Pernah mempunyai kemelut dalaman dengan Tasha Shila kerana rebutkan kekasihnya Hans Wong, penyanyi Kaka Azraff telah dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran foto selfie separuh bogel yang didakwa milik Tasha yang menjadi berita hangat baru-baru ini.
Kaka yang mendengar dakwaan tersebut menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang melampau terhadap dirinya sedangkan beliau sama sekali tidak tahu mengenai isu tersebut.
Mengaitkan diri saya dengan penyebaran foto terbabit sememangnya satu fitnah terlampau. Saya sangat marah pada orang yang menyebarkan gambar itu. Gara gara dirinya, nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu langsung tentang hal ini.
Pada masa yang sama, Kaka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Tasha dan beranggapan tindakan individu yang menyebarkan gambar itu sebagai kejam.
Saya sebenarnya marah sangat pada penyebar gambar itu. Individu itu memang jahat dan kejam. Saya faham akan keadaan yang dialami, malah saya turut bersimpati atas apa yang terjadi.
Sebelum ini, sebuah foto selfie separuh bogel yang menunjukkan buah dada didakwa milik aktres Tasha Shila telah tersebar di Internet sehingga membuatkan peminat beliau di Instagram berbalah. Tasha juga sudah membuat satu laporan polis agar individu disebalik penyebaran foto tersebut ditangkap dengan segera.
Walaupun Kaka Azraff pernah dikatakan bergaduh dengan Tasha Shila, tidak semestinya beliau yang melakukan perkara tidak bermoral tersebut. Mungkin ada ramai lagi mereka diluar sana yang tidak senang dengan hidup aktres itu dan bertindak untuk mencalarkan imej Tasha sebagai seorang selebriti.
Sumber Berita: Malaysian Digest