Nampaknya artis Malaysia dari hari ke hari semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kalau tahun lepas hanya Shila Amzah yang tercalon di World Music Awards, kini nama Siti Nurhaliza, Yuna, Hafiz dan Joe Flizzow turut sama tersenarai. Satu peningkatan yang amat memberangsangkan buat industri muzik Malaysia. Tahniah diucapkan buat mereka berlima.
Berikut ialah kategori di mana artis-artis Malaysia tercalon:-
1. World’s Best Song – Joe Flizzow (Havoc), Siti Nurhaliza (Lebih Indah), Yuna (Lelaki & Rescue), Shila Amzah (Masih Aku Cinta), Rossa & Hafiz (Salahkah)
2. World’s Best Video – Joe Flizzow (Havoc), Yuna (Home), Siti Nurhaliza (Lebih Indah), Yuna (Lelaki), Shila Amzah (Masih Aku Cinta), Rossa & Hafiz (Salahkah)
3. World’s Best Female Artist – Yuna, Siti Nurhaliza, Shila Amzah
4. World’s Best Male Artis – Joe Flizzow
5. World’s Best Live Act – Joe Flizzow, Shila Amzah, Siti Nurhaliza, Yuna
6. World’s Best Entertainer – Joe Flizzow, Shila Amzah, Siti Nurhaliza
Keputusan untuk kategori-kategori di atas akan ditentukan menerusi undian secara online di www.worldmusicawards.com. Jadi rakyat Malaysia, jalankan tugas anda untuk mengundi artis-artis kita. Walaupun persaingan hebat, sekurang-kurangnya dapat masuk Top 10 pun dah kira mantap dah. Apa pun, good luck buat semua yang tercalon. All the best!!!