Written by Bella | November 3rd, 2015

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel dimana pelakon Ika Nabella ditumbuk bertubi-tubi dibahagian muka dan badan oleh pengarah drama Dawai Asmara sehingg aktres tersebut tidak mampu untuk membuka mulutnya.

Susulan kes tersebut, Ika Nabella mengesahkan beliau sudah membuat satu laporan polis sekitar jam 12 tengah malam tadi ditemani rakan dan adiknya di Balai Polis Hulu Klang.

Semalam selepas berehat seketika, sekitar jam 12 tengah malam saya ditemani kawan dan adik membuat laporan mengenai insiden itu di Balai Polis Hulu Klang. Saat ini, saya hanya menunggu siasatan lanjut pihak berkuasa. Penggambaran drama itu juga dihentikan

Ika pada masa yang sama mengakui merasa trauma selepas apa yang terjadi kerana sepanjang beliau berlakon perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

Memang saya sedikit trauma dengan kejadian itu. Selama ini sejak berlakon tak pernah saya melalui insiden sebegitu.

Dalam insiden itu, pengarah tersebut merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan dalam watak yang dibawa oleh Ika dalam drama tersebut.

Ini bukan kali pertama pengarah tersebut membelasah artis, sebelum ini beliau pernah bertindak sebegitu terhadap 3 lagi selebriti  yang hanya berdiam diri selepas dipukul.

Berat juga kes macam ini, mungkin pengarah tersebut terlebih emosi dan akhirnya kerana panas hati Ika Nabella pula jadi mangsa. Nantikan perkembangan lanjut kes ini, buat masa ini pengarah tersebut sedang mengelak daripada pihak media yang menginginkan penjelasan lanjut.

Sumber Berita: BH ONLINE

18 responses to Kes Ditumbuk Pengarah: Ika Nabella Sudah Buat Laporan Polis

  1. Anonymous says:

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Dawai Asmara? Drama tentang lagu Rhoma Irama ke?
    Belasah hentak balik pengarah tau. Dia main kasar, balas dia main kasar balik. Belasah cukup cukup kasi keluar sos tomato mulut dia

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Rasanya boleh menang ni kalau saman..
      Kowang kalau ada kes yg kowang yakin bleh menang, bgtau ar..
      Aku ada kawan2 lawyer yg mmg bleh tolong kes mcm ni.
      Kalau kalah tak payah bayar satu sen pun duit…
      Tapi kalau menang duit kemenangan tu 5-15% (depend) on case akan dapat kat lawyer. Selebihnya kowang punya..

      0

      0
  3. Min Mentol says:

    Dah pernah belasah 3 orang artis sebelum ni tapi diam diri saja…elok Ika Nabella ni lapor polis..ada ke pengarah macam tu..baru drama2 sedu sedan..dah tumbuk n pukul artis..mau arah filem gangster rasanya dah mampuis setengah pelakon2 msia ni..sampai dah takdak cara lagi elok nak bincang ke..

    0

    0
  4. mulut celupar says:

    mak ai..ganas pengarah ni, sapa nama erk?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tajuk drama pun ganas….

    0

    0
  6. cawan says:

    pengarah:ismayusoff. tp sape lg 3 artis yg senyap je kene pukul tu?? bengap ke ape xbuat report.

    0

    0
    • ada aku kesah says:

      serious dia ?? wow tak sangka betoi ganaih camtu sekali.
      dia yg direct cite kerana terpaksa aku relakan tu kan ??

      0

      0
    • Kiah Hentam says:

      Tak sangka lah si butang tu camtu..tak silap die dulu bekas penagih =(

      0

      0
  7. Godek says:

    Isma Yusuf kan mmg ada history pnyakit bipolar..lupa mkn ubat la tu smpai nak p belasah pelakon..abis yg 3 org yg penah kena ngan isma yg sewel ni buat apa..?rela jer menadah diri di tumbuk si gila.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Isma Yusoff yg selalu berlakon pondan tu ke? Memang kelas gitu kalau dia berlakon jadi org gila. Ingatkan dia berlakon je dia boleh gila gila gitu, padahal kat luar pun dia boleh jadi real gila sampai pukul pelakon gitu.

    0

    0
  9. kak moon says:

    azma aizal yusoof or isma yusoof. aikk biar benor?? kawan baik kak moon shooting drama dawai asmara ni elok je dia. kena marah tu biasa la nak dapatkan feel tu. tak pulak dia kena belasah ni. fuhhh panas! nak p tanya kawan kak moon la betul ke x belasah membelasah ni.

    0

    0
  10. Bel says:

    Dah prnh bbrpa kali tgk dia brlakon…xkayu pun…menjadi je wtk jahat..x femes sbb jd plkon pmbntu je..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    bodoh punya pengarah. terlepas dr polis sebab ada cable kuat.

    0

    0