Jangan Ikut Fesyen Jennifer Lopez – Ustaz Tegur Cara Pemakaian Tasha Shilla

Hiburan

Jangan Ikut Fesyen Jennifer Lopez – Ustaz Tegur Cara Pemakaian Tasha Shilla

Tasha Shilla antara selebriti yang boleh tahan seksi bila berpakaian, baru-baru ini beliau sekali lagi dikecam oleh peminat apabila menggayakan sehelai gaun yang hampir menunjukkan kesemua bahagian perutnya dan dengan kain terbelah di bahagian peha.

Advertisement

Perkara itu juga mendapat perhatian seorang ustaz iaitu Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar selaku Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menurutnya,  selebriti harus mengikut pakaian yang telah ditetapkan didalam agam Islam, bermaksud yang menutup aurat dan tidak menimbulkan nafsu kepada mereka yang melihatnya.

Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.

Tambah Ustaz Asmawi,  persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk anak-anak seni haru memnberi peringatan kepada  mereka agar menampilkan imej yang baik dan menolak mana-mana artis yang terlampau seksi kerana khuatir masyarakat akan terpengaruh dengan gaya tersebut.

Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.

Apa yang dicadangkan oleh Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar itu ada betulnya, jika seseorang selebriti itu tampil dengan gaya ibarat tidak cukup kain mereka seharusnya didenda dan melakukan kerja sosial atas kesalahan mereka itu. Iyalah,  terus terang memang ramai remaja luar sana yang menjadikan artis idola mereka takkan lah sampai nak terpengaruh dengan sisi buruk mereka bukan?

Sumber Berita: Mynews Hub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...