Kalau tak kenal, maka tak cinta. Kalau tak ada angin, mana mungkin pokok bergoyang, bukan begitu?
Shaheizy Sam dan Nur Fazura digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang sedang bersiaran melalui slot Lestary TV3. Kedua-dua pelakon ini juga bersama digandingkan untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang diarahkan oleh Bernard Chauly. Filem ini baru selesai menjalani penggambaran, melibatkan pengambaran di Turki dan dijangka berada di pawagam sekitar tahun 2014.
Bagaimanapun, dalam era di mana manusia mengongsikan apa yang dilihat sehari-hari melalui media sosial dengan mudah, cepat dan pantas, perkara-perkara yang cuba disenyapkan kadangkala sampai juga ke pengetahuan ramai. Bukan sekali dua desas desus timbul, malah sudah banyak mata yang memandang.
Pasangan ini pernah dilihat oleh orang ramai di pusat membeli belah dan berjalan berpegangan tangan. Kalau sekali, mungkin kebetulan, tetapi beberapa kali juga pasangan ini dilihat di khalayak ramai makan bersama dan mempamerkan aksi dan melihat antara satu sama lain seperti pasangan bercinta.
Kalau betul pun, apa salahnya ya tak? Sama cantik, sama padan. Berkerja bersama, saling mengenali, selepas lama mengenali hati budi, cinta pun berputik. Dan khabarnya ramai juga yang suka kalau benar pasangan ini bercinta, mereka dianggap pasangan yang sepadan.
Semoga kita mendengar khabar baik tentang mereka satu hari nanti. Kredit gambar Manisnya Cinta di Cappodoccia.
Siri Semarak Bangsawan 2013 kembali dengan pementasan “Putera Salang Ur” pada 14 hingga 16 Jun 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) di Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Tiket berharga RM 5 boleh ditempah melalui nombor telefon 03-2614 8262 manakala tiket premier berharga RM 50 menjanjikan kepuasan menonton optimum (tempat duduk terhad di aras atas dan makan malam disediakan). Jom tengok ramai-ramai!