Written by AbangNara | February 27th, 2015

Kesian sungguh Abang Nara terhadap nasib yang menimpa anak-anak Awie dan Rozana Misbun. Walaupun mahkamah sudah memutuskan Rozana mendapat hak penjagaan anak-anak, namun Awie masih tidak memberikan anak-anak kepada isterinya itu sehingga Rozana terpaksa mengambil mereka di sekolah. Namun tindakan Rozana itu telah menimbulkan kemarahan Awie dan penyanyi rock itu memaklumkan kepada media yang anak-anak telah ‘dirompak’ oleh Rozana. Fuh!!!
awie rozana

Ini ialah dakwaan Awie tentang kejadian ‘rompakan’ 2 orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha oleh Rozana Misbun bersama beberapa orang bersenjata api pada 9 Februari lalu. Kata Awie:-

Hingga saat ini anak lelaki saya, Merah masih berada dalam jagaan saya namun tidak mustahil untuk dia (Rozana) melakukan perkara yang sama juga.

Buat masa ini saya sedang cuba mendapatkan ‘home school’ untuk Merah kerana bimbang akan keselamatannya pula. Saya juga masih tidak dapat menghubungi anak-anak saya yang telah ‘dirompak’ oleh Rozana.

Saya bimbang dia (Rozana) akan menghasut anak-anak untuk membenci saya. Tahap kesabaran saya kali ini diuji pada tahap maksimum namun saya tahu saya hanya perlu bersabar menunggu bulan April untuk penghujahan serta keputusan akan dijatuhkan pada bulan Mei.

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis, mahkamah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana dia (Rozana) menghalang anak-anak dari pergi ke sekolah. Hantarlah anak-anak ke sekolah dan jangan rugikan masa depan mereka

awie rozan Namun Rozana memaklumkan yang segala tindakannya itu dilakukan kerana Awie tidak mahu memberi kerjasama memberikan anak-anak mereka yang sepatutnya diletakkan di bawah jagaannya. Malah Rozana juga mengulas tentang dakwaan Awie yang dirinya tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Kata Rozana:-

Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka. Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak, mereka akan sepantas kilat dibawa lari. Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk mendapatkan butiran anggota terbabit.

Memang mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi urusan pertukaran tergendala disebabkan surat beranak mereka tidak lagi sah diguna pakai selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mendapati sijil nikah kami palsu.

Apabila sijil nikah palsu digunakan, secara automatik surat beranak atau sijil kelahiran anak-anak tidak lagi sah daripada segi undang-undang. Bagi saya, tidak perlu beriya-iya hantar anak ke sekolah swasta.

Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting.

awie Pada pendapat Abang Nara, pergaduhan Awie dan Rozana Misbun ini hanya merugikan anak-anak mereka sahaja. Anak-anak pasti tertekan dengan apa yang terjadi. Silap-silap emosi boleh terganggu. Sekejap dengan mak, sekejap dengan ayah. Dengan mak dengar fakta lain, dengan ayah fakta lain. Boleh pening kepala jadi. Pergaduhan sebegini tak ada siapa yang untung. Yang rugi adalah anak-anak. Apa kata salah satu pihak beralah, ataupun ikut sahaja ketetapan pihak mahkamah. Kan senang begitu? Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen sekiranya anda ada pengalaman sebegini. Sumber Berita Harian.

24 responses to Pergaduhan Awie & Rozana Makin Meruncing, Anak-Anak Jadi Mangsa

  1. hani says:

    Apabila pasangan bercerai menggunakan anak anak utk membalas dendam pada ex masing2.Diorg tahu memisahkan anak anak dr salah sorg ibu atau bapa akan membuatkan ex masing2 menderita.
    Yg mereka tak mahu tahu…anak anak lagi menderita emosi.Poor kids
    What a selfish people!!

    0

    0
    • Peah Ronggeng aka PR says:

      Sangat sedih ngan cerita mcm nie..dimanakah yang tidak kena sehingga semua ini terjadi..adakah rezeki tidak Allah berkati, adakah jauh dari memohon doa dari Allah SWT sehingga hidup dah tak tenang..adakah ini juga kifarah dalam perjalanan kehidupan supaya kita mengenang kesalahan dan kesilapan lalu..sungguh melara jiwa menanggung semua ini..hidup dlm gundah gulana..Ya Allah, mohon Engkau beri petunjuk kepada 2 hambamu yang sedang ditimpa musibah ini..mohan ketabahan untuk anak2 yang pasti keliru dalam menilai baik buruk kedua ibubapa mereka..

      0

      0
  2. anti poyo says:

    dua dua bangang. dua dua ikut kepala lutut. settle baik2 dah la.

    0

    0
  3. chronicz says:

    “Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting.” <~~~ statement rozana

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku pun tengah kaji ayat tu……….

      0

      0
    • zuanzuan says:

      mmg asuhan ibu bapa itu lebih penting, tp kalau ibu bapa pun tak betul dan byk buat perkara yang tak baik mcm mana nak ajar anak. Ibarat ketam mengejar anak berjalan lurus walaupun lahiriahnya mmg dicipta mcm tue

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Pening dah dgn 2 orang ni… Kesian anak-anak jadi mangsa

    0

    0
  5. Aida says:

    Aduhai…Memalukan betul…patut Emak Bapak tak payah nak menyusahkan keadaan..patut memudahkan…kena ingat yang jadi mangsa darah daging sendiri.Berbaliklah pada hokum Agama..Agama Islam lebeh banyak memudahkan umatnya..tapi Umatnya yg cetek ilmu Agama yg tak tahu..Sampai Bila nak berpatah arang???sampai masuk kubor ker???Tunggulah seksaan azab Api Neraka..Anggap jer Jodoh dah tak ader…kan senang.

    0

    0
  6. lisa sani says:

    Inikah akibat perkahwinan yg “disembunyikan”, surat nikah yg tak sah…segala2nya jadi huru hara..

    0

    0
  7. jayjay says:

    Kedua-dua mereka merupakan hasil keturunan yang terdahulu. Kemudian, kurang/tiada usaha perbaiki genetik mahupun persekitaran mereka. Kesian anak2.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Kan bagus kalau ikut contoh Erra Fazira. Fikir apa yang terbaik untuk anak dulu. Bila urusan anak sudah settle baru fikir apa terbaik untuk diri sendiri. Jadi tidak la asyik bergaduh je sebab nak mempertahankan ego masing2. Anak pun happy bila mak bapak dapat bekerjasama untuk kebajikan mereka. Tak kira la siapa yang menjaganya. Siapa yang sebuk ada urusan serahkan pada pasangan untuk menjaganya buat sementara. Kena ada kata sepakat la. Anak2 mungkin telah tau yang mak bapak sudah bercerai tapi apa yang mereka mahukan ialah kehidupan. Persengketaan mak bapak tidak menyusahkan mereka dalam segala hal. Persekolahan, makan minum dan kewangan mereka tidak terganggu.

    0

    0
  9. Neon says:

    Violence is violence…not matter how badly she is, when u physically abuse your partner, i am myself cannot tolerate the actions of what Awie did. Abuser will always turn the events that he is the victim. It is sad seeing people dissing the victim. Rozana is not the bad guy in here. Awie is.

    Sedih melihat sifat kemanusiaan rakyat malaysia yang masih menyokong perbuatan Awie dalam memukul isteri dia.

    0

    0
    • justme says:

      I am 100% agree with you..<.lelaki yg memukul isteri <<– this action speaks louder than words everybody…

      0

      0
    • zieta says:

      finally…!! someone speaks the same language as me.
      once an abuser will always be an abuser… kecuali jika seseorang itu benar2 bertaubat.

      0

      0
  10. Anonymous says:

    masa bercinta bagai nak rak…..dah jadi macam ni habis semua cerita satu Malaysia tahu….malu lah sikit….jangan terlalu memuji sangat pasangan kita….50 – 50

    0

    0
  11. jambu says:

    yang aku xfaham awie beria2 sgt nk ckp rozana tu mcm tu knp..
    sdgkan masa dia ambik anak.. rozana xdpt jmpa pun anak tu.. dia sorokkan jgk..
    siap buat surat kat skolah jgn bg rozana tgok anak… lpas mahkamah putuskan blh sama2 jaga dia sorokkan anak kat umah kak dia..
    rasanya rozana ada cakap kan sblum ni blh duduk bbincang demi kebajikan anak2… tp awie tu sorokkan anak jgk.. dah mmg sah2 mahkamah bg hak kat rozana…
    so dia kna la terima mcm mana rozana terima bila awie dpt hak tu dlu…
    aku xfaham knp ramai sgt sokong awie pukul bini…. yes bini dia slh gunakan apa yg dia bg utk anak2… jgn lupa juga awie pun btggjawab jgk bg utk isteri… bkn stakat anak2 sj…..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    wlau macam mana pun, ibu tetap ibu.kalau tidak takkan lah semasa kita mati nanti, kita akan di ‘bin’/’binti’kan kpd nama ibu. pergaduhan dan isu cerai suami isteri tak blh dikaitkan dgn hak jagaan anak. hak anak2 perlu diutamakan. hak penjagaan anak2 yg blum mumaiyiz adalah kpd ibu..kecuali lah klau si ibu tidak menepati kriteria dr segi hukum syarak. klau nak tuduh mcm2 kne la ada bukti..klau xde bukti sila kemukakan saksi..apapun, pd sesiapa yg bergaduh laki bini, si suami tlg lah jgn pisahkan ank2 dgn ibu mereka.

    0

    0
  13. Jane doe says:

    Using kids as weapon against each other is wrong..and these kids tend to blame themselves when parents divorces. Banyak saya tenguk implikasi negatif nya bila anak anak ini membesar…ramai yg ada emotional problem. These two idiots of a parent should get themselves out of the limelight..tak payah nak asyik update dlm social media semua perbuatan masing masing…tak payah nak score points…and get their problem sorted and get these anak anak tinggal together and agree on visiting access. Kesian mengenangkan anak2 mereka…they are just pawns in this battle.

    0

    0
  14. saya org says:

    Awie tak habis habis nak bully perempuan. mmg jantan tak guna.sial sangat…

    0

    0
  15. lin says:

    Bukankah karma untuk awie. if am not mistaken, awie pun dulu tak benarkan the 1st wife jumpa anak2…come on awie be the man, don’t make things worse…let them go and support them the best you can. a mother is still the best parent to take of the children…

    0

    0
    • arni says:

      betul tu… anak 1st pun dia bolot…. smua nak dia ja nmpak elok… arni malas nak gaduh2 ja.. pdhal kalau diikutkan masa tu dia yg kawen ngn rozana buat arni jauh hati… pastu nak seksa si arni plk

      0

      0
  16. fatin says:

    inilah yang terhasil dari perkahwinan yang tidak dimulai dengan cara yang elok……

    0

    0
  17. dina says:

    Awie is a bad example of a husband and a father.
    And the best thing is he never admits any wrong doing on his part.
    Good luck to Rozana…please fight for your right at all cost.

    0

    0
  18. saya orang says:

    awie bukan bagus pun, perasan bagus je.kalau takde bini, takde la anak ko tu…ngan perempuan berani la buli…

    0

    0