ialah hari keputusan SPM diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara mengambil keputusan SPM satu ketika dahulu. Memang jantung berdebar-debar. Seminggu sebelum asyik termimpi-mimpi. Malam sebelum memang tak boleh tidur. Cuak sepanjang masa.

keputusan spm anak rozita che wan

Salah seorang daripada ribuan yang mengambil keputusan SPM hari ini ialah anak sulung Rozita Che Wan, Ameer Effendy. Selaku seorang ibu, pastinya Che Ta mahukan keputusan cemerlang buat anaknya. Ternyata ia menjadi kenyataan. Che Ta telah berkongsi gambar keputusan SPM anaknya di akaun Instagramnya. Penuh dengan A. Tahniah!!!

keputusan spm anak rozita che wan

Pastinya lebih mudah untuk anak Rozita Che Wan memohon universiti dalam dan luar negara dengan keputusan sebegini. Fikir elok-elok sebelum buat sebarang keputusan. Apa pun, tahniah diucapkan. Tahniah juga kepada Che Ta kerana kejayaan anaknya ini. Jangan lupa bagi hadiah yang best-best!!!

P.S: Bayi terberat di Colombia


Comments are closed.

Loading...