June 18th, 2015

Dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai spekulasi liar, Tasha Shila  menerusi satu laporan daripada portal Murai akhirnya telah membuat satu laporan polis berhubung isu foto selfie separuh bogel yang didakwa miliknya apabila seorang pengikut beliau di laman Instagram baru-baru ini terserempak dengan aktres tersebut di balai polis.

Menurut individu tersebut,  Tasha, keluarganya serta peguam yang mewakili beliau dilihat sedang membuat laporan polis atas foto tersebut yang sengaja dimanipulasi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej Tasha sebagai seorang artis.

Jika benar Tash Shila sudah membuat laporan polis maka ia satu langkah yang baik. Biarkan pihak polis menyiasat siapakah dalang disebalik penyebaran foto tersebut dan pasti satu hari nanti kebenarannya akan diketahui.

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...