Written by AbangNara | October 16th, 2013

Abang Nara ialah seorang perokok tegar. Sudah beberapa kali Abang Nara cuba berhenti, namun sehingga ke hari ini masih gagal. Baru-baru ini apabila harga rokok dinaikkan kepada RM12 sekotak, memang terasa keperitan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang perokok.
bat rokokApabila pergi ke kedai mamak untuk membeli rokok, terpandang juga beberapa jenama rokok yang tidak pernah dilihat selama ini. Apabila ditanya, rupa-rupanya itu ialah rokok seludup. Murah pun murah. RM5 sahaja sekotak. Ada juga tergerak hati nak beli, nasib baik Abang Nara pernah baca bahawa keuntungan daripada jualan rokok seludup digunakan untuk pembiayaan jenayah.
bat rokokSeram kan? Patutlah semenjak harga rokok semakin tinggi, semakin banyak jenayah yang berlaku di Malaysia. Perokok-rokok tegar akan tetap hisap rokok. Jadi kalau rokok sah sudah mahal, maka rokok seludup pula jadi pilihan. Sayangnya ramai yang tidak tahu rokok tak sah adalah sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global dan di Malaysia.

Dalam satu artikel NST yang Abang Nara baca, keuntungan daripada penjualan rokok tak sah ini digunakan untuk membiayai kegiatan kumpulan terrorist di seluruh dunia. Bukan kumpulan terrorist yang biasa-biasa. Memang menakutkan sungguh!!!

Jadi kalau ada pembaca BeautifulNara yang selama ini menghisap rokok seludup, fikir-fikirkanlah balik mengenai tindakan anda. Sudahlah rokok seludup ini lebih merbahaya daripada segi kesihatan berbanding rokok sah, ia juga turut menyumbang kepada jenayah dan kejatuhan social masyarakat kita. Lagi banyak rokok seludup dijual, lagi tinggilah kadar jenayah yang akan berlaku di Malaysia. Adakah anda ingin menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara ini?


Katakan tidak kepada rokok seludup/rokok tidak sah. Kita sebagai perokok kena bekerjasama untuk menghalang penjualan rokok tak sah ini. Dengan tidak menghisap rokok seludup, kita turut sama membantu menghalang jenayah berleluasa di Malaysia. Sama-samalah kita berganding bahu. Apa kata anda?

76 responses to Rokok Seludup Penyumbang Kepada Jenayah Di Negara Kita

  1. […] Kesihatan) dan turut sama menyumbang kepada kegiatan jenayah di Malaysia. Sebelum ini Abang Nara pernah berkongsi dengan anda fakta mengenai rokok seludup yang merupakan sebahagian daripada sindike… secara global dan di Malaysia. Antara jenama rokok seludup ialah John, GG, Manchester, Canyon dan […]