Written by AbangNara | July 6th, 2015

Kenyataan Emma Maembong baru-baru ini tentang dirinya yang tidak mempunyai sijil SPM tetapi tidak pernah meminta wang orang telah menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan kata-kata Emma. Bagi mereka, untuk berjaya di dunia ini tidak semata-mata bergantung kepada betapa tingginya pelajaran seseorang itu. Ada pula yang berpendapat sekurang-kurangnya kenalah belajar sehingga ke tahap SPM. Malah ada yang risau kanak-kanak terpengaruh dan tidak mahu belajar kerana kenyataan Emma Maembong itu.

emma maembong

Bimbang kenyataannya disalaherti dan digunakan oleh para pelajar untuk tidak mengambil SPM (dan tak belajar bersungguh-sungguh), Emma Maembong tampil memberi penjelasan. Kata Emma:-

Sebenarnya apa yang orang lain sampaikan atau perkatakan itu salah faham saja. Saya maksudkan walau pun saya tak sekolah. Tiada pendidikan. Tak bermaksud saya ini duduk rumah dan tak fikirkan masa hadapan. Saya bukan contoh buruk supaya budak-budak tak ambil SPM. Tidak pernah niat begitu. Orang kalau dah benci saya dia benci juga.

Saya bukan bagi galakan supaya orang tak sambung belajar. Saya ada masalah keluarga saya. Ada masalah diri saya. Saya nak bagi semangat pada orang luar sana yang mana tak ada famili, kosong, tapi bukan tak boleh ke hadapan. Ada banyak cara untuk berjaya dalam hidup.

Saya bukan lahir dari keluarga yang senang. Saya dari keluarga yang susah. Jadi saya tak mampu. Saya ada kekurangan saya.

Takkanlah disebabkan orang tak ada pelajaran tak perlu hormat atau diperbodohkan. Walau pun saya tak ada pelajaran, tapi saya bukan duduk rumah goyang kaki. Masa depan tidak gelap kalau tak ada pelajaran. Rupa ke apa ke tak ada kena mengena kerana apa yang penting adalah usaha.

Saya tak kisah orang nak cucuk saya atau buat apa pun kerana saya tetap akan ke depan. Saya akan jaga ibu ayah saya. Saya harap tak ada yang fikir negatif

emma maembong

Secara jujurnya, bagi Abang Nara sekurang-kurangnya setiap pelajar di Malaysia ini kenalah ada sijil SPM sebagai penanda aras tahap pembelajaran mereka. Namun dalam kes Emma Maembong ini memang lainlah. Emma tak belajar di sekolah pun, dia belajar di rumah. Sistem didikan pun dah lain. Lagipun Emma ada bakat melukis, wajah yang cantik dan berdarah seni. Tak semestinya Emma boleh berjaya tanpa SPM, maksudnya korang pun boleh berjaya.

Kenalah  tepuk dada sendiri dan tanya anda ini jenis orang yang macam mana. Kalau anda memang ada satu bakat yang boleh pergi jauh, contoh memang hebat main bola sepak, memang tak perlulah SPM bagai. Cuma pastikan bakat tersebut betul-betul digunakan sepenuhnya. Jangan separuh jalan sahaja. Memang terbukti orang yang tidak berpelajaran tetapi mempunyai bakat lain boleh berjaya dalam hidup berbanding mereka yang belajar tinggi-tinggi. Tak gitu? Sumber Sinar Harian.

P.S: Kisah pelajar Mat Salleh miskin menyamar jadi Islam untuk makan percuma

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Masa Depan Tidak Gelap Tanpa Pelajaran, Yang Penting Kita Berusaha – Emma Maembong

  1. Anonymous says:

    ok fine emma

    0

    0
    • Anonymous says:

      ade master phd pon bodoh gak buat ape..tengok aje pak menteri kat malaysia neh..bagi statement bodoh2 dan menyakitkan ati.

      tengok ler pakar ekonomi tu, bagi pendapat pon bodo gak..tak layak dipanggil pakar ekonomi.

      0

      0
      • Anonymous says:

        dah tu menintas org2 bawahan, menindas rakyat.
        ye yg keje biasa2 disebabkan lulus takat srp,spm, itu mungkin salah mereka atau ada masalah di masa lalu, tapi perlu ke org2 yg keje besar2, ade phd bagai..macam menteri2 tu menindas golongan di bawahnya.
        minyak naek 10sen tak terjejas?
        kena igt ade org2 di luar sana yg berduit syiling je, keje pon biasa2, makan biasa2, betapa terbebannye mereka…janji berusaha, tapi jgn tindas mereka.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ahmad Maslan ???

          0

          0
        • Kamariah Mt Dom says:

          Ada 2 jenis manusia dizaman ini. Yg pertama “textbook smart” vs. “street wise smart”. Sistem pendidikan dinegara kita TERLALU menitik beratkan pencapaian akademik berbanding “pencapaian hidup”. Sekolah2 di Jepun, misalnya diusia muda diajar latihan asas vokasional spt menukang, berkebun, memperbaiki lampu, memperbaiki enjin kereta, menguruskan budget dan kewangan dgn sbg. Sudah tiba masanya sistem pendidikan mengajar generasi muda untuk hidup bukan untuk pass SPM, A-Level, Diploma atau Degree semata-mata.

          1

          0
        • Anonymous says:

          setuju, ya. pernh gk tengok dokumentari anak2 di jepun tahap sekolah rendah diajar memasak utk kerana ibu-bapa mrk sibuk bkjer. klau ade di msia kan bagus. ini x, lps spm pun msh x tahu memasak. bukan sja nk msk air pun terkehel, cerek pun x thu guna sbb smua kerja dapur pembantu rumah buat. sedih tgk generasi muda.

          0

          0
        • Abang Sahdo says:

          alaaa, senang la cakap sbb dia muda dan cantik. cuba bayangkan muka ko macam enot atau ayu one in the million tu, ada ke produser2 teringin nk ambil berlakon jd heroin? please la…

          0

          0
        • puii sikits says:

          dia ni mcm zul arrifin, tanpa abby, siapalah engkau?
          tanpa zizan siapalah emma???

          0

          0
        • Cili Boh says:

          sejak bila pula jadi retis/pelakon utama drama samarinda tv3 …dikatakan sudah berjaya??? :(

          0

          0
        • Anonymous says:

          nanti kau dah tua mcm mariani….baru kau tahu langit tinggi rendah.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Korang ni bodoh amat sampai xleh faham ke atau buat2 xfhm?
          Aku percaya korang ni golongan bodoh, yela xkan di bulan puasa ni korang nk membusukkan hati pura2 x fhm spya ada pluang nk menghentam btl x?
          Bkn ke trng lg jls mksud dia ialah utk org yg tiada pluang amek spm, org ada mlsh kuarga ke, org susah ke, mereka2 ni ada sbb x dpt amek spm bkn suka2 x nk amek, org2 mcm ni jgn fkr masa dpn mrka glp skiranya mrka2 btl2 x ada spm, dorng2 ini perlu berusaha krs utk mendapatkan masa dpn yg trjamin. Berusaha, xkira la cari pluang bisnes ke, rjn dptkn byk2 job ke, tingkatkan kemahiran ke, asah bakat ke, rezeki ada dimana2. Pd yg xada klulusan spm yg disbbkn mslh hidup atau ekonomi, ms dpn xsemestinya glp, yg penting berusaha! Ada fhm.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Klu pendapatan dia skg ni dia pandai simpan dan gunakan utk buka bisnes dan kembangkan, tiada mslh pn masa dh tua nnti. Belum tambah dgn income melukis dia lg.

          0

          0
  2. MERAH JINGGA says:

    betul tu Emma..kalau semua ada phd,master sape pulak nak kerja biasa2..ramai je garduan mengangur sebab takde tempat nak kerja, memilih, takde skills dan kemampuan ..

    0

    0
    • Anonymous says:

      X berapa setuju. Berapa kerat orang2 di Msia senasib dgn Emma? X semua org mcm Emma dpt peluang jd pelakon. Anak2 muda kt kampung, x pass SPM terus jadi minah dan mat kilang ssb nk tampung keluarga dan diri. Org jd pelakon mcm Emma ni 2% je kot dalam Malaysia…

      0

      0
      • Kak Nam says:

        ni semua kira nasib2 la. kalau budak2 kt kampung, xde spm datang kl semata2 nak jadi pelakon mcm emma. alamatnya bapak2 ayam buat jadi pelacur la. masak la mcm cerita ombak rindu.

        0

        0
        • Anonymous says:

          stfu la. kalau x bercinta dgn zizan…dia pun entah jadi pelakon tambahan jer.

          0

          0
        • Aku Pun X Paham says:

          ye ke? kalau pelajaran x penting, kenapa banyak ibu-bapa sanggup berhabisan dan bergolok-bergadai semata2 nak hantar anak2 ke IPTA dan IPTS?! Think…

          0

          0
      • piah says:

        So? Kerja kilang pun apa masalahnya? Elokla orang Malaysia yg keja dari penuh dengan orang pendatang. Korang ni suka sangat menghina orang. Padahal yang Allah tengok nanti takwa. Bukan kerja apa kat dunia.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Nooo!! SPM still penting, supaya memudahkan kau untuk masuk mana-mana IPTA/IPTS.
          SPM penting supaya future kau lebih ‘secure’.
          Secure maknanya selamat, bebas dari risiko dari bertembung dengan masalah tidak dapat persue study.
          SPM penting untuk dapat instant scholarship mcm MARA or JPA.
          Sekurang-kurangnya perjalanan lebih smooth insyaAllah..TERJAMIN.

          0

          0
        • Pikir2 says:

          okay, cuba kita ambil contoh: prof dr muhaya (pakar mata & motivasi) lwn. orgy ahmad daud (pelakon & pengomen)

          siapa yg lagi berwibawa, berpehetahuan dan berada ???

          0

          0
        • Sama Dengan = says:

          Apsal ko banding dgn Ogy? Apsal tak banding dgn org lain yg berjaya dalam bidang tu. Aku tak sokong nak jadi artis2 ni dan aku sendiri berpelajaran. Tapi kalau nak membanding tu biarlah kena. Setiap bidang mesti ada yang berjaya dalam bidang masing2.

          0

          0
    • Melah says:

      bagi akak la, basic education tu perlu. ini utk anak2 akak la.
      oh, akak nak tengok juga sampai bila emma akan terus berlakon?
      waktu muda dan laku gini, senang la cakap. besok dah tak laku dah kedut mcm tirai raya kamdar, ada ke orang offer jadi heroin dik hoi?

      0

      0
      • Anonymous says:

        betul2!!!!, jdi pelakon mmg la x perlu kelayakan. cuba apply job kat bank ke, harap muka je tapi kira duit 100 pun x reti, tak guna jugak.

        0

        0
      • CILI says:

        AKU RELA BELAJAR TINGGI2 JADI MACAM TOKOH2 CENDIKIAWAN NEGARA DPT PROF UNGKU AZIZ, DATUK LEE LAM THYE DAN CHANDRA MUZAFFAR….DRP JADI PELAKON2 YG AKHIRNYA…SENDU!!!

        0

        0
  3. Anonymous says:

    aku ada tbaca buku papa rich papa poor.. mnceritakan org berjaya blom tentu yg akademiknya tggi.. sbb di sekolah xde plajaran mnguruskn kewangan… kte cuma blaja bsungguh2 dgn harapan mndapat pkerjaan yg bgus hakikatnya rmai yg dibelenggu hutang mkin tggi gaji mkin bsar pbelanjaan dan makin byk hutang.. tetapi kalu kte bjaya mnguruskn kewangan.. takat mna kte blaja pun kte mampu mngawalnya… tgk saja ada yg menteri yg muflis.. sdangkn mereka bpendidikan tggi.. bkn kta akademik tidak bgus.. zaman skrg yg penuh dgn knaikkn.. mngawal sumber kewangan itu lg penting.. jika tidak pandai mngawalnya jadi la hamba duit.. lg tggi plajaran.. lg bsar blnjer..

    0

    0
    • PiaPia says:

      Aku setuju. Mak aku dulu keja kerani je. Tapi dia menyimpan dan berjimat, dapat pi la hidup senang dah tua2. Sekarang ni aku yang kerja gred 44 ni yang kadang2 dok pinjam duit dia. hahaha. Sebenarnya baguslah kalau dapat habiskan study paling kurang SPM. So adik2 sila habiskan study. Tapi katalah takda rezeki nak sekolah atas apa jua reason sekalipun, jgn give up. Mesejnya sesimple itu je, tapi ada pulak yang melebih2 nak judge orang.

      0

      0
  4. jenglot says:

    seb bek ada muka boleh la sara hidup. kalau muka cam *&%%^&* kompem ko rs bodohnye aku xblaja tinggi2.. muka xde, pelajaran xde. ko lakon pon tah pape… peluk sana sini. da pakai tudung pon nak flirt2… tgk jelah drama ko kat isteri separuh masa…

    0

    0
  5. mimiyangdivine says:

    kalau dia ckp pasal pelajaran universiti mungkin saya setuju sebab tak semua berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tu. tp, kalau dia bercakap pasal pendidikan asas seperti spm, jd saya tidak setuju. jgn salah send signal kepada anak2 kita ya, you still need basic education. tak semua berbakat atau lawa mcm emma maembong.

    0

    0
  6. mawar says:

    apa guna sijil SPM kalo x berakhlak…..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    no problem… last last ada duda kaya kahwin nanti ok la hidup… then, bila anak tanya, “mak, dapat apa SPM”? then awak jawablah, “err.. saya tak amik SPM”…” sebab… errr… sebab… ada byk lagi cara nak maju ke dapan”..

    Kids will be like “what???”

    dan… kalau boleh tak goyang kaki takpe.. cuba goyangkan otak sikit dan finish up where you left.. ni tak.. gedik ngan laki ni, ngan laki tu.. last last SPM pun tarak… adeiii…

    0

    0
  8. innaz says:

    adik laki saya pun belajar smpai tgktan 2…sbb tak tahu membaca n menulis…nk pg sek malu…tapi kami sekeluarga antr dia ambil macam2 kursus untuk backup dia bila dewasa..alhamdulilah….skrg boleh buka bengkel welding….

    0

    0
  9. YA SAYA says:

    TO EMMA MAEMBONG,,AMBIK BLK SPM.U MASIH MUDA LG N BERDUIT..SB U CKP FAMILY U SSH DULU,ILMU KENA CARI SMPAI KE NEGERI CINA.U BUKTIKAN KAT ORG LUAR SN YG U BJAYA DLM SPM EVEN LEWAT AMIK SPM.THEN CON.SMPAI DEGREE PLK.

    0

    0
  10. alwaysremindourself says:

    “Katakan (wahai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)

    “Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberikan ilmu ke beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)

    Apa-apa yang kita belajar is ILMU. Everything! Takde orang yang tau buat sesuatu perkara tanpa dia belajar dulu. Ilmu (pelajaran) itu, bukan bermaksud kita ni kena ambil sijil ke apa. Tak. The sijil itself is just a certification for our knowledge. Untuk buktikan, we do have knowledge. Kalau macam SPM tu, bukti kita ni ada belajar ikut KBSM. Diploma or Ijazah tu, bukti kita dah pun mendalami a field of knowledge di universiti. Dan PhD tu, bukti kita memang pakar on a topic yang kita buat research untuk dapatkan title Dr. tu. Itu point yang patut Emma ni strengthen sebelum keluarkan kenyataan macam ni. ILMU dengan SIJIL tu, beza but do related. Cuma, kenapa kita perlukan sijil tu, it’s an acknowledgement to the knowledge you’ve learnt. Got your facts right dulu. Jangan sesuka hati keluarkan kenyataan yang melambangkan IQ kita yang, sorry to say, tak berapa nak tinggi.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Setuju 100%. Tapi ada pulak nti org yg kurang ilmu tak faham komen u ni. Tahap pemikiran seseorg bergtg kpd tahap ilmu yg ada dlm diri. Reminder: Ilmu & sijil dua benda berbeza.

      0

      0
  11. Anonymous says:

    alahai, dia naik pun sebab ZIZAN!!!!!!

    0

    0
  12. jemah says:

    mak ckp xblaja tinggi xpe. kena pandai cari duit.
    tp mak kata kalau xde spm tu da kira bodoh.
    tu je nk bgtau
    emma bodoh

    0

    0
  13. Nina says:

    dia bertuah sbb famili dia ada contact. lepas tu plak berkouple sama si mamat zizang tu. zizang dah famous, cepat la orang kenal.

    0

    0
  14. Ruz says:

    A bit shallow honestly, dor her to give this statement. Bukan semua orang cantik macam kau emma, ataupun ada ibu/bapa yang berpengaruh. For some of us, pelajaran tu penyelamat. Jalan keluar untuk kehidupan yang lebih baik. Kau punya kenyataan tu seolah nak beritahu budak sekolah “oh tak payah masuk sekolah pun tak apa. Pelajaran tak penting mana”. Bukan semua org ada muka mcam kau. TAk habis sekolah pun org ambil berlakon

    0

    0
  15. Abcdefg says:

    Untung Emma..xder SPM pun bnyk duit
    Yg belajar smpi degree pun gaji setakat rm2k sebulan
    Tp..pelajaran tu penting
    Membantu kita berfikir secara bijak dlm kehidupan.
    Tgk balik …mcmana awak handle kisah cinta on off on off dgn zizan?

    0

    0
  16. Anonymous says:

    statement yg kurang cerdik.
    nabi pun suruh kita belajar tuntut ilmu.
    x rugi pun.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Kalau aku…aku malu x blajar tinggi..nnt mak aku yg tanggung malu sbb kwn2 dia suka banding beza anak2..
    So now aku ada degree dan kerja as a pegawai..aku kawen pon dgn pegawai..so keluarga mertua xleh perlekeh aku..

    0

    0
  18. Senyum Kambing says:

    kalau belajar tinggi, at least kita akan bekerja hingga umur 55-60 tahun.
    kalau belajar kurang, jadi aktres, umur 30-40 pun belum tentu kekal famous.

    0

    0
  19. Emma ikan kembung says:

    Habisla lps ni budak2 x nk sekolah dah.ikut jejak si ema ni. Mmg la ilmu peljaran tu bukn penentu kejayaan duniawi.tp jika x berilmu..senang ja nk kena tipu.contoh dr segi penguasaan bha inggeris.klo tk sekloh pndi ka nk baca surat perjanjian yg tulis dlm bhsa inggeris.lps kena tipu semua salahkan org lain.as public figure kenala jd role model tuk peminat2.nasib baik ko ni muka boleh jual.klo muka pecah tanah…tk da pljran.org lg x nk amik kerja. Lu pikirlah sendiri.kamal adli mungkin blh ajarkn gf dia ni

    0

    0
    • Anonymous says:

      Rsnya ko ni yg tkde pjrn. statemnt simple pn tktau. di dunia ni bkn ada org mcm kau je, rmi lg org susah nk mkn, apetah lg nk byr yuran menengah, nk mkn pn susah. sttmnt nie ditujukn kpd org2 tu.

      0

      0
  20. ClassyB says:

    Pleaselah. Basic pelajaran tu mesti ada. Success kata dia sekarang? Kalau dia successful dan berjaya, dia tidak akan popular kerana skandal-skandalnya. Jika seseorang itu ada sedikit sebanyak pelajaran, dia tahu akan tatah tertib bergaul, moral education. Ini tidak, terkenal sebab lelaki-lelaki yang dia date. kita boleh tengok impression apa si Emma ni ada pada remaja2 diluar. Remaja2 bimbo yang macam Mawar Rashid tu yang memuja dia…lol….so please, wajah cantik, usaha tak mencukupi kalau dalam otak tu takde sumber yang basic pun.
    Sepatutnya masyarakat tak patut memuja-muja orang macam Emma ni. Waste of time.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ?????? rmi kuarga ko pmls bljr ke yg ko rsu sgt nie? ko ingat kuarga ko yg pmls bljr tu je ke yg wujud kt dunia nie? yg kuarga susah2 semua duk planet marikh ke ape.

      0

      0
  21. jenny says:

    “It is better to keep your mouth shut and appear stupid than to open it and remove all doubt.”
    Suka hati kau lah & keturunan kau lah. I just look on with extreme pity at your legacy.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Sepatutnya Emma tak heboh2 kan lagi isu tak de pelajaran ni. Diam2 sudah la. Lagi Emma pertahankan , lagi lah orang akan cakap macam2. Biarla orang nak kata Emma bodoh , yang penting Emma smart dalam mencari rezeki.

    0

    0
  23. minah jambu says:

    eleh ..banyak yg berpelajaran pon merempat tkde kejaa..usaha sendiri keja kalau pandai simpan duit pon leh kaya jugak..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Nanti dah tak berapa laku dah sendu nanti nak cari koje pun susah tanpa pelajaran. Koje klinik swasra aje lah pembantu doktor. Tengah laku ni pandai-pandai lah berjimat cermat.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Pelajaran tu amat penting dalam menentukan cara kita berfikir & memberi kenyataan. Rasanya artis2 ni kena ubah cara2 diorg…bila kita berpelajaran, mulia akhlak etc, mesti secara automatik muka kita nampak cantik sbb personaliti cantik.

    0

    0
  26. alahaiiii says:

    lahaiii emma. ko lawa putih gebu flawless jadi pelakon boleh la cite takde spm boleh berjaya. kalau yg gemok hitam comot ade org nak amek berlakon ke? blaja tu yg penting. da femes da berlakon review ig pun riban. mmg la kayoooo.

    0

    0
  27. kuih raya says:

    Zaman sekarang ni, ada dip/degree pon payah nak cr Kerja. Tu pon masih kne pijak. Kalau x de spm pon boleh bjaya? Hanya sesetengah yg btuah je. Yg cantik, ada link dgn dunia hiburan jd retis, boleh laa.
    Yg selebihnya?? Nowadays pon retis bkn msk dunia hiburan Kosong camtu je ramai yg high education.. Sbb nnt bila dh makan tahun, ditelan zaman rupa yg cantik tu mereput, nak cr makan cane? Sbb tu retis buat side income mse tgh melonjak naik jual itu ini. Fans pakat kerumun beli. Yang x de pelajaran Yang x jd retis ni?? Tp rezeki kita x tau kan.

    0

    0
  28. Sarah says:

    Berenti skolah tahap Ting 2 okay kalau…(1) Mempunyai wajah pan-pacific dan kulit putih gebu sebab mesti cepat laku dalam apa bidang pun (2) Pandai buat perangai gedik dan ambil hati artis jantan buat boipren (3) Gunakan wajah cantik untuk mengaut lelaki kaya untuk masa depan yang terang benderang. (4) Buat kontroversi sana sini supaya sentiasa berada di media sosial. Kalau muka Minah Melayu yang biasa biasa je..susah le nak hidup senang kalau tak ada pelajaran tahap SPM.

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Kata tak blh ambik spm sbb masalah kluarga
    Tpi skrang emma dh maju ade duit kluarga
    bahagia so try la smbung bljar

    0

    0