Kontroversi Gelaran Datuk, Rossa Akan Kerja Keras Untuk Layak Menggunakannya

Hiburan

Kontroversi Gelaran Datuk, Rossa Akan Kerja Keras Untuk Layak Menggunakannya

Susulan gelaran “Datuk” yang diterima oleh penyanyi Indonesia, Rossa baru-baru ini, banyak pihak yang mempersoalkan kelayakan dirinya untuk menerima pangkat tersebut. Ada pihak menyatakan tiada sumbangan signifikan yang dilakukan oleh Rossa. Menariknya, Rossa melihat kritikan yang diterima itu sebagai satu cabaran buat dirinya.

datuk rossa

Advertisement

Abang Nara suka dengan pemikiran positif Rossa yang mahu berusaha keras untuk melayakkan dirinya di mata rakyat Malaysia. Kata Rossa kepada MalaysianDigest:-

Kalau soal layak atau tidak layak…, saya diberikan gelaran itu. Bukan saya yang minta. Jadi kita harus percaya pada Tuanku kerana pastinya bukan mudah untuk Tuanku berikan sesuatu apatahlagi saya ini bukan warganegara Malaysia. Jadi saya harus bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Kalau ada yang kata saya tidak layak, mudah-mudahan satu hari nanti saya akan layak di mata mereka. Dan mungkin kata-kata mereka itu menandakan saya harus berusaha lebih lagi, ertinya harus bekerja lebih kuat untuk memberikan yang terbaik pada semua.

datuk rossa

Malah Rossa juga berharap dengan gelaran “Datuk” yang diterima olehnya, hubungan Malaysia dan Indonesia akan bertambah baik di masa hadapan. Tambah Rossa lagi:-

Kontroversi tu pasti ada. Mungkin kerana saya bukan warganegara Malaysia. Tapi saya tak mampu menolak rezeki dari Allah. Saya juga berharap gelaran ni akan mengeratkan lagi persahabatan antara dua negara, Indonesia dan Malaysia. Terima kasih saya pada Tuanku kerana memberi kepercayaan dan penghargaan ini. Mudah-mudahan di masa hadapan, saya boleh menyumbang sesuatu pada kerajaan negeri Pahang.

Saya akui gelaran ini bukan memudahkan tapi ia satu tanggungjawab yang amat berat. Malah teman-teman di Indonesia ada mengingatkan saya, gelaran ini dianggap bukan dari kerajaan Pahang kepada Rossa seorang saja tapi penghargaan dari sebuah kerajaan kepada negara lain. Saya ini hanya sebagai wakil dari Indonesia

Diakui sememangnya Rossa sering hadir ke Malaysia untuk membuat persembahan dan mempunyai banyak peminat di sini. Kemungkinan besar dengan gelaran “Datuk” ini, lebih ramai rakyat Indonesia akan mengetahui tentang Malaysia. Mungkin Rossa boleh mempromosikan Malaysia umumnya dan Pahang khasnya apabila pulang ke Indonesia kelak. Apa pun, tahniah buat Datuk Rossa dan semoga dengan gelaran ini, akan memudahkan lagi perkembangan karier seni anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...