Written by AbangNara | October 27th, 2015

Maka beruntunglah bakal kekasih Amyra Rosli yang masih belum diketahui identitinya. Selepas gagal dalam percintaannya dengan Dazrin Kamaruddin, nampaknya Amyra telah belajar daripada kesilapan. Enggan lagi mengulangi kesilapan yang sama, Amyra memaklumkan akan terus berkahwin sekiranya sudah bertemu dengan lelaki yang disukai. Tak nak bercinta lama-lama. Bagi Abang Nara, ini adalah satu keputusan yang tepat, bijak dan harus dipuji.

amyra rosli

Sekarang ini ramai yang bercinta bertahun-tahun tapi kesudahannya kena tinggal, tak jadi kahwin, kekasih curang dan sebagainya. Semolek-moleknya kalau dah ada yang berkenan, terus je kahwin. Tapi kena ukur baju di badan sendiri dulu. Pastikan semuanya cukup, lebih-lebih lagi si lelaki. Kata Amyra Rosli:-

Apa yang telah berlaku kepada saya sebelum ini beri pengalaman dan menjadikan saya lebih matang dalam memilih teman hidup. Saya melalui kehidupan harian seperti biasa dan jika sudah sampai jodoh awal nanti pastinya tidak dapat elak.

Dahulu saya masih lagi ada sifat keanak-anakan. Sekarang saya mahu orang tahu bahawa saya sibuk dengan jadual kerja dan biarlah cinta itu datang sendiri.

Seperti wanita lain, pastinya ada perasaan ingin berkahwin dan hidup berkeluarga. Saya tidak mahu bercinta lama-lama. Jika dah jumpa lelaki pilihan yang saya suka nanti, terus kahwin sahaja

amyra rosli

Pasti ramai yang tak sabar menanti kelibat jejaka yang bakal berjaya mencuri hati Amyra Rosli. Pasti bukan calang-calang orangnya. Sama-saa kita tunggu. Sumber Mangga Online.

bamboii

P.S: Comel dan cantiknya Bamboo Bottle by Raef nie. Memang sesuai sangat dijadikan doorgift, makanan ringan dan perhiasan. Confirm tetamu yang yang datang majlis anda akan gembira kalau dapat cenderahati daripada Raef’s ini. Nak tahu lebih lanjut? Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Jika Jumpa Lelaki Pilihan, Terus Kahwin Sahaja – Amyra Rosli

  1. melati says:

    bagus lah camtu…jgn memilih sgt…..takut nanti dh tua ckp gan kucing jer sorang2.. kalau boleh elakkan kawin gan Group2 Myvi takder masa depan….;’;

    0

    0
    • MELATI SAKIT OTAK says:

      Ntah apa2 la ko ni Melati! 1000x lbh baik ckp dgn kucing dr dgn ko ni!! Pg main jauh2..

      0

      0
  2. Pekerja Gomen says:

    Maaf Amyra,

    Hati abg untuk lopa…
    Tp kalau satu hari nanti Lopa reject abg…
    Abg akan consider Amyra…

    0

    0
    • Jali says:

      Tak kisah pun nak trus kawin ke apa asalkan jgn buat ksilapan yg sama lagi mcm time ngan dazrin dulu.
      Nak duit dah dpt, nak popular dah popular, nak single dah single, nak fames dah femes.
      Jgn jadi cemburu buta lagi pda masa hadapan, dazrin shisha dgn ramona kat location shooting pun terus tuduh melulu ckp die org ada affair…. What the?
      Bagus awk ngaku dulu prangai kebudak2an, hrp tak cmtu lagi sbb kalau masih tak brubah mana2 hbubgan pun takkan kekal.
      Sian dazrin tu, takde salah ape awk reject camtu je.. Kalau taknak, JGN bagi harapan pada lelaki.
      All the best adik amyra

      0

      0
  3. Abang Ferari motor merah says:

    Myra,abang jatuh cinta dengan awak,jom kawin ngan abang.

    0

    0
  4. ayah anda kulup says:

    laki pilihan..
    tua x pe..yg penting berharta..
    – walaupun muka seadanya tetap org tetap kata bagai pinang dibelah dua smbil tsenyum sinis ;)
    sila tambah lg point utk sedapkan lg ini cerita

    0

    0
  5. Anonymous says:

    So Amar tu cuma menyibuk lah… hehehe

    0

    0
  6. iyeeeee.. says:

    Bagus ko ikat terus klu mmg bkenan ngn si amar tu..kang kena tinggai mcm izreen..nangis x blagu plak..amar tu bahaya sikit..kang jmpa heroin dahi licin dr ko punya..siap ahhh..

    0

    0
    • zana says:

      setakat amar tu amyra x kesah la..ape hebat sngt ker si amar tu..amyra bole dpt lg baik la..amar leave amyra alone =p

      0

      0
  7. sara says:

    cantik nyee die ni….jgn la make up over sgt nampak cam kak pok….kalo natural make up cantik

    0

    0
  8. RR says:

    better lagi dazrin ..

    0

    0
  9. Fizi Bin Hakim says:

    Bila amyra jumpa abg, pasti hati myra terdetik n meronta ronta mengatakan abglah lelaki pilihan myra selama ini. tapi hati abg hanya utk neelofa , tapi jika myra sanggup bermadu , abg tak kisah untuk membuka slot hati ke dua buat myra

    0

    0
    • Enter Your Name says:

      ko ni same ngn “pekerja gomen tu”
      suke ngn lopa..
      ramai laki memang suke nilopa ek.
      im not sure ape yg buat lelaki tertarikk.

      0

      0
  10. anon says:

    Kat mana ade amyra, kat situlah ade amar. Harap2 jgnlah dgn mamat ni….eee….tak suka betol. Dazrin lagi ok. Amyra ni mmg cantek semulajadi…..

    0

    0
  11. dina says:

    Cantik betul amyra nih!! Dh jumper memamg cantik semulajadi. Mcm artis indonesia tu nia ramadhani pun ada. Mcm britney spears pun ada. Tak perlu cucuk2 muka kann mcm kebanyakan artis tue…

    0

    0
  12. hhDD says:

    Abis tu, yg amar tu sape pulak? Bg harapan o what? Dok kehulur kehilir pas tu gmbr pun acah2 sweet..sweet sgt ke? Tak penah pun tgok crite korang sbb tak best..k bye!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    amar hidung kembang…kah kah….besar sgt lubang hidung tu..

    0

    0