Written by AbangNara | July 3rd, 2014

Bak kata pepatah, jaga lembu sekadang lebih mudah daripada jaga anak perempuan seorang. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya tidak habis-habis dilanda kontroversi. Sebagai seorang ayah, pastinya perasaan Amy Search bercampur baur apabila anaknya, Nabila Huda tak habis-habis dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak. Diajak masuk Kristian oleh pengikut Instagramnya, muatnaik gambar mesra bersama kekasih hati dan macam-macam lagilah sehingga memaksa Amy mengeluarkan kata-kata kesat di Instagram anaknya itu.

amy search

Mengakui memang komen di Instagram itu ditulis olehnya, Amy Search meluahkan isi hati mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah menimpa anaknya itu. Kata Amy Search:-

Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain. Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu.

Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia.

Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti

nabila huda amy search

Sementara itu isteri Amy Search, Nourish juga turut melahirkan rasa sedih terhadap suaminya yang terpaksa berdepan isu sebegini di usia yang sudah tua. Kata Nourish:-

Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama.

Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial

amy search

Kesian kan Amy Search? Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin di bibir kata tak kisah, tetapi dalam hati tetap sayang dan mengambil berat. Sedih jugak kalau anak sendiri buat tak tahu dan terus menerus mencipta kontroversi. Tak apalah. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga hati Nabila Huda terbuka untuk berjumpa dengan Amy Search dan memohon maaf sebelum terlewat. Sama-samalah kita doakan. Info asal MalaysianDigest.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda

    • Pelik says:

      wartawan2 yg tanya soalan tu pun bodoh juga…kenapa tanya bapa? tanya lah si anak. anak tu bukan umur 12 tahun. dah jd mak budak pun. anak yg pakai seksi, bukannya si bapa.

      0

      0
      • Baby AA says:

        Kesian Papa Amy…ayah mana yg tak hilang pertimbangan kalu si anak pakai fesyen bundle dan terhegeh-hegeh mcm beruk ke hulu ke hilir….

        0

        0
        • Jemah Jemahan says:

          x bagus le si amy hentam anak dlm media social…itu bukan ajaran islam. jangan sesekali membuka aib tak kiralah seper nok. air dicincang takkan putus la bruh.

          0

          0
        • Kamal says:

          Bapa dia masa usia Nabila sekarang, lebih teruk dari beruk agaknya. Anak adalah hasil dari didikan bapa. Dan masa didikan amy terhadap nabila dah berlalu. Sekarang yg kita nampak adalah HASIL didikan bapanya.

          1

          0
        • Tipah Kurma says:

          Jah.. Benda yg lepas.. tak guna nak ungkit2..
          Amy bukannya ada mesin masa nak patah balik ke masa lampau..
          Salahkan ‘mak-bapak’ ni alasan cliché laaahh.. What.. she’s 15?
          Dah tua bangka dah pon, dah menjanda dah pon.. still salahkan parents sebab tak beri pendidikan agama yg cukup? Dia kan takde akal ke nak berfikir??
          Experience yg lepas2 tuh taknak pulak dijadikan pengajaran.. hurmmm

          0

          0
      • ahaks! says:

        wartawan2 tu xde kerja sebab boss dah bising kat dlm meeting takde “headline” nk lariskan newpaper diaorang. so terjah je la tanya si ayah ada jugak bahan nk kongsi….

        0

        0
      • nini says:

        Wartawan zaman sekarang…. mcm x faham. Isu dalam kelambu pun di disebarkan. Huhuhu

        0

        0
    • Bedah Bubur Masjid says:

      Di bulan yg mulia ni, elok kiranya anak berjumpak dgn bapak, mintak maaf..
      Boipren kita boleh cari tapi Bapak ni kita ada satu saja..

      0

      0
  1. elisa says:

    first!! moga moga abil boleh berubah….:)

    0

    0
  2. skudiver88 says:

    anak ibarat kain putih.kita ( ibu bapa) yang mencorakkanye. fikir2kan .selamat berpuasa,selamat berterawih dan selamat beramal. pisyo!!

    0

    0
    • Tipah Kurma says:

      Jah.. Benda yg lepas.. tak guna nak ungkit2..
      Amy bukannya ada mesin masa nak patah balik ke masa lampau..
      Salahkan ‘mak-bapak’ ni alasan cliché laaahh..
      What.. she’s 15?
      Dah tua bangka dah pon, dah menjanda dah pon.. still salahkan parents sebab tak beri pendidikan agama yg cukup?
      Experience yg lepas2 tuh taknak pulak dijadikan pengajaran.. hurmmm

      0

      0
    • Anonymous says:

      Skudiver88
      IMAN tak dapat diwarisi. Fikir2 kan lah juga yea..

      0

      0
    • maria says:

      nasihat buat awak skudiver88..saya takde rasa nak mengaibkan mahupun riak..namun saya tiada cara lain utk beri nasihat, hanya dengan menjawab tulisan kamu disini..
      kalau pun si anak di didik dengan cara yg kurang baik akibat kekhilafan si bapa masa muda, namun si anak punya akal yg sihat untuk berfikir mana baik dan buruk..kesilapan si bapa, itu antara dia dengan anak dan Allah..namun si bapa sudah bertaubat, semoga Allah mengampuni segala dosanya..dan si anak juga telah dewasa, telah akil baligh utk memikirkan ttg keadaan si bapa sekarang yg lebih mendekatkan diri dengan agama penciptaNya..jadi, perlukah kita salahkan si bapa? sedangkan si anak ini berstatus berkahwin/janda? si bapa juga bertindak menasihati dia..di rumah berbakul2 nasihat, kita tak nampak..ini mungkin sebab si anak dan bapa tak berjumpa tempoh lama, jadi cara mana untuk menegur anak jika si anak langsung tidak berhubung? Allah kurniakan kita akal, gunakanlah..jgn sekali2 salahkan org lain atas kesilapan kita sendiri..tudung jari pada diri sendiri sebelum tuding pada org..terdapat juga kes dimana si bapa seorang mufti, namun bapanya diuji Allah mempunyai anak yg sangat degil dan terpesong jauh dari Islam..jadi apakah yg kamu nak cakap kalau kes yg sebegini? Fikir lah dengan akal dan iman, bukan nafsu..

      0

      0
  3. skudiver88 says:

    anak ibarat kain putih.kita (ibu bapa ) yang mencorakkanya. fikir2kan. selamat berpuasa, berterawih dan selamat beramal.=)

    0

    0
  4. samsul says:

    BERTAUBAT LA NABILA HUDA sebelum terlambat..
    BERSIHKAN HATI DENGAN ZIKIRULLAH..

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    abil jgn jadi anak derhaka mcm ada sorang arits tu….pergi berjumpa minta maaf,berbincang,inn syaa allah masalah akan dpt diatasi,yg penting niat dihati haruslah berubah…

    0

    0
  6. sotong hitam says:

    cukup2lah menghentam Nabila, sebaik2nya kite sama2 berdoa agar muslimah ini akan berubah…memang tak di nafikan sesuatu perkara akan menjadi buruk dek hasil kerja wartawan, yg sering menjadi pencetus sesuatu kejadian. dan sebagai pembaca, setelah kite baca dan kite berdoa supaya kebaikkan akan berlaku, bukan menaik kan api kemarahan dari mane2 pihak….sebagai bapak, Amy tak perlu melatah dan ikut mengutuk anak sendiri…cukuplah orang mengutuk Nabila, kerana seburuk2 Nabila, dia adelah anak Amy sendiri…jangan jemu dan usaha terus supaya dapat membawa Nabila kejalan yg benar….

    0

    0
  7. Anak bijak says:

    Aku marah betul kalo orang cakap mak bapak xajar anak2
    Otak zaman bile tu teruk sgt berkaratnye

    Mak bapak dh bg skolah bertaun2, cikgu dh ajar, org sekeliling pon dh berpesan2..
    Pelajaran jadi ape.. najis je?
    Nak jadi pandai nak jadi jahat sume diri sendiri…

    Sikit2 salah mak bapak
    Kalo dh ngandung b4 kawen tu mak bapak ajar ke
    Bapak anta p skolah, bleh plak curi kuar salah sape tu bapak jugak, ke cikgu, ke pengawal kslmtn kt skolah?

    Pk sebelum kata salah mak bapak ye… skudiver88. Ko back up sgt si abil ni jgn perangai ko pon same

    0

    0
  8. sentap says:

    anak punyer hal, name bapak terpalit. kesian Amy. da tuwe da. da xlarat nk menghadapi kontroversi ank. nabila, suda2 la tu. tak kesian lgsung ke kt bapak awak tu. kot dye penah buat slh kt awk, tu dulu. sayangi, hormati ibu bapa anda.

    wartawan pon same. bape rumah tangge org bkecai sbb cmpur tgn anda. bape hubungan hncur sbb tulisan anda. brape pulak aty musnah sbb gossip yg anda besar2kan. artis pon manusia. wartawan pon manusia. berpada2 laa

    0

    0
  9. JUST SAYING says:

    Bila anak tak menjadi, semua salahkan mak bapak. mak bapak tu la, ni la. Adik beradik aku yang lelaki semua hampeh tak menjadi. Orang salahkan didikan mak bapak aku. Tapi kteorg adik beradik perempuan Alhamdulillah semua jadi orang. Bila orang salahkan mak bapak aku, aku rase terhiris.

    Sebab bila kita dah besar, kita sendiri boleh pikir dan menilai bende baik atau buruk. Sebelum buat ape2 pk la dulu. Allah bagi kita pilihan…diri sendiri tentukan

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Bayi dilahirkan ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya. Tapi buat diri Nabila perceraian ibubapa sejak kecil, membuatkan dia hilang arah. Hilang kasih sayang. Siapa sebenarnya yang mencorakkan hidup dia? Ingat la iman tu memang tak dapat diwarisi. Jika Amy seorang imam sekalipun belum tentu Nabila akan menjadi seorang tahfiz. Rasanya Nabila jadi begitu kerana ingin mendapatkan kasih sayang. Dia mencari seorang lelaki yang dapat memberi perhatian pada dirinya. Dia rasa keseorangan. HAti dia kosong. Orang begini bila keseorangan akan merasa sedih dan membenci diri sendiri dan sentiasa merasakan diri dia tidak disukai dan dihargai. Dia rasa tiada tempat bergantung. Cuma dia belum diketemukan dengan orang yang benar2 dapat membimbing dia ke arah kebaikan. Insya Allah dengan doa ibu bapa dan tunjuk ajar dari orang2 yang perihatin, Nabila boleh balik ke pangkal jalan.

    0

    0
  11. cempaka biru says:

    semoga mendapat hidayah pd c anak dan pd c ayah byk2 bersabar.

    0

    0
  12. anon says:

    Ni mesti kes mak tiri nabila yg menghasut… sampai amy bercakap guna “dia” je tak guna nama. Biasalah lelaki bila dah ade bini baru, anak dgn ex wife malas nak amik pusing. Kalau dah tau anak bersalah/nakal, tegurlah. Jgn dibiar. Ni gih upload kat insta lah twitter lah…. Hmm…mesti bini baru dia hepi sb amy marah2 kat anak tiri. Tengok muka mak tiri abil ni pun tau bkn org baik2…
    Pd sapa yg kata bayi dilahirkan ibarat kain puteh tu salah. 50% kene tengok keturunan jgk Kalau keturunan tak baik ni, diajar mcm mana pun takkan jadi baik, kalau yg suka ckp bohong & mencuri, tetap jgk akan berbohong & mencuri wlpn ditegah. . Kan nabi pun pesan srh cari keturunan yg baik2.

    0

    0
    • muiz says:

      Wei ko tahu ke amy x pnh tgur abil..dan ko tahu ke abil boleh terima x bila amy tgur dia..pasal mak tiri tu dorg rapat la wei..jgn silap sikit mak bapak slh..silap sikit mak tiri slh..dia dah bsr pnjg..smua bley pikir kn apa yg abil buat smua tu mmg slh..dah jauh myimpg..x kira la dia blakon best ke x best..tp lau dah tlebih sosial..seksi..club..cara islam ke gtu..mak tiri dia tu bkn dgn abil jer..gn cucu..gn bekas suami abil pon cm anak branak..jgn tuduh melulu..fitnah tau tak..lau ank xnk dgr ckp mak bapak..lau ank tegur sikit sentap..lau anak tgur sikit trus x jguk mak bapak..slh mak bapak lg ke..ckp psl pesan nabi tp tuduh org bukan2..

      0

      0
    • pinat says:

      amboiii suka hati sungguh komen cik anon….’mak tiri’ plak tak pasal kene tempias…hati2 bila bercakap takut nnti jatuh fitnah…tanggunglah anda berapa bnyk dosa org yg membaca dan percaya or org yg akan bertanggapan negative pd ‘ibu tiri’ tu…. :)…

      0

      0
  13. lola says:

    Aku perasan hubungan dorg x ok lpas kmlangn tu..kn amy ada tgur dia..myb sentap la tu..pastu trus x jumpe bapak..lau tgok kt ig dia umh nenek dia ada gak dia blk..patutnya sbgai ank dia kena lah mgalah dgn bapaknya..lau amy tu kejam sgt..kenapa hubunhan dgn bekas suami nabila..dia bley terima jer..edy tu pon pnh buat silap jgk..tp sbgai ank edy tu sedar diri..blajar dr ksilapan..lau pnh buat dosa..xkn slamanya buat dosa kan..umur makin mningkat..dr apa yg aku tgok di ig nabila ni..dia orgnya baik..cuma kesilapan dia..dia sentiasa rasa apa yg dia buat hak dia..dia betul..dia x kisah apa org nk ckp..hatta papa dia sndri..peminat plk sbb minatkn dia..sokong aja..kdg2 tu nabila seksi pon peminat..like jer..suka la..apa la..dia rasa dia hebat..patutnya amy x bley di slhkn..lau dia didik nabila dulu slh..skrgkn amy dah berubah..anak2 dia sekarang pon di didik dgn bljar agama..xkn nabila x malu tgok adik2 tiri pon prngai elok..pkai bju elok..patutnya ksdaran tu dari diri dia sndri..dia dah bsr..ada mata bley melihat..ada akal bley fikir..xkn amy x tgur..mesti la tgur..tp tgur cara org besar la kn..xkn nk pukul tarik telinga plk kn..tp bila x dgr2 jgk..mak bapak mana x geram..jd amy ada hak nk marah anak dia..sbgai org luar kita doakan aja elok2 utk dorg..dan doakn jgk utk kita agar keluarga kita x jd cmtu…

    0

    0
  14. Kiah makcik kau says:

    Salahkan AMY SEARCH, asal waktu dia kecik ko x didik jadi ustazah, skang bila dia jadi mcm beruk kau sentap, waktu dia kecik mana kau? Ke hulur ke hilir show, pompuan sana sini. Jangan nak salahkan nabila j, kalau dari kecik kau ada untuk dia, ajar dia benda2 elok, aku tak rasa nabila akan jadi yg mcm ni.

    0

    0
  15. lusipar says:

    Ek eleh Amy.. ni baru soalan kat dunia. Kat kubur esok lg bertubi-tubi kau dpt soalan. Toksah nk marah kt wartawan sgt lah. Muhasabah diri. Byk kan istighfar.

    0

    0
  16. kanda says:

    Jangan nak melenting abang amy. Apa yg kita tanam itulah yang dituai. Nak kenal pokok tgk buahnya. Memaki dan mencarutkan anak depan khalayak satu langkah yg amat silap. Selagi nabila bernasabkan suhaimi, dia adalah tanggungjawab abg sampai akhirat. Lainlah klu abg dah didik dia dgn ilmu agama yg cukup tetapi dia masih ingkar itu bukan salah abang lagi. Klu rayapun anak tak nak balik, semak semula mana silapnya. Mungkin hati dia dah lama terluka. Masih belum terlambat tambahan pula di bulan ramadhan ini. Doa seorang ayah ….

    0

    0
  17. sya says:

    sikit2 nak salah kan bapa dia .. anak dia tu bukan nya kanak2 lagi.dah besar pun dan dah boleh pk pun.. yang wartawan pun apa tak leh nak tunggu ke si anak tu balik dari obersea nak soalsiasat pun.. adoiiii.. si anak pun satu,asik nak publish je picture kerja nya bila orang komen marah.abis tu yang g publish tu apasal kalau tak nak kena serang dengan komen2.. cantik gak permandangan kat sana tu yer..!!!

    0

    0
  18. Denialost says:

    bapak dia mungkin ade salah.tapi bukan salah 100%
    diri sendiri dah besar.anak pun dah ade.patut dah boleh fikir baik buruk.ade sebab setengah org diberi dugaan hidup dlm broken family.sebabnye one day u gonna be a good father/mother to ur child.ko dh rse cm sedihnye family tunggang langgang.ko nampak mistakes and u learn from it.dlm dugaan ade hikmah.bukannye dh dewasa pn nk berontak kt mak bapak lg

    0

    0
  19. :) says:

    Sayang Nabila..semoga Allah swt membimbing kita semua ke jalan yg benar:-),sabar Nabila..saya blh rasa apa yg kamu rasa..Allah swt sedang bersama kamu:-)

    0

    0
  20. […] Jantung Saya Seperti Terhenti Sekejap, Luah Amy Search Mengenai Kontroversi Nabila Huda (38) […]

    0

    0