Apabila berita mengenai penceraian Erra Fazira diumumkan minggu lalu, banyak lawak jenaka mengenai janda-janda selebriti bertebaran di laman sosial. Abang Nara pun ada menerima sekeping dua gambar menerusi WhatsApp. Memang agak kelakar. Gelak juga apabila membaca dialog-dialog yang dicipta. Antara yang terlibat ialah Nora Danish, Erra Fazira, Nurul Izza, Maya Karin dan ramai lagi.
Namun di dalam gelak tawa kita, mereka yang dikaitkan dengan dialog-dialog lucu ini pasti rasa kurang senang dan terasa hati. Salah seorang daripada mereka, Nora Danish telah melahirkan rasa kecewanya dengan dialog-dialog rekaan tersebut. Menerusi Metro Ahad semalam, Nora Danish berkata:-
Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus melabel seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.
Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil ibu tunggal. Penceraian dans tatus janda adalah sangat sensitif tapi saya tidak faham, kenapa orang jadikan ia bahan lawak?
Sekarang ini istilah janda membawa imej buruk. Ramai membuat persepsi tanpa mengetahui cerita sebenar. Bercerai bukan isu kecil dan bukan perkara normal, tapi sekarang ini ramai pasangan bercerai hanya disebabkan bosan dan masalah rumah tangga.
Dalam perkahwinan, masalah itu asam garam. Cuba cari jalan penyelesaian. Cuma dalam kes isteri menjadi mangsa dera, rasanya memang perpisahan saja cara terbaik. Tidak perlu bertahan hanya kerana malu untuk menjadi janda.
Buktikan pada masyarakat bahawa golongan janda tidak semuanya murah. Kita juga punya harga diri.
Ada betulnya kata Nora Danish itu kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang tiada siapa mahukan perkahwinan mereka runtuh di pertengahan jalan. Apa pun lepas ini kalau ada artis yang bercerai, diharap tiada lagi dialog rekaan sebegini akan berlaku. Mungkin kita boleh mula belajar menghormati perasaan mereka. Tak gitu?
P.S: Wan Kuzain Wan Kamal, anak Malaysia main bola sepak untuk Amerika Syarikat