Written by AbangNara | November 14th, 2014

Marina Juki yang merupakan bekas pengurus kepada Zizan Razak telah pun memfailkan saman lebih daripada RM500,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu. Saman itu dikemukakan kerana Zizan telah menandatangai kontrak dengan syarikat lain sedangkan kontraknya dengan Wire Fame Entertainment hanya akan tamat pada 5 Mei 2015. Untuk makluman, Zizan dan Marina merupakan rakan kongsi untuk syarikat Wire Fame Entertainment.

zizan razak

Kemelut antara Zizan dan Marina telah pun berpanjangan sejak bulan Mei lalu. Antara kontroversi yang timbul ialah pembekuan wang syarikat oleh Zizan yang mendakwa Marina menyeleweng duit syarikat. Pada bulan Mei 2014, Zizan telah pun menandatangani kontrak bersama Astro yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Berkata kepada Harian Metro, Marina Juki memaklumkan jumlah saman yang dikemukakan ialah berdasarkan kerugian syarikat sejak Zizan berpindah ke syarikat baru.

Jumlah tuntutan itu berdasarkan kerugian pihak kami tanggung sejak Zizan melanggar kontraknya dan pergi ke pengurusan baru.

Sejak saya buat pengumuman untuk teruskan tindakan undang-undang sekitar Jun lalu, memang pihak syarikat sudah mula mengumpulkan bukti sokongan.

Akhirnya bulan lalu kita berjaya kumpulkan semua bukti kukuh dan saya menerusi peguam Tetuan Sarjit Handhu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu terhadap Zizan.

Untuk selebihnya, saya minta maaf tak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan kes mahkamah.

zizan razakTuntutan saman oleh Marina ini termasuk ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat lain serta faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan. Marina juga turut meminta injuksi menghalang Zizan meneruskan kontrak dengan syarikat lain kerana masih ada kontrak dengan Wire Fame. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes ini. Kalau ada peguam antara pembaca BeautifulNara, sila kongsikan pendapat anda.

P.S: Wanita dijangkiti HIV kerana membuat manicure

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to Marina Juki Failkan Saman Lebih RM500,000 Terhadap Zizan Razak

  1. koko says:

    perghhhh.. 500 000 siot. blh beli banglo complete dgn perabot.

    0

    0
    • Anonymous says:

      banglo area mana bleh dapat 500k ni?

      0

      0
      • Anonymous says:

        banglo kat ulu tembeling boleh…

        0

        0
        • Anonymous says:

          ni kalau melati baca, habis la kau kena hina miskin papa kedana.. bukan mcm melati, podan gay yg kaya… hurmm

          0

          0
        • melati says:

          setengah juta? wow banyaknya. sebanyak pengikut2 i kat sini…
          peace upon you…xo

          0

          0
        • baby AA says:

          hey encik zizan, “tarik diri” mcm berniaga cendol kt tepi jalan ke?
          mana boleh senang2 nak lari camtu je.
          lain kali kaji kontrak tu dulu bro. kan dah kena…

          0

          0
        • Yahudi says:

          500K MYR , kalau beli rumah kt Penang nie apartment2 bodo jer , kalau condo pon yg kecik , ermm .. pastu kalau beli Range Rover Supercharged ,tak pon Autobiography , mahal plak , sbb Malaysia kan?? negara tax pencekik darah ,hari tu tgk kt California , dlm 50k USD , pastu kalau duet malaysia darab 3.3 so jd around 150k++ , so kalau masuk Malaysia kena tax plak lagi , tax itu , tax ini , so mcm 500k tak da apa sgt , i nak 50 juta MYR !!! baru bleh shopping puas2 ,

          0

          0
      • Peah Ronggeng aka PR says:

        Area ipoh kot…

        0

        0
    • zuanzuan says:

      nasihat kepada semua, jika anda ingin membatalkan sesuatu kontrak, anda perlu menghantar satu notis terlebih dahulu kepada pihak berkenaan dan menjelaskan mengapa dan bagaimana kontrak tersebut harus/akan dibatalkan, tidak boleh/digalakkan bila rasa tidak puas hati, anda terus tinggalkan kontrak tersebut dan menganggap ianya/akan dibatalkan begitu sahaja. Kes ini sama macam kes rebecca nur islam & erma fatimah, even tahu tindakan tersebut akan membatalkan kontrak, tp satu notis bertulis menyatakan kontrak dibatalkan harus dihantar.

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko ni hidup zaman bila banglo rm500k???

      0

      0
      • wki-wki says:

        ada. rumah banglo kat pekan2 kecik tak sampai 500k pun… kalau kat bandar2 besar jangan mimpi lah nak dapat harga yg bawah 500k..

        0

        0
    • MARINA PUKI says:

      JENUH LA KO NAK MEMBAYARNYA ZIZAN

      0

      0
  2. Jenab says:

    Saat kejatuhan zizang , adakah emang maembong akan tetap bersama zizang ? kita nantikan .. zasss~~~

    0

    0
  3. poyos la says:

    tula dulu mase zmn sekolah xmo bljr pandai2 sibuk nk jdi retis..emma & zizang mmg ditakdirkn bsama..sorg x abes sekolah sorg bljr main2..len kli bace & pahamkn sblm sign kontrak..byk tu setengah juta..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Banglo kat mana 500k?? Sekarang banglo 1 juta tu pon kosong.

    0

    0
  5. zizan jd tamak job sbb nk khwin tu… hehehe…

    0

    0
  6. ate komerrrrr says:

    ate…ini le roper komer yer… :p

    0

    0
  7. phoebe says:

    hmm acik rasa kan marina ni ada hati dgn zizang tp zizang pilih emma maembong…boleh je ajak bincang tak yah saman2…Nara, kalau ada lawyer kat sini pung, kena tengok kontrak dulu…mana boleh advise suka2 je…

    0

    0
  8. Manja says:

    Phoebe, aku rasa si Marina tu dah kawen.. xde makna dia ade hati ngn si zizang ni..tunggu jer lah.

    0

    0
  9. hj amir says:

    orang tamak selalu rugi…

    tak tahulah nnt sapa yg rugi tu…

    0

    0
  10. jemah pkasam says:

    jijang mung smark ar,tu marina nok ko mung..bkpe mung pilih embong? ekekehhhh

    0

    0
  11. ngeh says:

    zizan kaya apa ade hal rm500k jerk.. hahaha.. gasak kau!

    0

    0
  12. anon says:

    skrg ni saman menyaman dah jadi budaya kita….ltu saman ini saman. Bergaduh sikit pun saman…..manusia semakin angkuh, takleh nak bawak berbincang dah… Si marina ni pun amik kesempatan ke atas populariti zizan, ajak jadi partner…

    0

    0
  13. x-klasmate zizan says:

    500k tu buka harga….pung pang pung pang kurang la tu

    0

    0
  14. sue says:

    Syarikat ditubuhkan bersama (partnership) dengan Marina. Apa-apa keputusan mestilah keputusan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Mungkin sebab zizan dah secara rasmi menarik diri dari syarikat dan tidak menjadi rakan kongsi lagi. Maka Marina saman dia sebagai artis di bawah naungan syarikat. apa-apapun kena tenfok bukti lah. let her prove her case if she really has a solid claim.

    0

    0
  15. Dapat sman jpj says:

    Elehhh..takat 500 rbu,pe de hal?bngla tu byk duit
    ..xhbs walau 7 ktrunan.klu dh femes tu,sdap2
    je nk lnggar kntrak..kn?

    0

    0
  16. keling anak abu says:

    hmm..expected whatt..
    next!

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Kesian Zizan. Sejak couple dengan Emma, macam2 benda berlaku. Populariti semakin menurun. Anugerah pun dah tak dapat lagi. Jozan pun dah tak de. Dengan Marina pun dah bergaduh. Lepas ni apa pulak.

    0

    0
  18. Whatever says:

    Langgar kontrak je pun. benda biasa la. If the latter can provide better business, langgar je kontrak lama. Bayar je pastu. Susah ape.

    Sape2 keje engin kat kilang dah biasa buat bende ni. Lompat2 kontrak x habis. Bayar je.

    0

    0
  19. […] Nara, tak ada sebarang berita mengenai pertemuan mereka dan tup-tup hari ini kita dikejutkan dengan tuntutan saman lebih daripada RM500,000 yang dikemukakan oleh Marina terhadap Zizan. Entah di mana silapnya, masalah yang boleh […]

    0

    0
  20. suri says:

    Banglo kt kelantan 400 k besar gedabak dah.. Sekali ng tanah lg tau my mom beli. 7 bilik.Apa yg xde nya… Die just ckp banglo.. Bukan kt area mane.. Huhu. So mmg ada la kan??

    0

    0