Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar

Hiburan

Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar

Agak terlambat Abang Nara kongsikan berita gembira ini. Kalau anda tidak pernah terlepas membaca BeautifulNara, baru-baru ini Abang Nara ada kongsikan informasi mengenai identiti bakal tunang Fizo Omar yang merupakan seorang model untuk tudung Fareeda. Informasi tersebut telah pun disahkan sendiri oleh ibunya menerusi Kosmo baru-baru ini.

mawar fareeda

Advertisement

Untuk makluman anda, nama penuh bakal tunang Fizo Omar ialah Mawar Abdul Karim. Ibunya, Faridah Zakaria adalah pengasas tudung Fareeda yang sangat popular di Malaysia. Keluarga Fizo Omar telah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. Kata ibu Mawar:-

Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu.

fareeda

Memang Mawar dan Fizo adalah pasangan yang tampak sangat sesuai. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Insya Allah apabila dah berkahwin nanti makin berkembanglah perniagaan mereka. Memang pilihan yang tepat. Tahniah Fizo dan Mawar!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...