Written by Bella | March 4th, 2015

Tidak dapat kami sangkal lagi berita  tentang keadaan kesihatan Nazim Othman yang dikatakan sedang bergelut dengan penyakit barah otak telah membuat peminat terkejut. Ini kerana, aktor tersebut tidak pernah dikhabarkan mempunyai penyakit yang serius sehinggalah beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) terhadap otaknya.

Walaupun perkara tersebut masih belum disahkan oleh Nazim, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan beliau dalam posting terbaru di Instagram.

Berikut adalah kata-kata Nazim :-

 Embracing the little things in life with a good friend of mine. Kita cuma perlu mereka yang menampakkan sisi jujur dan ikhlas bukan sekadar kata-kata. Alhamdulillah walaupun kawan saya tak ramai, seorang dua yang membuktikan keikhlasan itu sudah cukup sempurnakan hidup ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin. #Allahknowsbest

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan jadi kepada mereka satu hari nanti. Barah otak merupakan salah satu penyakit yang serius dan memerlukan semangat yang kuat untuk menentangnya. Sama-sama kita doakan agar Nazim Othman diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menentang apa sahaja kesakitan yang sedang dialaminya. Semoga cepat sembuh. InshaAllah.

Sumber Berita&Foto: Instagram Nazim Othman

10 responses to Nazim Othman Ucap Terima Kasih Kerana Mendoakannya

  1. Anonymous says:

    Tabah dan kuatkan semangat bro…..

    0

    0
  2. Joyah Pok Pek says:

    Muhasabah diri bebyk..Allah memberi ujian dan dugaan kerana dia kasih dan sygkan hamba-Nya. Semoga terus tabah dalam perjuangan kehidupan..jgn berputus asa..Insyallah da jalan penyelesaian yer..Amiiin

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Semoga cepat sembuh..

    0

    0
  4. anon says:

    my thoughts and prayers are with you, get well soon bro…. hidup ni penuh dgn dugaan, tabahkan diri..

    0

    0
  5. ain suzana says:

    be strong & kami berdoa yg terbaik utk anda.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    aku disahkan menghidap brain tumour pada tahun 2012. tumour tu sebesar bola ping pong. aku takut nak pegi hospital untuk pembedahan otak walaupun aku mampu berubat di hospital mahal & gunakan khidmat professor.aku buat keputusan berubat secara alternatif. selepas rawatan alternatif untuk buang tumour itu sakitnya bukan kepalang. rasa macam nak mati ajer. siang malam menangis kesakitan. hanya yg pernah melaluinya saje yg tahu betapa sakitnya, sengsaranya & takutnya dugaan dari Allah ni tapi aku redha & terima ujiannya. selepas 2 minggu dah tak sakit lagi dan aku beransur pulih. aku berhabis RM134,000 untuk pengkhidmatan alternatif itu & alhamdulillah sekarang aku sembuh sepenuhnya & tumour free. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi. Masa mula2 dapat tahu berita buruk tentang penyakit ni, aku macam tak keruan dibuatnya. Jadi tolong saper2 yg tak pernah dapat ujian ini jgn cakap ikut sedap mulut. As for Nazim, please be strong, Allah bersama mereka yang sabar dgn ujiannya.

    0

    0
    • abcd says:

      Maaf tanya. Just nak tahu, rawatann alternatif yg mcm mana ya? Boleh bgtahu details?

      0

      0
      • Anonymous says:

        pembedahan ghaib dilakukan oleh Raja, Putera & Mahaguru Bunian. Duit yang diberikan untuk disedekahkan…………………..dalam masa sesingkat 2 minggu sembuh sepenuhnya. kalau pembedahan di hospital mungkin makan masa sehingga 1 tahun untuk pulih sepenuhnya atau mungkin operation gagal sebab kepala is very critical & sensitive.so I dare not to take the risk.

        0

        0