Merokok sememangnya membahayakan kesihatan. Namun tahukah anda, menghisap rokok seludup adalah berkali-kali ganda lebih bahaya (telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan) dan turut sama menyumbang kepada kegiatan jenayah di Malaysia. Sebelum ini Abang Nara pernah berkongsi dengan anda fakta mengenai rokok seludup yang merupakan sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global dan di Malaysia. Antara jenama rokok seludup ialah John, GG, Manchester, Canyon dan Luffman.
Oleh kerana itulah, kerajaan Malaysia terutamanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia semakin serius membanteras kegiatan haram ini. Kalau anda baca suratkhabar, pasti anda menyedari tentang “Ops Outlet†yang sedang dijalankan oleh Kastam Malaysia di seluruh negara. Mana-mana perokok atau penjual yang didapati menghisap dan menjual rokok seludup ini boleh dipenjara atau didenda. Sudahlah rokok-rokok seludup ini lari daripada membayar cukai kepada kerajaan, cara penghasilannya yang tidak mengikuti “standard†pengilangan yang ditetapkan membahayakan para penghisapnya.
Kita selaku masyarakat harus membantu pihak berkuasa membanteras rokok seludup ini. Tahukah anda salah satu sebab punca kenaikan harga rokok adalah untuk menghalang para remaja terutamanya budak sekolah menghisapnya. Namun kebanjiran rokok seludup yang amat murah menyebabkan banyak remaja sekarang mampu membelinya. Memang impak yang sangat negatif kepada anak-anak kita. Sebab itulah Abang Nara kalau ternampak je rokok seludup di mana-mana akan terus telefon 1800 88 8855 untuk pihak Kastam Malaysia melakukan tindakan seterusnya.
Menghisap rokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan namun kalau anda tidak mampu berhenti, marilah kita sama-sama membanteras kewujudan rokok seludup di negara ini. Perlu diingatkan sekali lagi, keuntungan daripada rokok seludup ini digunakan untuk pembiayaan jenayah di negara kita. Makin banyak rokok seludup terjual, makin tinggi kadar jenayah. Selaku rakyat yang prihatin, marilah kita sama-sama berganding bahu demi masa depan anak-anak kita terutamanya. Jom banteras rokok seludup!!!