Kalau sebelum ini bekas ibu mertua kepada Jimmy Shanley mengibaratkan pengacara itu seperti bapa kura-kura kerana tidak pernah memberi nafkah anak, Nursuhaila Eliani Suhaimy menyifatkan banyak hikmah yang dipelajarinya bermula dengan kes penceraian hingga pengalaman dipenjarakan minggu lalu.
Nursuhaila yang merupakan Ketua Pegawai eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari mulai Khamis lepas di Penjara Kajang. Nursuhaila memberitahu Malaysia Gazzette:
Sebagai seorang ayah yang kononnya inginkan hak anak, dia sepatutnya tanpa gagal memberikan nafkah anak walaupun tidak dituntut.
Kedudukan saya yang dianggap mampu dari segi wang ringgit tidak sepatutnya di ambil kesempatan.
Saya dengan rela hati, bekerja, berkorban masa dan tenaga untuk masa depan anak saya ini tanpa bantuan bekas suami sepanjang penceraian kami.
Nursuhaila memberitahu hukuman yang dijatuhkan kerana ingkar hak lawatan bermalam JImmy itu ialah bukti kepada anaknya betapa dia mempertahankannya kasih sayang yang tidak ternilai harga sebagai seorang ibu.
Saya buat semuanya demi melindungi anak dari seorang ayah yang tak berperikemanusiaan yang tergamak memenjarakan bekas isteri yang pernah melahirkan zuriatnya.
Saya juga adalah bekas isteri yang membesarkan anaknya dan yang memberi kasih sayang dan nafkah pada anaknya.
Anak saya adalah anugerah Allah yang akan saya pikul tanggungjawab membesarkanya dengan penuh keikhlasan.
Saya berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada saya terhadap dugaan berhadapan bekas suami yang mempunyai hati yang berdendam.
Wanita berusia 30 tahun itu berharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tanda tanya pihak-pihak tertentu berkenaan hukuman ke atas dirinya yang ingkar hingga dipenjarakan.
Semoga apa yang baik terhadap pengalaman ini, saya jadikan semangat meneruskan hidup dan yang buruk diperbetulkan untuk hari-hari seterusnya.
Setakat ini Jimmy masih juga belum memberi kenyataan balas mengenai perkara ini atau menafikan dia tidak pernah memberi nafkah anak seperti dakwaan bekas ibu mertua dan isterinya.
Dan sebenarnya memang tidak ada alasan bagi seorang bapa untuk tidak memberi nafkah kepada anaknya. Diharap Jimmy akan tampil selepas ini untuk memberi penjelasan di pihaknya pula. Tidak adil dengar hanya sebelah pihak, bukan?
Petikan gambusmemecah keheningan sukmadentingnya menyusuk segenap juzuk jasadkeheningan angin Hadramautmembawa layar…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 4 April 2016