Sekitar minggu lepas, Ayda Jebat berhadapan dengan pelbagai kritikan dan tomahan apabila masih ada lagi yang mempertikaikan kemenangan beliau dalam Anugerah Meletop ERA 2016 (AME 2016). Merasa sedikit tertekan, Ayda bertindak untuk menyekat mereka yang memberikan komen negatif di akaun Instagram miliknya.
Pelbagai dakwaan termasuklah Ayda dikatakan mesra dengan peminat hanya kerana ingin memancing undi demi sesebuah anugerah.
Menerusi akhbar Harian Metro, Ayda menjelaskan beliau ikhlas menjalinkan hubungan mesra bersama peminatnya dan tidak pernah mempunyai sebarang agenda tersembunyi.
Tiada sekelumit niat pun dalam hati saya menjalin hubungan mesra dan baik dengan peminat semata-mata mahu memancing undi mereka.
Sebagai selebriti yang baru membina nama dalam karier seni, sejujurnya kemesraan saya dengan peminat itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih.
Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan padu diberi peminat yang menerima baik hasil kerja saya selama ini. Tanpa sokongan peminat, saya pasti takkan berada pada tahap seperti sekarang.
Dah rezeki Ayda untuk berada di puncak populariti sekarang, biasalah ada sahaja orang yang dengki dengan kejayaan orang lain. Apa yang dikatakan oleh Ayda itu betul, peminat mampu menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis itu juga, jadi kalau ada artis yang dah popular tu janganlah lupa sokongan peminat anda sebelum ini.