Written by AbangNara | January 2nd, 2015

Satu ketika dahulu, pada tahun 2013, pernah ada desas-desus mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Mereka berdua didakwa dilihat oleh orang ramai berjalan sambil berpegangan tangan dan membuat aksi romantik seperti pasangan bercinta. Namun Shaheizy Sam telah tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Katanya tangan wanita yang dipegang itu adalah tangan ibunya, bukan Fazura.

fazura dan shaheizy sam bercinta

Namun menerusi rancangan Facing Up To Fazura yang dikeudarakan baru-baru ini, Nur Fazura akhirnya telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Shaheizy Sam. Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran tersebut. Hubungan mereka dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.
fazura dan shaheizy sam bercinta

Tidak seperti kisah dongeng, percintaan Fazura dan Shaheizy Sam tidak berakhir dengan kegembiraan. Hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak berapa baik. Mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan. Menerusi program itu juga, Fazura melahirkan rasa kejanggalan untuk bertemu kembali dengan Shaheizy Sam selepas 14 bulan tidak bertegur sapa.
fazura dan shaheizy sam bercintaMenarik juga program seperti Facing Up To Fazura ini kan? Habis terbongkar segala rahsia yang disimpan selama ini. Ternyata desas-desus dan khabar angin di dunia hiburan ini kebanyakannya adalah betul. Cuma bila ditanya macam biasalah artis kita malu-malu nak mengaku. Boleh difahami. Diharap selepas ini artis-artis lain turut sama diberi peluang untuk membuat program sebegini. Tentu ramai yang punyai rahsia menarik untuk dikongsikan bersama.

P.S: Gubahan bunga seperti percikan bunga api

65 responses to Nur Fazura Buat Pengakuan Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam

  1. Bekas Mangsa Banjir says:

    Takkan berbual je, ada makan-makan tak lepas tu?

    0

    0
  2. ina says:

    cerita selisih faham dgn sara x bole nma dia hot.. cari lg gosip baru nk bg kontrolversi bg nma naik.. fazura xyah la buat gini.. buat la something “fresh” ckit utk thn 2015 ni.. blk2 gosip je..

    0

    0
  3. ubi says:

    kuning pulak gigi fazura kat gambar kedua tu, mana satu yg betul nih kejap kuning kejap putih, lam tibi putih jo, huhu??

    0

    0
    • Anonymous says:

      apekata ko tengok dpn2 fazura..
      itu kan gmbr..aku tengok bkn gigi je, keseluruhan muka ada kuning2..
      gmbo cap aym

      0

      0
  4. lily says:

    Dalam rancangan ni mmg Fazura x sorok ape2 pun.. mmg sebijik mcm Kim Kardashian.. clash, bercinta, bergaduh semua dia cite..

    kalo wartawan tanya mesti x pnah mengaku.. tahu kenapa? sbb kalo jwb bnde btol kat wartawan bukan dpt duit pun.. dpt jd bhn kontroversi je.. kalo terus terang kat rancangan ni, rating naik, payment naik, kalo top cite ni, boleh buat season 2 plak..

    0

    0
  5. wawa jenal says:

    gosip video lucah tu pn betul lah agaknya kannnn….heheheh

    0

    0
    • gadiskacamata says:

      Hahahaa.. gossip2 bercinta or bermasam muka, berani la dia nk dedahkan.. Kalu gossip video lucah tu, even betul atau salah.. for sure la dia tak akan mengaku…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Mau nye nak ngaku walau betul pun. Aku takda prasaan langsung nk tgk program tu yg jelas nk tunjuk gedik fazura jek.

      0

      0
    • DIVA says:

      ish3..korang ni nak mengutuk laju, tapi bahan kutuk dah lapok ketinggalan zaman tak tahu pulak..itu kan bukan dia , serupa dia, pelakon porn thai, bernama kat young. tengok video dia sebiji muka fazura

      0

      0
      • Anonymous says:

        Tulah Diva … dorang2 ni lembab gossip zaman pak kaduk … mmg bukan fazuralah …. tak pasal2 dpt dosa free. Klu betul skali pun dah berdosa bg tahu smua org … inikn plak mmg bkn fazura … cite x btul. Kes dah masuk balai dah weiii ….

        0

        0
  6. pecahrahsia says:

    kan da tbongkar rahsia yg di sorok..bosan da pts tibe2 ngaku

    0

    0
  7. Sam says:

    Facing up with Fazura. soooo FAKE. should change it to FAKING up with Fazura.

    0

    0
  8. bukan orang alim says:

    cerita dgn tmj takde keluar dlm facing up fazura ke?kan tmj dulu yg couple dgn fazura,tak kan jujur bab dgn sam je kot.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Sape yg jadi bini si sam ni mesti bored. Sam kan kata, dia perfectionist .. suka menyendiri..nak cari pompuan yg diam tapi andai urut.. dlm sembang teh tarik ada dia citer. Itu ciri2 laki lepas kahwin. Nasib ler saper jadi bini dia, senyap sunyi umah

    0

    0
    • kiki says:

      Ai mcm ada ciri ciri tu….tak bercakap setahun pun takper…ai tak becok
      urut tu ai tak pandai…tapi ai boleh ambik course urut pas ni…

      0

      0
      • zara says:

        ish…kau ni biar betul x nak bercakap setahun semata2 nak ngorat si Sam tu ?

        0

        0
      • Anonymous says:

        tak payah mengada-ngada nak ambik course urut bagai, tak perlu berkorban untuk jantan, kalau jantan tu cinta kan kita…dia kena terima kita seadanya. Kalau jantan tu tak boleh terima, angkat kaki cari jantan lain. Dunia ni luas..ramai lagi jantan yang ok kat luar sana. Kita kawen dengan jantan yang cinta kan kita bukannya kita yang cintakan jantan.

        0

        0
    • Meri says:

      Dia bukan nk yg bisu..dia taknak pompuan mulut macam celaka asyik membebel je 24/7 bingit oiii

      0

      0
    • Anonymous says:

      tak semestinya dia pendiam dia tu membosankan. Kadang2 orang pendiam ni pandai buat lawak dengan orang yang dia rapat. Macam kawan aku…dia jenis pendiam tapi bila dah rapat dengan dia…dia pulak lebih banyak mulut dari aku yg sedia kecoh ni…dia siap buat lawak lagi tau dengan aku. Dengan aku jelah….dengan org yg dia x rapat…dia memang x banyak cakap. Kesian tau dia sampai kena cop sombong…padahal dia tu jenis pendiam x banyak cakap.

      0

      0
  10. nini says:

    Maybe lepas di dump anak raja dia couple dengan Sam..mungkin Sam cuma rebound relationship saja…apa pun syukur tak jadi Sam ni cam good boy juga mommy boy
    tak sesuai dengan Fazura..thats why Sam tak mengaku …

    0

    0
  11. wawa jenal says:

    kalo crita dgn tmj xcrita dlm fucking up with fajura nih..xdela jujur mana kan program tu…hahaha lawa lg aku walaupun kawin sorok..dr minah muka senduk nih…

    0

    0
    • Anonymous says:

      haah wey, dia kata producer habis force dia kan, kita tunggu dan lihat je la..ye la kan dia kan kena face up to her fears, face up to her reality ha ni lah dia hahaks! dia kan suka nak babitkan orang dalam rancangan dia ni, elok elok orang tak tau dah habih semua orang tau. elok elok orang nampak hi-class terusmacam errrr, harap muka ko je la lawa, kulit pun lawa gila.

      0

      0
  12. anon says:

    fazura seems to be getting more desperate than ever!

    0

    0
  13. wawa jenal says:

    sah sah la si shaheizy sam tu menipu..hahaha..actually smua gossip tu betul…syabas la wartawan2…lpas nie kompom aku percaya smua gossip..korang xpyh susah2 nk deny dah..hokeyy

    0

    0
  14. Shhh says:

    OMG..seriously Sam dan Faz..aku suka sgt…tpi mgkin Faz ni high maintenance..tak pandang org biasa2 jer..dan aku penah bca yg Sam lbh suka wanita yg tak menyusahkan dia…nmpaknya aku da can lagi yer hikhik

    0

    0
  15. lara_hati says:

    So betul la time tu penah nampak pic(tgn fazura mcm digengam tangan someone yg pasti lelaki tp tk nampak muka) yg tak sengaja dorang upload utk tunjuk pembikinan Manisnya cinta di cappadocia…, lepas terkomen psl tu terus..gambar2 tu dah hilang dari fb n blog hiburan lain waktu tu hehe…tepat tekaan tu…ermm

    0

    0
  16. manisnya cinta di parit jawa says:

    Patut la Sam pernah kata yang perasaan die masa dalam cerita tu memang betul2. Sebab die da memang berchinta pun rupanya.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    suke tgk cite manisnye cinta..diorg nampak serasi…

    0

    0
  18. burger says:

    Manisnya Cinta Di Cappadoccia tu nmpk mcm film high class lah jugak…cuma Sam tu kena make over sikit biar nampak handsome. Kalau kat filem thailand hero and heroin nampak handsome je…lepas tu cerita dorang pun best2…kiranya ada jalan cerita. Filem melayu rare sangat nak ada jalan cerita yg tak merepek…filem melayu kebanyakkan nya buat cerita rempit, hantu & lawak bodoh. Pls perbanyakkan lagi film high class mcm Manisnya Cinta Di Cappadoccia.

    0

    0
    • Nur Shakina says:

      Xpyh nk high class sgt lah! Ak asl dr kampung, mkn ulam2an, tgk drama pondok buruk lbh terkesan d hati…

      0

      0
      • burger says:

        maksud aku filem yang ada kualiti lah.
        yelah….kan produser Malaysia ni suka sgt buat filem rempit, gangster yang tak ada faedah tu. Kalau buat filem scenery kampung yg ada jalan cerita yg mendidik pun ok macam cerita Iran tu.

        0

        0
    • byk filem yg high class tahun ni tapi korang yg tak tgk. Terbaik Dari Langit, Lelaki Harapan Dunia, Ophilia, Kami Histeria, The Journey,Gila Baby, Under The Skin, The Godfather.

      0

      0
    • byk filem yg high class tahun ni tapi korang yg tak tgk. Terbaik Dari Langit, Lelaki Harapan Dunia, Ophilia, Kami Histeria, The Journey, CEO, Gila Baby, Under The Skin, The Godfather.

      0

      0
      • burger says:

        aku cakap RARE bukannya tak ada langsung.
        filem sampah spt rempit, hantu lawak bodoh tu lah yg berlambak kat pawagam. filem sampah tu tak layak pun masuk festival filem antarabangsa…..buat malu nama Malaysia lagi adalah.

        0

        0
  19. boleh cayer ker ni?? – kedaionlinemy.com

    0

    0
  20. ninikoyu says:

    Ingat hidup fazura glamour dikelilingi kawan2 dan happy..tapi bila tengok facing fazura..macam pura2 happy dan kawan baik pun lelaki2 lembut yang kawan fazura kerana kepentingan kerjaya..dia ni tak kan tiada best friend waktu sekolah atau kawan rapat waktu muda..?….kawannya mat saleh dari US yang digossipkan bf fazura macam mengekor Fazura mana2….i rasa hidup i sebagai remaja biasa lagi seronok..ada kawan2 yang sebaya dan sejenis untuk kongsi kisah hidup seharian..selain glamour sebagai artis..hidup Fazura taklah best mana..jadi pengajaran yang i dapat menonton E facing fazura adalah untuk bersyukur dengan kehidupan sendiri dan fazura tu bukan seperti yang i sangka…

    0

    0
    • bilakakjemahmenulis says:

      Kannnnnn!! Bersyukur sgt kakjem sebab jadi orang biasa. ada kawan baik, susah senang semua kita dah rasa. Tak perlu jd fake atau nak jd perfect untuk masyarakat. tapi kan, i was wondering apa sebenarnya contribution Fazura kat negara sampai dia boleh masuk E?

      0

      0
  21. […] Sebelum ini, melalui program televisyen realiti Facing Up To Fazura yang disiarkan di Channel E! Fazura mendakwa pernah bercinta dan berkasih dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem …. […]

    0

    0
  22. […] Sebelum ini, melalui program televisyen realiti Facing Up To Fazura yang disiarkan di Channel E! Fazura mendakwa pernah bercinta dan berkasih dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem …. […]

    0

    0
  23. […] semua tahu yang Fazura membuat pengakuan pernah bercinta dengan Shaheizy Sam menerusi program realiti Facing Up To Fazura! Mungkin bengang dengan pengakuan tersebut, Syatilla […]

    0

    0
  24. […] Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. Ini bermakna, Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu. Walaupun hubungan mereka tidak […]

    0

    0
  25. […] Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. Ini bermakna, Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.Walaupun hubungan mereka tidak […]

    0

    0