November 23rd, 2016

Selepas dikecam netizen kerana menukar lagu pilihan media kepada lagunya sendiri untuk dinyanyikan di konsert separuh akhir GV3 Ahad ini, penyanyi Nora Ariffin telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Nora, beliau memilih lagu Sandiwara berbanding lagu pilihan media, All I Ask nyanyian Adele kerana tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk menyanyikan lagu berbahasa Inggeris tersebut.

Malah, beliau sudah berbincang dengan pihak produksi mengenai perkara itu dan ramai bersetuju untuk beliau menyanyikan lagunya sendiri.

Saya ada berbincang dengan banyak pihak mengenai perkara ini dan ramai mahu saya bawa lagu Sandiwara. Saya menolak lagu pilihan media kerana salah satunya adalah All I Ask nyanyian asal Adele. Bagi saya, lagu ini terlalu besar dan tidak kena dengan suara saya.

Saya tertanya-tanya adakah mampu bawa lagu yang diberikan itu? Setiap penyanyi ada kemampuan vokal berbeza.

Walaubagaimanapun, Nora memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pihak produksi mahu beliau menyanyikan lagu lain.

Beberapa hari ini, Nora menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang rata-rata mempertikaikan penukaran lagu berkenaan dan melabelkan Nora sebagai artis yang tidak berani menyahut cabaran yang diberikan meskipun sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...