Written by AbangNara | July 2nd, 2014

Abang Nara ingatkan Felixia Yeap akan pilih nama yang bermula huruf ‘F’ macam Farah ke, Farhana ke atau Fasha. Namun akhirnya nama ‘Rania’ menjadi pilihan bekas model ini. Bakal memeluk Islam pada 5 Ramadhan ini, nama ‘Rania’ yang ini diperolehi menerusi mimpi dan merupakan salah satu daripada 2 gabungan nama yang akan digunakan kelak.  ‘Farah Rania’ mungkin?

farah rania felixia yeao

Nama ‘Rania’ itu telah diumumkan oleh Felixia Yeap menerusi rancangan ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas yang telah dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi. Kata Felixia Yeap menerusi rancangan itu:-

Selepas mendapat mimpi tersebut…saya tertannya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut. Rania…bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’.

farah rania felixia yeao

Satu lagi nama baru Felixia Yeap akan diumumkan pada esok 3 Julai bersamaan 5 Ramadhan. Apa pendapat anda? Apakah nama satu lagi yang sesuai untuk Felixia? Kalau Abang Nara mesti pilih ‘Farah’. Nampak lembuat dan sesuai dengan wajah suci Felixia. Kalau anda pula?
farah rania felixia yeao

P.S: Nak beli baju raya untuk plus size? www.misclaire.com sedang mengadakan jualan sempena ulangtahun mereka. 3 barangan hanya untuk RM100 sahaja.  Tak kira apa-apa jenis barangan sama ada dress, jubah, blouse atau pun skirt.  Namun promosi ini hanya untuk 12 jam sahaja bermula 10 pagi hari ini sehingga 10 malam. 3 items for RM100 only. Memang terbaik. Layari www.misclaire.com sekarang juga.

97 responses to Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi

  1. lina says:

    Raisha Rania

    0

    0
  2. lina says:

    Raisha Rania :)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    pakai kain solat tp make up tebal, kene byk blajar lg ye ….

    0

    0
  4. anti heliza says:

    ROSMAH RANIA…KUIKUIKUI

    0

    0
  5. semek says:

    pakai kain solat tp make up tebal…kene byk belajar lg yer….insyaallah

    0

    0
  6. nuha says:

    tak habis2 cerita felixia ni. biar dia convert dulu la baru sambung cerita. 5 Ramadhan katanya.

    0

    0
  7. sentap says:

    eh orang nak masok Islam. support la. yg peminat ajak NH convert Kristian kemaen bsing. yg amoi ni nk masok Islam ramai yg kondem.. mekap tebal la, belom Islam lg la, byk cite la. dye baru nak belajar. doakan yg baek2 je ok. dapat pahala lagi tu doakan org tw

    0

    0
  8. Gadis Melayu Terakhir says:

    Glamer nye nama..maksud pun bagus..kerlasss!

    0

    0
  9. damai says:

    Smlm tengok dia kat Hive kat Astro sgh tenang dia jawp. pakaiaan dia mmg ikut syarak. labur, ijab tutup dada, paki sarung tangan, sgh sejuk mata memandang. Dan jawapan dia “Hati sy dah Islam” itu benar2 nampak keikhlasan diri dia. Mmg hidayah itu milik Allah, jk Allah hendaki maka jadilah, harap ramai lagi artis2 yg ikut cara pemakaiaan saudara baru kita Nur Rania Felixia Yeap

    0

    0
    • ntah apa apa says:

      kalau ikhlas tak yah nak publisiti sangat tak yah nak war warkan takyah riak….tujuan masuk Islam tu untuk apa? ada banyak lagi non muslim yang berhijrah but not like this la…sungguh tak faham…masa jadi model playboy glamer…nak tinggalkan kena glamer jugak…terjun ke dunia artis…pastu pakai tudung (nak pancing melayu kg.com, kalau dajal pakai tudung pun melayu ni kta alim) kutuk pulak melayu lain yang tak bertudung … pastu kutuk pulak kata kawan kawan menyisih dia ingatkan dia nak masuk melayu..helooooooooooooo is this idola yang korang banggakan??

      0

      0
      • ntahapapa says:

        walau pun ko kembar aku yg tak tau dtg dri mana. tp aku sokong gak pndpatan ko nih. mmg tu pun yg aku rasa skg. dalam fb stiap minit hap status psal trawih.psl soq, psal itu psl ini.bla bla bla…yg jd bonzer dia plak org islam kita. pantang di usik dan ditegur skit.melatah bonzer2 tu kata tak sapot tak sokong bla bla bla! yg hak jd batil yg batil jd hak! pening aku!!! sebab felixia seorang rosak org melayu seagama! bergadoh bertekak dlm fb nk menegakkan fatwa ngn hukum memasing! yappedeyyyy. si felix ni pon satu. ko sediakan platform utk org islam bertekak .mgkin lah tanpa niat kott..tp hagak2 la,…skit2 sudaaa…humble tu kan bgus. islam ajar bersederhana beb. better ko keep low sudaaaaa…yg pnting ALLAH tau niat ko. pening la ko ni

        0

        0
  10. hamba Allah swt says:

    Assalammualaikum..

    umum tahu bahawa Felixia nak masuk islam,,,alhamdulillah dan selamat datang muslimah baru..tapi yang ante tak suka bila nak masuk islam nie dia terlalu bercerita sangat…dari pakai tudung…dari belajar agama sampai la memilih nama islam…siap bercerita ttg nama islam yang diperolehi melalui mimpi…jika mimpi itu adalah dari yang baik alhamdulillah,,,tapi seperti kita tahu mimpi mainan tidur dan mimpi juga mainan Syaitan…dan tak perlu lah diumumkan tarikh nak masuk islam kerana nak masuk islam tak perlu la memilih tarikh hari lahir ke apa ker…islam tiada paksaan..
    tgk saja KORIE ADAM ada tak dia macam Felixia nie…diam2 dia belajar mengenai ISLAM dan sekarang alhamdulillah…sedapnya bila dia membaca surah al fatihah….
    harap lepas nie tak payah la si rania Felixia nie terlalu taksub heboh yang dia nak masuk islam dan tak perlu la wartawan nak menulis mengenai dia lagi…biar la dia mendalami apa erti sebenar ISLAM…bukan hanya pada agama sahaja…. takut nanti dia menjadi takbur pulak nanti…

    0

    0
    • Anonymous says:

      BIARLA DY TAKSUB NK MASUK ISLAM NI LA MANUSIA YG BUSUK HATI..
      PATUTNYE SUPPORT LA DY..MYB U NI ISLAM PD IC JE KOT BUSUK HATI SANGT…JNJI DY AD KEINGINAN NK MSUK ISLAM ….DY PAKAI LBH SOPN DR YG AZALINYE ISLAM…YG TAKSUB PAKAI SEKSI KO XNK KONDEM…

      0

      0
      • aku anak melayu says:

        yang ko dok emo2 bagai dah kenapa???betul apa yang hamba Allah swt katakan tu…tak perlu la nak interframe bagai…jadi macam adam korie tu…mendalami n belajar islam yang sebenar..bukan heboh2 kat internet…

        0

        0
        • amoi says:

          Anonymoussays:
          July 2, 2014 at 1:12 pm

          wei…ko emo kenapa???aku stuju je hamba ALLAH swt tu taip…x boleh over..nampak riak…ko ni fhm ke x bahasa melayu???ke nak aku translatekan ke bahasa uganda???

          0

          0
    • Farah says:

      sangat stuju dgn awak.. Biar apa saja kebaikan yg kita buat ni org x perlu tahu.. cukuplah Allah tahu..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Setuju dengan kata-kata Hamba Allah. Takut nanti jatuh kepada RIAK YANG TIDAK NAMPAK. Kita berdoa sama-sama semoga Rania Flexia tidak akan terus menghebahkan setiap apa pun langkah yang dilakukan. Biarlah Allah saja yang tahu. Alhamdulillah, hidayah milik Allah.

      0

      0
  11. Bdk banting says:

    Semalam abg dpt mimpi mngenai name felixia.rania gold.bermaksud pemimpin yg mempersonakan emas

    0

    0
  12. nok gebuzzz says:

    nape x abis lagi cite pasal dia ni,org lain convert islam x kecoh pon….ape pon syukur la dpt saudara baru n selamat berpuasa.

    0

    0
  13. cheq tie says:

    “Kalau Abang Nara mesti pilih ‘Farah’. Nampak lembut dan sesuai dengan wajah suci Felixia.”
    errr..Farah Fauzana…lembut ke?

    0

    0
  14. gigi emas says:

    Permohonan dibuka kepada ahli2 Persatuan Ustaz Kumpul Isteri (Pr.U.K.I.) yang nak memasuk meminang…..Borang boleh diambil dengan Ustaz2 Mee Segera

    0

    0
  15. Honey says:

    Raisyyah Rania..

    Support la sikit dia yg nak masuk Islam.. sekurang2nya dia juga yg membuka jalan utk bakal suaminya kembali kepada Islam.. Alhamdulillah.. jgn pertikaikan niat orang kerana itu kerja Allah.. bukan kita

    0

    0
  16. Oh Me! says:

    Sorry nak tanya korang. FeliciaYeapOfficial Insta tu it is for real? Sebab dia still upload gambar2 bunny and caption yg ditulis tu kurang sedap nak baca. the one and only malaysia women bunny lah narrow minded lah. Sedangkan bila i scroll gbr2 dibwhnya kebanyakan dah bertutup litup. Saya faham dia belum memeluk agama islam secara rasmi, tapi tak perlu kot upload gbr2 yg menjolok mata dah tau diri tu nak masuk islam. Minta felicia refer pada rakan2 islam,maybe mereka boleh advice supaya tak mendatangkan fitnah. Tq

    0

    0
  17. Anonymous says:

    RABIATUL RANIA

    0

    0
  18. Felixia says:

    Raja Rania

    0

    0
  19. Melati says:

    Nak masuk islam ..masuk ajer lah….pungkok lah ..mimipi lah, 5 Ramadhan lah…kalau nk Raih populariti pun diammmmm lagi baik dari ko memekak…kat Media..biar org tahu sendiri ..aku akan Respect..mentang2 lah sekarang musim Artis2 berhijab..ko pun sibuk nk berhijab…poraaahhh…kalau ko ikhlas nk masuk Islam contohi Haji Ridhuan Ong dlm diam byk peminat..Felixia ni saya nk bagi tau…muka hang dikatergori kan biasa jer sebab hang putih itu aja….

    0

    0
    • emaliya says:

      kenape nak masuk islam kena pilih haribulan yg sesuai, masa yg sesuai? saya tak faham felicia ni, kalau nak masuk islam cepatlah, kenape nak tangguh-tangguh?

      0

      0
    • bini no 1 says:

      Pukoq hang larr, ustazah mee segera atleast mulut die kot x mcm hang…nk bercerita psai agama pung pang pung pang!!Bahasa hang xleh elok ckit???????dia cuma teruja nk masuk islam hang tue ‘MAYBE’ yg duk sedia islam perangai mcm ‘NAHAROMMM’ ayat hang guna pkai pun x boleh blahh…jeless lerrrr tue dia putih hang kott hitamm….

      0

      0
    • anon says:

      Haji Ridhuan Ong? Seriously? Or Ridhuan Tee.

      0

      0
  20. Ulaulaulau says:

    Cer try Ke Rania Kaun. Pun ok. Lepas pakai mesti mimpi lg sekali suh tukar nama lain lak…

    0

    0
  21. nuha says:

    TQ Hamba Allah yg bagi penerangan di atas. itulah maksud saya. bukan tak support..semestinya bangga kerana bertambah umat Islam. tetapi berpada2 lah kan. kena bersikap sederhana.

    0

    0
  22. Der says:

    Safi Rania Gold kene sngt tuk dia..
    Felic Rania Yeap…ok gak

    0

    0
  23. dah letih ngan kamu felixia says:

    cukuplah wei….dah macam attention seeker pulak aku rasa si felixia ni..orang akan muak dengan crita ko ni kalau semua benda nak publish..lagi bagus duduk diam2 dan belajarlah agama baru tu dengan tekun..sometime it is better to shut up..

    0

    0
  24. Khadijah says:

    ALHAMDULILLAH!

    HIDAYAH MILIK ALLAH. DIA BERHAK BAGI KEPADA HAMBA2 YANG DIKEHENDAKI-NYA.

    DOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA2 YANG BERHIJRAH, JANGAN MENGATA.

    MOGA KITA SEMUA MENDAPAT PETUNJUK & HIDAYAH ALLAH SWT. AMIN AMIN YA RABB :)

    0

    0
  25. FEED UP says:

    cerita basi….next

    0

    0
  26. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    Hahahaha… siap mimpi lagi… asyik propa ja.. pegi la belajar bahasa Arab dulu.. gi mengaji.. lembutkan lidah ko tu dulu utk solat, ngaji…

    Org melayu pun ramai x tau bhs Arab.. alih2 jer solat cunggang cunggit… alih2 jer ngaji… tp makna bacaan? Haram sepatah pun x faham.. akibatnya… terhasillah hijabsters… and semua groupie ustaz2 yg bini berderet2…

    Fel, jangan fail macam stok2 ustazah mee segera.. listen, if you want respect, stop doing SELFIE…. selfie only for ustazah mee segera!

    0

    0
  27. Siti says:

    Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
    “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

    0

    0
  28. lusipar says:

    Ermmmm… aku teringin nak taw boifren dia tu sapa? Dengar2 geng super rich. Beruntung la badan. Harap lepas ni yg timbul hanya cerita best2 jek. Bukan yg baik atau hambar.
    Satu lagi.. felixia.. tabaruj pon x elok gak.

    0

    0
  29. kecoh lah says:

    Bosan lah asyik muka dia aje. Setakat org peluk islam melambak kat luar tu.

    0

    0
  30. fikir-fikir says:

    MasyaAllah…besarnya dugaan Allah buat saudara baru kita ini
    Malu saya dengan komen saudara/i yg tidak membina.
    Pandanglah pada yang positif, maka baiklah jadinya

    Jangan lancang mulut berbicara,
    Jangan laju jejari menjadi keyboard warrior,
    Jika diri pun masih kurang ilmu,
    Jika diri berat hati mendoakan terbaik untuk hijrah saudara baru,
    Diamkan diri sudah memadai
    Moga 5 Ramadhan menjadikan Rania hamba yg lebih baik

    0

    0
  31. Kak Limah says:

    Haiyo…asyik2 muka dia ni….kalau nak masuk Islam jadi saudara baru, just get on with it lah…ini asyik berposing2 ngan tudung dan mekap tebal macam nak tunjuk cantik je…! Ramai yang jadi saudara baru…tak de lah sampai OVER sangat!

    0

    0
  32. Linzy Longkang says:

    yg pic 1st tuh byk laa lilit hijab kat kepala dia baik ikat towel trus patutlaa otak tak betul minah nih attention seeker baik ko blajar ckp melayu kasi lancar sket dulu

    0

    0
  33. Astaghfirullah says:

    Biarlah cerita dia sebar ke tak tersebar ke, ingat senang ke nak dapat hidayah untuk memeluk agama Islam? Kita ni yang dilahirkan terus jadi islam sepatutnya rasa malu, confirm ke kalau kita ada sejarah macam Felixia Yeap kita akan peluk agama Islam? Dia sedang gembira menceritakan detik2 dia hendak memeluk agama Islam. We should support her endlessly. Zaman Nabi SAW, orang masuk Islam kena maki kena hukum, kita zaman sekarang nak jadi macam puak2 jahiliyyah tu juga ke? Pasal soal tabaruj ke riak ke dalam beribadah, Astaghfirullah..zaman Nabi SAW dulu pun pentingkan pemahaman tentang Islam dulu daripada belajar pasal hukum hakam. Ayah saya seorang mualaf, beliau cerita ambik masa lama untuk faham apa itu Islam, solat fardhu masih belum wajib ke atasnya pada awal. Apatah lagi pasal tabaruj ke riak ke apa, mereka semua belum tahu lagi. Saya mohon lepas ni takde komen2 buruk pasal dia. Ia hanya memalukan kita sebagai orang Islam. TOLONG TEGUR MUALAF BAIK BAIK, MEREKA MASIH BELAJAR.

    0

    0
  34. rona says:

    Oitt.. dia kan public figure.. tak payah attention kat Malaysia dia dah ada 7juta swam bank.. org cari dia bukan dia cari org.. btw.. let her share the happiness and dia rasa proud dengan Islam.. kan cantik tu.. daripada mulut longkang mcm korang ni.. ada baiknya belajar mengenal diri.. I bet u.. org yg alim will not criticize this woman like u.. org nak masuk Islam yg korang down kan semngat org tu nape? Siapa syaitan sebenarnya.. yg lahir sedia kala Islam belum tentu islamnya.. some Malay.. so sad.. dalam hati penuh benci dan Iri hati.. wake uo

    0

    0
    • rin says:

      Ini lah dia syaitan yg nyata.. u know what.. bila dia memberi kata2 yg baik2 tentang kebaikan Islam.. banyak Pahala dia dapat.. takkan nak letak Muka korang pulakkan.. tak sapa kenal.. ini satu kejutan.. org sangat impress dengan penghijrahan dia.. kenapa tak boleh kongsi bersama.. korang rasa korang dapat apa bila hina menghina mcm ni? Pahala or dosa.. ini bukan ajaran Islam. Ini sentiment. Orang cina Islam low profile je.. yang Islam melayu pulak bekompang lebih. Bikin Malu melayu je.

      0

      0
    • Anonymous says:

      dia ada 7 juta,,,,,atok ko,,,tu dia shoot utk drama je,,,x kan la dia bengap sgt nk tnjk dlm acc. dia ada 7 juta

      0

      0
  35. Anonymous says:

    Alhamdullilah jika niat untuk masuk Islam. Tapi Felixia nampak lebih ke arah mempromosikan diri untuk dapat job dan jemputan ke majlis2. Kalau boleh jangan la dijadikan isu bertudung , menutup aurat dan masuk Islam sebagai remeh. Betulkan niat sebenar. Kurangkan berposing , berselfie untuk mendapat perhatian ramai. Fokus pada mendalami ajaran Islam sebenar.

    0

    0
  36. hai says:

    mane kome sume tau dy attention seeker?its really good news tough..kalo betol dy nak attention xsalah pun aku ase..kisah dy akan jadi iktibar kat sume orang.mane lebih baik kisah org murtad ke or kisah muallaf?benda yg baik kene disebarkan.semoge kisah dy ni akan jadi tarikan kat luar negare jugak n tarik orang2 kafir kt sane.ini dikire sbg berdakwah.dy baru nak masuk islam.bayk lagi dy perlu belajar.ingat senang ke?tapi tgk dy lagi ok berbanding org islam sndiri.canang benda2 yg tak baik kt media.at least dy bagitau bnde yg baik.pendapat aku dy ni bukan nak cri attention. pikir yg baik lagi la kan..may allah guide us all.amin..

    0

    0
  37. pui says:

    Ok lah tu. Dia kata nak jadi model hijab. Habis tu nak letak Muka girlfriend kau? Berapa ramai perempuan berhijab Kat dunia ni berselfie? Melayu. Melayu. Bangun lah. Asyik nak mengutuk je. Kat facebook kucing beranak pun nak update. Asyik tayang Muka anak tak habis habis. Tak pun hayang Muka boyfriend girlfriend. Apa tu? Bukan kongsi kegembiraan ke? #nak muntah#

    0

    0
  38. tacacila says:

    kalo dia tukar nama rehana pon sedap…kbai

    0

    0
  39. MAXMORA says:

    apa ada pad nama…Felixia Nur Islam pun elok..

    0

    0
  40. hamba yg insaf says:

    Kalau x tukar nama pon x pe je.. X semestinya bila nak revert to islam kene tukar nama.. Kalau nama yg asal dah bg makna baik, teruskan je guna.. Untuk makluman, kat mana ye cari nama rania tu? Dah rujuk banyaj kamus tapi masih x jumpa lagi nama tu.. Mohon sapa yg tahu, bg link….

    0

    0
  41. nida says:

    Hai felixia, takkan nak semayang pakai telekung pon, still makeup? Siap eyeliner melentik bagai. Pas amik air smayang trus pakai mekap ke?

    0

    0
  42. Anonymous says:

    boleh la jd stok no 2 ridhuan tee

    0

    0
  43. kim says:

    lepas ni boleh bagi ceramah…maka meloponglah melayu melayu semua …walau takde kelulusan … tu yang ada ustaz dan ustazah dok sibuk celebrate mother’s day…father’s day tanpa mengkaji asal usul sambutan perayaan tu….yang membuat orang bukan Islam keliru…sedangkan Allah dah jelaskan dalam surah Al Kafirun…

    nak pancing melayu senang je…pakai kan tudung…kopiah…serban ..sah beragama berilmu….maka akan keluar kata kata….”nampak berseri muka dia” dah bertudung..”nampak ahli syurga” dan bla bla bla…melayu oh melayu ..jadi la orang Islam bukan ‘melayu islam’ ….

    0

    0
    • ntahapapa says:

      hahahahah good one !!!! bukan susah nk pancing org melayu ni. akhir zamannn.akhir zamnnnn

      0

      0
  44. […] a span of 2 hours. But perhaps people are more curious about her Muslim name? It was officially announced that Felixia Yeap’s Muslim name is Rania. Congratulations, Rania, on your new journey. As […]

    0

    0
  45. Zaira says:

    pilih nama dah satu hal. selesaikan urusan conversion dulu. tak yah canang sana sini nama ke tarikh ke apa semua. kalau hati nak seribu daya hari ni convert pun dpt. dah settled nanti nak selfie tunggang terbalik golek2 atas sejadah dlm telekung d masjid sampai subuh pun gasak lah

    tapi syukurlah ya dia antara yg terpilih mendapat hidayah dari Allah.

    0

    0
  46. Aduhai says:

    OVER-RATED LA DIA NI. DGR-DGR BOIFREN ANAK BUAH BEKAS MENTERI YANG BANYAK BUSINESS.. ALAIHAI LABU….

    0

    0
  47. nonamanes says:

    Niat tu mmg murni cuma pelaksanaan ke arah tu aku rasa dia over sikit.

    0

    0
  48. Felix Yup says:

    MasyaAllah lantangnya mulot pengomen nie si bulan ramadhan nie…sebaiknya kita doakan yg terbaik tuk felixia..jgn mudah menghentam dia…bersyukurlah kalian yg melayu nie dilahirkan Islam, Alhamdulillah…kalau ikutkan mulot jahat anda sume hidayah sndiri takut nk dkat…
    Xpayah hukum dia riak n menunjuk, biarlah Allah yg mengadilinya…takut org lain masuk ke syurga, kita sendiri menggigil2 di titian sirat… nauzubillah

    0

    0
  49. diana nabila says:

    Dia public figure, so apa benda dia buat pun jadi perhatian, sbb tu korg asyik nampak muka dia merata2, tp bukannya dia g htr muka dia sana sini, org yg g cedok kat Fb dia la… Dia just share kat FB dia je, mcm korg la, apa2 pun share kat FB kan, tp korg bukan public figure so takde sape nak spread apa yg korg share. Sebaiknya sbgi seorg Islam, kita gembira mendengar penghijrahan seorg lagi saudara baru kita, soal niat dia ikhlas atau tidak, itu urusan dia dgn Allah. Sekurgnya dah selangkah lebih dekat dia dgn Allah kan.. Fungsi kita adalah membimbing dan menasihati cara berhemah, bukannya mencaci dan mengkritik. Jangan menyukarkan lagi situasi utk org convert Islam. Dia pakai telekung and selfie tu as appreciation kpd peminat anonymous yg hadiahkan dia telekung, and dia sempat2 je pakai utk selfie sblm g shooting kat astro. Bukannya dia pakai mekap solat. Tlg jangan mengeruhkan keadaan dgn hate comments korg tu, tak dpt pahala pun korg kutuk dia. Anyway nama apa dia nak letak, suka hati dia la, she has to live by that name forever, of course pilih nama yg dia suka. Hbs tu korg bagi nama anak glamer2 belaka takpe pula, takde pun korg bg anak nama rosmah ke bedah ke jenab ke.. kan? Pengalaman sy sendiri convert (dari buddha ke Islam), masa tu belum cecah 18 tahun, jadi pejabat agama suruh mengucap saja, tak boleh buat secara rasmi lagi tanpa kebenaran ibubapa. Saya pilih nama baru nabila utk digabungkan dgn nama asal saya diana, jadinya diana nabila, itu pun jadi isu, sy diberi ceramah mau sejam, sbb nak nama glamer kata tok aji. itu semua bisikan syaitan katanya. dia suruh amik satu nama je, aisyah ke. mcm tu. last2 sy g buat surat sumpah kat tempat lain (berbayar), ok je takde songeh pun. Sy ada sebab sy knp sy nak nama tu. 1st, org dah kenal sy dgn nama diana, jadi saya nak keep nama tu. nama nabila pula sy suka sgt, so sy tak nak kekal dgn nama asal, sy nak satu point utk show penghijrahan sy dari lama kpd baru. That’s why I came up wt the name. Itu pun jadi isu ke? Perasaan sy pada masa itu, knp nak menyukarkan prosedur utk sdra baru memeluk islam, bukankah patutnya anda sbg org islam bantu memudahkan cara? Klu mereka yg berat halangan dan dugaannya utk memeluk islam, ditambah lagi dgn ‘bantuan’ anda menyukarkan keadaan, silap2 blh batal niatnya nak memeluk Islam. Salah siapakah? Satu lagi, suka hati dia la nak pilih tarikh masuk Islam. Katanya sbb itu harijadinya, jadi dia nak tarikh memeluk Islam itu membawa signifikan yg dia ibarat dilahirkan semula tp kini sbg seorg Islam. And maybe in the mean time dia nak blaja2 dulu cthnya solat, instead of terjun je tp tak tahu apa. sy pun mengambil masa bertahun mengenali Islam sebelum hati sy cukup yakin utk memeluk Islam. Sy pun terpaksa menunda niat nak masuk Islam sehingga tamat SPM. So I understand why she did what she did, korg pulak yg sediakala Islam, apa masalahnya tak boleh nak fahami? Menyedihkan.

    0

    0
    • ntahapapa says:

      oklah diana nabila. aku tnya kau satu soklan jerk. so kau pun tolong jawab 1 KALI JERK dan SATU PERKATAAN DGN SATU LAFAZ DAN NAFAS BOLEH?

      soalan aku.

      BETUL TAK KAU RASA TINDAKAN DIA SKRG MENCANANG2 PSL PENGHIJRAHAN DIA KAT FESBUK DIAA.AKU ULANG FESBUK DIA TAU. MENCANANG2 STIAP PERILAKU, PERBUATAN AKTIVITI DIA TTG PENGHIJRAHAN DIA SMPAI MEMECAHBELAHKAN ORG ISLAM SENDIRI. STATUS PERTAMA DIA TAK SEDAR OK.STATUS KEDUA OK. KE4 KE 5 KE6 TAK SEDAR JUGAK STATUS2 DIA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM SESAMA ISLAM BERGADUH . DONT U THINK THAT SHE HAS TO STOP??! TP KENAPA DIA TAK STOP? YES SHE IS CELEBRITY. SO DIA KENA SDAR DIA TU CELEBRITY DAN DIA PERLU STOP. KENAPA DIA TAK FIKIR MACAM TU? ANSWER ME. BETUL ATAU TIDAK TINDAKAN DIA SKRG. YES OR NO. SIMPLE. TQ!

      0

      0
    • ntahapapa says:

      walau pun ko kembar aku yg tak tau dtg dri mana. tp aku sokong gak pndpatan ko nih. mmg tu pun yg aku rasa skg. dalam fb stiap minit hap status psal trawih.psl soq, psal itu psl ini.bla bla bla…yg jd bonzer dia plak org islam kita. pantang di usik dan ditegur skit.melatah bonzer2 tu kata tak sapot tak sokong bla bla bla! yg hak jd batil yg batil jd hak! pening aku!!! sebab felixia seorang rosak org melayu seagama! bergadoh bertekak dlm fb nk menegakkan fatwa ngn hukum memasing! yappedeyyyy. si felix ni pon satu. ko sediakan platform utk org islam bertekak .mgkin lah tanpa niat kott..tp hagak2 la,…skit2 sudaaa…humble tu kan bgus. islam ajar bersederhana beb. better ko keep low sudaaaaa…yg pnting ALLAH tau niat ko. pening la ko ni

      0

      0
  50. Hamba Allah Juga says:

    Banyak publisiti yang Felixia Yeap dapat untuk kisah pengislamannya. Semoga istiqamah dan yang penting dijauhinya daripada sifat riak. Sedangkan ramai yang dilahirkan sebagai Islam tidak tinggi ilmunya, masih banyak yang perlu dipelajari . Semoga pandangan yang diminta daripada Felixia selepas ini dikaji dahulu. Jangan bila nampak kelebihan diagungkan, bila nampak satu yang buruk, dicaci maki…

    0

    0
  51. Sokong says:

    Al-hamdulillah..bertambah lagi umat islam di Malaysia…sy sokong comment Nabila Diana…orang ISLAM sendiri yang menyebabkan org lain tidak menghormati ISLAM..berbangga dengan ISLAM yang diwarisi..tapi akhlak, tutur kata jauh dari ajaran ISLAM sebenar..disini bnyk buktinya..bnyk negative dari positif..Mungkin dari di war-warkan cerita penghijrahan dia akan lebih ramai yang ikut sama..itulah dr sudut positifnya..knp kita selalu pandang negative dari positif…sambutlah saudara baru kita dengan pujian bukan kejian..Malulah dengan diri sendiri..cermin diri dahulu…

    0

    0
  52. hakimirizal says:

    Harap selepas memeluk islam kurang2kn la berselfie tu ye..muka anda yang putih lagi comel tu menjadi tatapan lelaki2 termasuk saya..tengok sekali,tengok dua kali..tiga kali..ishh..bulan puasa ni.

    0

    0
  53. diana nabila says:

    Oh, pasal dia canang dia belajar2 agama, korg sentap, korg rasa org Islam jadi pecah belah? Tu ha yg duk canang cemolot dgn boyfie, sosial sana sini, selfie reta benda jadi riak, tak pula korg marah mcm marah kat Felixia? Ada org suka duk diam2, tak mau org tau dia convert, sbb dia segan dia pun belum sempurna. Felixia mungkin excited to update setiap moment dlm journey dia ni dan mendapatkan sokongan dan kekuatan, itu pun salah? Korg igt senang saudara baru nak convert? Mcm2 dugaan & halangan beb, klu tak kuat mental, mmg blh terhenti setengah jalan la… Panjang perjalanannya. Korg cakap senang la, korg tak lalui apa yg sdra baru lalui. Mana tahu ada beratus yg tengah berjinak2 dgn agama Islam jadi terinspirasi & mendapat kekuatan dari kisah penghijrahannya? Nak mengajak ke arah kebaikan, bukan ajak clubbing. Itu pun nak menyinga… Oh melayu islam kita… :(

    0

    0
  54. […] Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi (94) […]

    0

    0
  55. […] Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi (95) […]

    0

    0
  56. Anonymous says:

    if korang kenal the real her. fuhhh she’s an attention skank tau!

    0

    0