Kesungguhan Nedim Untuk Berkahwin, Buat Pintu Hati Saya Terbuka Semula – Nora Danish

Hiburan

Kesungguhan Nedim Untuk Berkahwin, Buat Pintu Hati Saya Terbuka Semula – Nora Danish

Bila Nora Danish mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini, ramai yang ingin tahu apakah perkara yang membuatkan wanita itu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagi seorang isteri selepas beberapa tahun bergelar janda.

Nora memberitahu, kesungguhan Nedim yang ingin berkahwin dengan beliau telah membuka pintu hatinya untuk menerima kekasihnya itu sebagai suami.

Advertisement

Apabila Nedim sendiri bersungguh-sungguh dan mahu kami bernikah dalam tahun ini, membuatkan saya berfikir kembali, apa lagi yang saya mahu tunggu atau cari?

Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Tidakkah kehidupan manusia itu ada pasang surutnya.

Bertahun menyulam cinta, pernah putus seketika dan sambung semula percintaan beliau bersama Nedim, Nora yakin bahawa mereka berdua sebenarnya cukup serasi bersama. Nedim juga sering bersependapat dengan Nora dalam sesuatu perkara.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinan beliau seperti jumlah hantaran, Nora bagaimanapun menyatakan ia cuma adat semata-mata dan mahu mementingkan perkara yang wajib sahaja.

Daripada berhabis untuk hantaran dan belanja kahwin tinggi, ada baiknya wang itu disimpan dan digunakan apabila kami melayari hidup berumah tangga nanti. Apabila bernikah dan membina hidup bersama, sudah tentu wang banyak yang perlu dibelanjakan dalam jangka masa panjang. Ada baiknya duit yang ada itu kami laburkan.

Tambah pula selepas berkahwin, pastinya saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata lagi. Membesarkan anak-anak zaman sekarang belanjanya agak tinggi. Pada waktu sama, wang yang ada boleh kami gunakan untuk memulakan perniagaan bersama.

Mesti ramai pelik, kahwin anak menteri takkanlah tiada hantaran pula? Apapun keputusan yang dibuat oleh Nora tentu beliau sudah tahu yang terbaik buat dirinya, yang penting adalah akad nikah. Semoga segala persiapan perkahwinan Nora dan Nedim berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...