Written by Bella | November 28th, 2016

Gegaran penyanyi Nora Ariffin terhenti apabila beliau tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 3 yang berlangsung semalam.

Nora membawakan dua buah lagu iaitu Lagu Untukmu duet bersama Aizat Amdan. Namun, Nora mengejutkan penonton apabila menyanyi gabungan lagu Sandiwara dengan All I Ask. Umum mengetahui sebelum ini Nora berdepan dengan kontroversi kerana enggan menyanyikan lagu Inggeris berkenaan.

Enam peserta bakal mara ke pusingan akhir pada hari Ahad ini. Finalis GV 3 ialah Azharina, Zarul Umbrella, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. Mereka diberikan tugasan untuk menyanyikan dua buah lagu pada konsert akhir nanti.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Sumber Berita : mStar Online

88 responses to Nora Ariffin Tersingkir, Enam Penyanyi Mara Ke Peringkat Akhir

  1. Anonymous says:

    best sgt semalam, ke enam2 layak ke final. talent wins..not drama!!

    66

    1
    • minah jambu - safety first says:

      betol tu …semua nye real n bukan di buat2 dlm nyanyian dorang bersungguh2 buat yg terbaik tahniah pada semua yg ke final….! Aris Ariwatan terbaik best !

      39

      0
      • Kiah says:

        mcm tu lah sepatutnya. sume yg btanding memberikn saingan hebat. baru ada “umphhh” kan? artis2 undangan pun best2 sgt. layan betul lah kiah semalam. hingga lupa seterika baju…

        21

        0
        • Anonymous says:

          awl2 aritu, aku target nora juara, tp kali ni aku doakan dia terkeluar…mmg terkeluar jua akhirnye….hahhaa

          29

          0
        • Kak Pedas says:

          drp terus dikecam… baik tersingkir je sis. mcm si elly gak la. kuat drama theyols kannn. tapi netizen makin dah bijak skrg. drama2 airmata tarik simpati org dah meluat. nk tengok drama… baik tengok sinetron indon aje.

          17

          2
        • Anonymous says:

          Lega Norafizah dah keluar. Byk sgt drama. Final yg paling best dlm sejarah GV3. Semua aku suka…susah nk pilih.

          9

          0
        • Anonymous says:

          ucapan tahniah!!! pada intan sarafina. pernah cuba nyanyi lagu siapa sangka siapa menduga. mmg sukar lagu tu babe. part korus tinggi tu.. fuhh. tapi intan sarafina menyempurnakan tugasan dengan cemerlang walaupun sampai naik urat kt dahi. hebat!

          10

          1
      • Zack says:

        bergegar satu rumah aku time diumumkn nora terkeluar dan abg gmie pula dpt masuk final. dlm sejarah lah …. abah aku siap tepuk tangan lagi. hahaha.

        46

        0
      • amoi says:

        terus lega aku dgr nama nora terkeluar…xda dah drama2 berlagak diva time final nanti..

        walaupun ameng dpt lagu dia sendiri, tp itu pilihan media kan? xpe lah ameng..walaupon tokram kata lagu sendiri x dpt markah penuh, aku just hrpkan ko nyanyikan lagu ko best mcm dulu2…menang kalah blakang citer dah skrg ni…tahniah pada semua yg ke final..

        ape pun aku hrp Zarul menang..!!!!!

        35

        0
        • Anonymous says:

          Aku kesian gak sama Nora tapi pikir2kan perangai ngada-ngada dia tu terus x jadi sedih. Ditambah pula dgn si Amir ketot dok backup rasa mcm perlu ke? Sejak bila Amir tu jdi jurucakap? Poyo sgt!!

          11

          0
      • Anonymous says:

        intan sarafina..cool je dia.
        tup..tup ke final. hikhikhiks.

        38

        1
    • Anonymous says:

      CONGRATS! SEMUA YG KE FINAL BEBAS DARI UNSUR DRAMA. SEMUANYA PROFESSIONAL. BUKA MENGADA-NGADA NK TUKAR LAGU PELBAGAI. SEMUA NYA BERDAYA SAING!

      39

      0
    • Anonymous says:

      nora dah terlambat woi. time2 cenggini lah baru ko nk sempurnakan tugasan yg diberi. kalau awal2 dulu ko ikut format tk berlagak diva org pun tk le kecam ko. anyway,…kipdap astro. mmg best giler semalam. baru nampak ada kesungguhan.

      34

      0
    • Anonymous says:

      mula2 aku was2 sama si intan sarafina tu. tapi semalam dia bawa lagu liza hanim tu ..wow. tak sangka betol babe, bagus. she deserves it!

      15

      1
    • mek vida says:

      padan muka…hahahahaahahah

      5

      0
  2. Mama says:

    ramai yg komen kt social media fb dan twitter, katanya nora layak ke final bukan intan. tapi intan tunjuk peningkatan yg amat ketara. begitu juga dgn si gmie. lagu ‘siapa sangka siapa menduga’ tu susah bak kata tok ram. sbb tu lagu CD bukan lagu utk show. tapi intan berjaya menghidupkan lagu tu. tahniah.

    53

    0
    • minah jambu says:

      tahniah pada intan dh masok ke final kalah menang blakang kira yg penting intan dh buat yg terbaik malam smlam u sangat sweet n cute..

      30

      0
      • mat ram says:

        x terkejut pun knp nora tersingkir. lagu english adele tu susah benor nk tarik. kalau dgr komen tok ram betul2, dia just ckp.. “good try” aje. kalau betol2 bagus, knp dia x cakap “excellent” je? komen utk intan lepas nynayi lagu liza hanim..”well-done”. ada beza tu kot…

        32

        0
        • Anonymous says:

          setuju…

          9

          0
        • amoi says:

          betul kata mama…setiap minggu intan tnjk dia berusaha utk lbh baik dari sebelumnya…gmie mmg suara unik..aku suka dia perform dgn tomok…lagu tu jd version baru yg sgt sedap didengar…

          apa pon NORA MEMANG PATUT KELUAR.. k bai

          29

          1
      • Anonymous says:

        sukanya….mari seleburit.

        5

        0
    • Anonymous says:

      Korang semua loser..pekak. Nora penyanyi yg bagus. Mangsa drama Tok Vida dan Astro!

      2

      15
      • Anonymous says:

        mangsa drama astro tu aku sokong..klu dr awal bertegas xde yg berani nk tukar2..pastu ko nk tuding jari salahkn artis lak wahai astro

        1

        0
  3. Anonymous says:

    Nora nk buat kejutan dgn mnbawa Lagu org lain sedikit kelainan.. tetapi dia pun tkejut sbb disingkirkn.. lain Kali jgn drama2 diva ok..

    50

    0
    • Anonymous says:

      lagu adele kot guys. waktu part tinggi suara nora ada cicir sikit. dengar betul2. perit sgt dia nyanyi.

      10

      0
      • amoi says:

        perit x perit laaa…org lain nyanyi lagu ade jgk part tinggi…nama pun bertanding..xde plak mcm dia yg asik request nak lagu ikut anak tekak dia…org lain relax jer terima walaupon dah tahu x boleh bawak tp at least dorg nyanyi jer…makcik tu berlagak diva..sekali kena kecam…hamik ko!

        26

        0
    • damai says:

      dia bukan nak buat drama, tapi she nak nyanyi lagu tu ik rezeki masuk final, x adalah org ckp lagu sendiri blh lah, dia dah cuba sekuat mampu pun dah x dpt masuk final masih netizen ckp2, sudah2 lah tu, stop your kutukan. skg nak tanya netizen, ameng dpt ke2 lagu dia masih final, x nak buat kecoh ker???? hope anmeng dpt no. 6 lah, tapi pelik hadiah cuma sampai no 4 aja, 5 and 6 x ada hadiah ker

      0

      44
      • Lopah says:

        ameng x pernah minta tukar lagu..but nora did.
        kamon..xkan tak reti beza kot. lagu dangdut pun dia cuba bawa.

        56

        0
        • Ana says:

          Ya..agree.mana kita dengar ameng nak tukar lagu?dia sahut menyanyikan lagu penyanyi lain yang dia tak pernah nyanyi..

          35

          0
        • amoi says:

          betul kata lopah…ameng xde plak mintak tukar lagu..sebelum2 ni dia nyanyi jer lagu ape yg media bagi…so org xde nye nak kecam ameng…sbb itu bukan pilihan dia…dia dpt sbb media pilih…

          yg nora jd kontroversi sbb 1st tu nak tukar lagu..dari dangdut nak rock..alasan dia dah hafal..2nd dpt lagu adele, tp nak lagu sendiri sbb x yakin dgn lagu adele…mana org x panas ati bila baca..tol x?

          44

          0
        • apa daaaa says:

          itu maknanya…PROFESIONAL! pernah ke ko masuk rumah org lepas tu ko ubah2 perabot tuan rumah tu??? mcm tu la perumpaannya. hormati lah tugasan!!!

          35

          1
      • Anonymous says:

        mesti tak tgk dari awal ni..6 peserta sume ade adiah cik damai..cume no 6 tu adiah nye 5K tunai 5K brg kemas rafellsia pastu barang elektrik dan trofi. tu je..

        15

        0
      • apa damai? says:

        HAHAHA. otak budak budak, takreti bezakan ‘MINTA TUKAR LAGU’ dengan ‘MEMANG ASTRO BAGI LAGU TU’

        8

        -1
    • miss kepah says:

      nora tersingkir sbb bwak medley pulak, seolah2 x ikut tugasan yang diberikan, mcm kita jawab exam, kita kena jawab soalan, kalau kita punya jwapan memandai panjang2, tapi x jawab soalan tetap juga markah rendah….

      apapun lagu next week best dan mencabar! lega pilihan2 saya abg Gmie, abg Zarul and Kak Intan xde yg tsingkir and dpat tgok dorang nyanyi sampai ke final..sapa juara dh x kisah sbb smua best, yang penting nk berhibur dan lupakan keesokkan harinya ISNIN. tp saya agak juara is between Ameng and Azharina kot

      19

      0
  4. Anonymous says:

    baru semangat nak tengok GV…takda drama2 bagai dah…

    21

    0
    • Leeza says:

      agree. xde drama2 mengarot. nabil pun dh okay sket. lawak dah tak keterlaluan. ada perubahan. kekalkan.

      7

      2
    • izzy says:

      kahkahkah.. w/pun menyampah dgn drama2 ni esp drama si nora.. tp tu lah yg membuatkan aku tercongok nk tgok gv stiap minggu… n awat si ameng nyanyi dua2 lagu dia kt final nanti..? busuk betul production team kali ni!

      2

      5
  5. Anonymous says:

    harap siti sarah juara…lega rasenya nora dh x de…

    7

    15
    • apa2aje says:

      Dgr2 sarah pun mntk tukar lagu jadi lagu misha bunga2 cinta tu? Hahaha.. tp dia xmntk lgu sendiri la yg pentingnya.. ????

      1

      0
  6. ardy says:

    nie baru canteekk GV…satisfied sgt ngan result GV kali ni…all the best guys peserta final GV

    7

    0
  7. nok gebuzzz says:

    mmg best semalam,yg layak ke final semua best2…semangat nak tgk GV3 final,xd lagi drama atau propa..good luck semua!

    5

    0
  8. Anonymous says:

    Berhantuu sungguh dgr Gmie n Tomok nyanyi sejarah mungkin berulang! nice arrangement and vokal unik gmie alwys win! senak perut oi gmie bottom 2 semlmmm grrr Well done gmie, stay humble and cool for final!

    26

    0
    • Anonymous says:

      boleh namapak aura gmie tu kuat dari zur eda dan nora masa bottom 2

      15

      0
    • Anonymous says:

      betulll…sdp gile gmie n adik nye bwk lagu tu. terus aku suka lagu tu. nyway suara gmie mmg sgt unik. klu juara pn mmg xheran. final nnt kompem bergegar. gudluck abg gmie..

      29

      0
  9. Anonymous says:

    semua figting for final. good job astro dan gv !!!

    3

    0
  10. Anonymous says:

    rezeki ameng dapat lagu sendiri masa final…ameng ada aura tersendiri…

    15

    0
  11. good says:

    sejak drama nora acah2 diva tu.. aku mmg expect 6 org ni ke final. and yesss… keenam org ni mmg deserves ke final…

    14

    0
  12. KECIPANG KECIPUNG says:

    smlm memang x boring tgk. semua best2. nora mmg patut terima dgn hati yg terbuka die tersingkir sebab mase die nyanyi lagu meet uncle hussin, khatijah ibrahim ade ckp ade problem ckit dekat tone.. “u know what i mean”. tu yg juri ckp. mase nyanyi lagu omputih tu pun ramli ms komen “good try”. so x perfect. ku sgka kan intan sarafina or sarah out last nyte tp kedua2 tunjuk persembahan yg bagus mlm smlm. ameng pun best gile suara die mmg lain dr yg lain. gmie, zarul, n azharina also give sungguh2 buat performance. cume aku harap xde netizen yang akan kutuk kenapa ameng dpt lagu sendiri utk final. dua plak tu lagu sendiri. anggap ni rezeki die k. sbb aku x rse ameng pilih sendiri lagu tu. mybe astro nk hidupkan balik kenangan lame ameng bersama spring. pape pun all the best semua. x sabar tgu final. aku harap juara biarla no 1 2 3 semua tu peserta lelaki..hihi..(just my 2cents)

    17

    1
  13. Anonymous says:

    baru ada aura superstar. berentap masing2 nk masuk final. funhhh…lagu pun best2 sgt.

    7

    0
  14. James Bond says:

    Azharina is the best!

    Intan… ke final? Seriously!!!

    0

    19
    • Anonymous says:

      kau cuba lah nyanyi lagu siapa sangka siapa menduga tu kat karaoke.
      kalau kau boleh.. come back and then comment. susah kot lagu tu….

      10

      1
      • Anonymous says:

        sebab tu kiter x pilih kareer sbg penyanyi, not like your intan sarap yg xde identiti sendiri…obviously xde bakat semulajadi,,total jokee

        1

        0
    • Ana says:

      Abeh?kau ingat nora yang masuk??are u seriously serious????

      27

      0
  15. Semlm bila diumumkan gmie peserta terakhir yg dpt ke final…Seriously aku melompat & menjerit kegembiraan! hahahaha…dlm masa yg sama aku happy sbb nora tersingkir…i’m sorry nora…even tho suara dia mmg sedap dan mmg xblh dinafikan…but i prefer gmie…Good luck utk semua finalist yg layak…All the best…

    34

    1
  16. Anonymous says:

    the power of netizen..jgn main2!!!!!

    8

    2
  17. Anonymous says:

    Damai, hadiah ke 5 dan ke 6 ada, dia org umunkan sblom show bermula lgi..

    2

    0
  18. Semalam bila diumumkan Gmie dpt ke final…Aku melompat + menjerit kegembiraan…hahahahha!! Rasa seronok sgt Gmie layak ke final tp at the same time aku happy sbb nora tersingkir…yehaaaaaaaa!! I’m sorry Nora but i prefer Gmie…No more drama after this…Well done to all finalist & good luck…

    23

    1
  19. Anonymous says:

    Salam Terakhir versi Gmie gonna be awesomeee <3 Best of luck gmie!

    11

    0
    • Anonymous says:

      yup… hope ade magis dgn vokal unik abg gmie.. gudluck!!

      5

      0
    • miss kepah says:

      Lagu bila bulan berwarna biru pun mesti best Gmie bawak nanti….best of luck Gmie….tak jadi juara pun xpa asalkan dpt tgk psembahan Gmie yang best…Intan and Zarul pun sama, lagu pun best n kena dgn suara dorang….Juara maybe Azharina kot, tp x kisahla dia mmg best pun…
      #TeamGmieJawo
      #TeamIntanDiamond
      #TeamZarulJgncakapAbgTakUmbrella

      5

      2
      • TeamGmie says:

        Xsabar nak tengok persembahan Gmie… x Juara xpe..at least dapat masuk final! dan still dapat duit, xpulang tgn kosong….. Sebab suara Gmie mmg antara yg terbaik.. Lepas lagu Pd Syurga Di Wjhmu tu je..graf die menurun…. Nasib lagu dgn Tomok naik kan balik markah dia.. Nak nangis rasa masa gambar Gmie keluar kat screen ahad lepas.. ayoo..bikin luruh jantung den..Ape2 pun syukur…rezeki Gmie masih ada..

        1

        0
  20. Anonymous says:

    nora buat aku pening. kejap tuar lagu..kejap campur lagu. apa2 je lah ko ni weiiii!!!

    20

    0
  21. Anonymous says:

    sedap intan bawak lagu liza hanim- siapa sangka siapa menduga! go intan go!!!

    8

    2
  22. Anonymous says:

    dah xde lagi drama2 bodoh!!! tahniah kpd yg masuk final.

    6

    0
  23. Anonymous says:

    nora semlm terkedu sbb dia keluar. mana suami nya? nak saman org sgt kan?? aku suka tgk gmie dgn tomok semlm. tomok tak menyanyi sgt sbb dia bg peluang pd gmie..yg bertanding gmie..haha. good job!

    26

    0
  24. Kiah_Jupiter says:

    Habislah TokRam TokKat kena sama dengan Abe Noraripin..

    3

    0
  25. G- says:

    bukan la nk puji suara sndri, tapi aku bole nyanyi lagu Getaran Cinta DiJiwa by Liza Hanim tanpa merosakkan tekak, tapi bila cuba lagu SSSM tu, aku rasa mcm aku nk gali lobang dan kambus kepala dalam tu! susah nak mampus hokey!! Even Liza Hanim pon x terdaya nak nyanyi lagu tu sebaik mcmana dia record lagu tu..
    Aku vote Gmie.. *ttibe*

    7

    0
  26. G-Mah says:

    bukan la nk puji suara sndri, tapi aku bole nyanyi lagu Getaran Cinta DiJiwa by Liza Hanim tanpa merosakkan tekak, tapi bila cuba lagu SSSM tu, aku rasa mcm aku nk gali lobang dan kambus kepala dalam tu! susah nak mampus hokey!! Even Liza Hanim pon x terdaya nak nyanyi lagu tu sebaik mcmana dia record lagu tu..
    Aku vote Gmie.. *ttibe*

    4

    1
  27. Anonymous says:

    Sarah juara,bukan sbb dia nyanyi baik tapi sbb astro hutang shuib dan sepah yg buat untung byk untuk astro. Hidup Sarah,Hidup Astro,Hidup Kroni.

    1

    9
  28. xxx says:

    go sarah….so far azharina, nora n sarah yang nyanyi lagu english..yang lain x leh nyanyi eh??? camne nak ckp versatile or international level?

    heartysarah!!! i will always luv u

    4

    5
    • Anonymous says:

      lol…lagu2 melayu pn bnyk je yg menguji vokal berbanding lagu english.. klu nk international sgt, sila nyanyi lagu len2 bahasa selain malay n english..

      1

      0
  29. Anonymous says:

    hahahahah…padan muka. bini poyo..laki over.
    k byeeeee.

    1

    0
  30. odah spot says:

    aku rasa ameng dpt lagu sendiri sbb astro takut ameng lupa lirik final nnt kalau bg lagu org .. hehe.. gmie pasti menang

    3

    3
  31. Anonymous says:

    Nora ni aura x cantik. Dari dulu lagi mmg x bkenan.

    5

    0
  32. Anonymous says:

    Bagos x 3

    0

    0
  33. Anonymous says:

    komen bnyk puji gmie but why he is bottom 2 … ???

    1

    1
    • Anonymous says:

      tanye juri2

      2

      0
    • Anonymous says:

      bg pandangan akula, suara gmie mmg sgt unik n sgt sedap didengari tp mungkin kurang dari segi teknikal n teori. tokram pn ckp gmie kne cari cikgu yang blh keluarkan bakat yg ade dlm diri die cause selama ni die naynyi ikut pengalaman die je. bg kite yg xpro dlm bidang ni, rase suara gmie mmg sgt sdp, termasuk aku..

      2

      0
  34. Anonymous says:

    aku lagu SSSM tu kacang je… mmg tone suare sama liza hanim.. n bole soften kan lagi tone sore I masa nyanyi lagu tu.. maintain tone tinggi bagi dinamik skit

    1

    4
  35. liz says:

    azharina pun ada unsur2 drama gak kdg2…yg humble tu mcm intan zarul sarah. terima komen rilek je

    6

    0
  36. Anonymous says:

    production gv mentaliti kelaut..bg lagu ntah ape2..xde keadilan..ada yg dpt lagu mknn sndiri tiap minggu..cmne nk meningkat cmtu..lagu rock 80/90an je yg bnyk..lg satu npe sstengah peserta je yg dpt lagu english,yg lain smpai ke sudah xdpt..cabaran kebendanya gitu..astro selalu main drama,pastu tuding jari kt artis..juri pn quite bias..

    2

    1
  37. Anonymous says:

    siapa juri2 gv3??

    0

    0
  38. 90s fan says:

    Kalau ada GV4 next year, I think they should learn from GV3 especially, for a lesson and improve on the weaknesses here and there. Better jgn bagi peluang kat artis yg dah bertaraf legend masuk. Mcm nora, dia blh la masuk kategori legend dah. Nora ada good track record sblm ni but after she entered into GV, permulaan ok but last week terus kena kecam sbb tukar lagu dan dpt lagu sendiri. Netizens yg xkenal nora especially yg umur bawah 25 ni mmg akan terus kecam.

    Pasal pemberian lagu2 pulak, utk final rasanya better bagi artis pilih satu lagu pilihan masing2 utk perform. Satu lagu lagi pilihan astro. Baru fair. Mcm azharina, dua2 lagu tu dia dpt lagu arwah nike ardilla nape ar? Dan patut bagi semua peserta try lagu2 inggeris baru fair. Peserta lelaki semuanya smp ke sudah x dpt lagu inggeris.

    0

    0
  39. Nurainie says:

    Menang atau kalah adat pertandingan,janji msuk fainal
    You can do it
    #ZARUL

    0

    0