Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Tidak Tolak Kemungkinan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Pada Tahun Ini

Baru sahaja beberapa hari lepas kami memuat naik artikel dimana bapa Nedim Nazri iaitu Datuk Seri Nazri Aziz merestui anaknya untuk berkahwin dengan Nora Danish.

Semalam, Nora menerusi kenyataan beliau di mStar Online berkata beliau dan Nedim mungkin akan berkahwin pada tahun ini.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Nora enggan terburu-buru dan ingin betul-betul bersedia untuk memikul kembali tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.

Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah. Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua.

Advertisement

Berbicara mengenai komen Datuk Seri Nazri Aziz tentang perhubungan mereka, Nora akui beliau agak terkejut apabila ada pihak bertanya soalan itu kepada menteri berkenaan.

Saya terkejut sebenarnya apabila ada wartawan bertanyakan tentang saya dan Nedim pada beliau. Tiada apa yang saya boleh komen kerana menghormatinya sebagai menteri.

Nora pada masa yang sama memberitahu beliau hanya ingin sebuah majlis perkahwinan yang ringkas. Apa yang penting adalah mereka sah disatukan sebagai suami isteri.

Kata orang jangan bercinta lama-lama dan berkahwin la cepat-cepat jika sudah betul suka dan cintakan antara satu sama lain. Semoga perancangan Nora Danish dan Nedim untuk berkahwin akan tercapai dan berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama