Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang kita tak boleh nak jaga. Kasihan juga Abang Nara kepada bakal pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Bukan apa, ada sesetengah manusia berpendapat yang Che Ta dan Zain menunjuk-nunjuk dan membazir terutamanya apabila mengambil gambar pra perkahwinan di Eropah dan Bali baru-baru ini.
Bagi Abang Nara, tak salah untuk Zain dan Che Ta berhabis duit demi majlis mereka. Bukannya mereka menggunakan duit orang lain. Simpan duit banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur. Lebih baik digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan. Yang penting, diri sendiri puas hati. Kata Che Ta kepada Harian Metro:-
Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.
Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?
Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.
Yang penting, Che Ta tidak berniat untuk menghebahkan apa yang dilakukan untuk perkahwinannya dengan Zain. Namun oleh kerana dirinya selebriti, pihak media (termasuk Abang Nara) sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi segala persiapan yang dilakukan oleh mereka berdua. Tambah Che Ta lagi:-
Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.
Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan
Kali ini, Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Duit Che Ta, suka hatilah Che Ta nak buat besar mana pun perkahwinannya. Kalau ada duit nak buat photoshoot kat bulan pun tak apa. Asalkan diri sendiri puas hati dan tak menganggu orang lain. Tak gitu? Apa kata anda?
P.S: Hadkan jangka hayat kereta tidak akan bebankan pengguna