Written by Bella | March 24th, 2015

Sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa Nazim Othman sedang menghidapi penyakit di bahagian otaknya apabila beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI)  di akaun Instagram miliknya. Walaubagaimanapun, Nazim tidak pernah bersuara atau memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara tersebut  dan pelbagai spekulasi mula timbul. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.

Namun, setelah lama berdiam diri Nazim akhirnya telah tampil menjelaskan segalanya menerusi temubual eksklusif  menerusi program Hlive Apa Kata Malaysia? Yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi semalam.

Nazim dalam satu kenyataan berkata, beliau kini sedang dalam proses pemulihan dan menafikan dakwaan bahawa ketumbuhan di otaknya bukanlah kanser.

Saya jalani pembedahan secara senyap-senyap pada 6 Mac lalu. Orang tak tau pun. Alhamdulillah ketumbuhan pada bahagian otak saya bukan kanser. Saya tak ada kanser.

Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan  pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Benda ni sangat sensitif bagi saya sebab ada kemungkinan saya kehilangan deria saya ataupun kemungkinan lain yang lagi besar.

Mula merasa sakit pada awal Januari lalu dan merasa sakit di bahagian kepala yang berlanjutan sehingga sebulan, Nazim akhirnya membuat keputusan untuk melakukan imbasan magnetik (MRI) setelah disarankan oleh bapanya.

Ayah saya yang suruh saya buat imbasan MRI. Hari saya buat MRI yang pertama, saya optimis.

Tetapi doktor kata kepada saya; ‘I’m so sorry. You are unlucky. Melalui imbasan ni kita nampak otak awak ada sesuatu dan kawasan di sekitar ketumbuhan di otak awak sudah membengkak.’ Dan bengkak itu yang membuatkan kepala saya berdenyut-denyut.

Saya mempersoalkan banyak perkara kepada pakar bedah saya. Saya nak tahu apa yang akan jadi kepada saya, terutamanya ia berkaitan otak saya. Saya sangat takut.

Saya buat second MRI saya beberapa hari sebelum pembedahan. First MRI saya pula, dua minggu sebelum itu. Sebelum operation, saya sangat takut. Saya takut dengan kanser tu sebenarnya. Kanser tu adalah cubaan yang sangat tinggi. Jadi saya sangat respect orang yang sangat kuat lalui dugaan kanser.

Buat masa ini Nazim Othman masih lagi berada dalam tempoh pemulihan. Kami yakin beliau akan kekal kuat dan terus bersemangat untuk kembali seperti sebelum ini. Sekurang-kurangnya ketumbuhan tersebut bukanlah kanser. Mari sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

 

 

 

21 responses to Ketumbuhan Di Otak Nazim Othman Bukanlah Kanser

  1. mak lampir says:

    mak doakan nazim sehat2 selalu….
    teruskan perjuangan seni lakon..sayang dengan bakat yang ada.

    0

    0
    • Mariah Carey says:

      mamat ni tersangat la poyo… xnak konon bersuara tp sibuk pula post gmbr tengkorak la… gmbr ubat la… pas tu sj buat peminat tertanya2..bila peminat makin banyk tnya .. ble pula ckp minta diberi ruang..xnak dikacau…heii da kau post2 gmbr2 mcm tu mg la peminat ko tanya.. dah namanya peminat…jalani pembedahan senyap2 la konon.. padahal sibuk je canang kat insta minta didoakan selamat.. cehhh…. ATTENTION SEEKER…. !! Anyway… i doakan u cepat sembuh..dijauhi dr penyakit….next time jgn la act like a drama queen ye.. kbai

      0

      0
  2. Anonymous says:

    sensitive baca bila ada org kena ketumbuhan ni..xkira sapa2lah..artis or org biasa..perit rsnya menjalani dugaan ni..my son 4 year old dulu disahkan ada ketumbuhan iaitu non-hoghkin lymphoma kanser stage 4..baru masuk 5 bulan treatment kimonya habis..now dah aktif..harapan dan doa agar dia sembuh sepenuhnya….amin

    0

    0
    • Anonymous says:

      Saya doakan anak akak akan sihat walafiat smp bila bila inshaAllah.

      0

      0
    • Miss A says:

      Hi,

      Boleh tak share about ur son condition?

      My bro also diagnosed with Hodgkin’s Lymphoma cancer stage 3 and he currently undergoing for chemotherapy in hospital.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Alhamdulillah…he is getting better…5 cycle kimo n 4 maintenance…sy doakan your bro insyaallah akan pulih juga…trskan beri semangat utk dia trs kuat melawan sakitnya…amin

        0

        0
    • someone says:

      alhamdulillah he is getting better…i been there…but for a little boy to go thru 5 cycle kimo, he is very brave. semoga terus sihat n membesar menjadi insan yg cermerlang.

      0

      0
    • anis says:

      saya doakan semoga anak akak sihat dan sembuh sepenuhnya

      0

      0
  3. zuanzuan says:

    saya doakan NO cepat sembuh dan kembali berlakon. Amin

    0

    0
  4. melati says:

    Kanser Otak ni org2 Anonymous jer…

    0

    0
  5. adaakukesah says:

    Whatever lah nok nok!

    0

    0
  6. melati says:

    ok..pasni kurang2kan lah post pic kat IG yg boleh buat org berspekulasi…kalo x nak org berspekulasi…kasi explain so org x tertanya2…ok speed recovery

    0

    0
  7. capri says:

    moga cepat sembuh nazim. kuatkan semangat ya.

    0

    0
  8. mnknl says:

    kau kata nak “space”!! tup tup muncul di HLive???? Artis ngan publisiti murahan !!!

    0

    0
  9. hati suci says:

    minat NO sebab dia berlakon jenis slow je….K-POP style…kita xada kat tempat dia…so kita xtahu apa yg dilaluinya so bila permintaan dia nak “space” tu bila dia betul2 xbersedia nak citer lagi dgn peminat2 dia. mungkin sekarang ni dia dah ok..dan nak kongsi..biarlah..hak dia…kita hormatilah hak org lain barulah org lain akan hormati hak kita…..xmau..xmau…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    sy doakan anak akak akan trs sht dan sembuh sepenuhnya insyaAllah.. anak sy pun 6thn ade brain tumor. Diagnosed ms umr 5 thn and alhamdulillah in early stage 1. tp aftr operation ade skt perubahan pada muka n fizikal dia else than that syukur alhamdulillah xperlu chemo @ radio.. alhamdulillah dlm proses pemulihan slps 4 bln operate.. sy doakan no juga cpt sht n sembuh mcm biasa… ujian ini satu peringatan dari Allah kepada kita sebagai hambaNya.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tq..amin…sy juga doakan agar anak sis sembuh sepenuhnya..redha dengan ujian Allah..hanya yg melalui tahu betapa peritnya bila anak sakit mcm ni kan…my son pun before treatment mukanya bengkak area bwh mata kanan sbb tumor n dua2 kakinya patah sebab tulangnya jd rapuh….sekarang Alhamdulillah dh boleh berjln dah mukanya pun kembali normal…

      0

      0
  11. Frequently eat healthy, balanced and nutritious meals.

    The European Commission on Endocrine Disruption disclosed
    there’s strong evidence its effect like a human disruptor.
    Beat the deadly disease by using natural remedies.

    0

    0