Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jimmy Shanley Tidak Pernah Beri Satu Sen Pun Nafkah Anak – Bekas Ibu Mertua

Datin Monirah Kassim, ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi tidak dapat berhenti meluahkan rasa kekecewaanya apabila anak perempuan tunggalnya itu dihukum penjara tiga hari kerana menghalang hak lawatan bermalam Jimmy terhadap anak mereka, Zahra Rania, 3.

Monirah memberitahu Malaysia Gazzette:

Advertisement

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jimmy kerana berperangai seperti ‘bapa kura-kura’dengan membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri.

Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab kerana jika dia bertanggungjawab dia akan memberi nafkah anaknya, namun selama ini satu sen pun dia tak pernah beri.


 photo xQQyHHc.png

Makamah Syariah Shah Alam memerintahkan hukuman tiga hari penjara kepada Suhaila walaupun setelah mendengar rayuan wanita itu. Ia adalah hukuman yang diringankan dari hukuman asal.

Jimmy telah pun ambil anaknya dan tidur semalam bersama anak itu, malah dia ada muat naik gambar bermalam dengan anaknya ke media sosial.

Monirah menambah yang tindakan Jimmy hanyalah kerana mahu membalas dendam pada Suhaila tanpa memikirkan kebajikan anak perempuannya. Katanya, Jimmy tidak pernah melawat anak atau cuba untuk merapatkan hubungan dengan anak itu termasuk menghubunginya dan menyambut ulang tahun kelahirannya.

Advertisement

Monirah berdoa Suhaila akan kuat untuk menghadapi ujian kerana Suhaila sanggup dipenjarakan demi anaknya.

Sekiranya benar, tidak ada alasan untuk tidak memberi nafkah kepada anak kerana ia adalah kewajipan seorang bapa. Setakat ini Jimmy masih belum memberi reaksi kepada dakwaan bekas ibu mertuanya. Kita tunggu saja perkembangan yang lanjut.

Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal adalah resepi yang dimudahkan bagi pengemar Kuah Kacang Dan Pecal..Satu- satunya…

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 1 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama