Written by Bella | May 6th, 2015

Apabila foto Izreen Azminda meraikan hari lahir Fahrin Ahmad bersama-sama, ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka berdua sedang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga.  Berita tersebut menjadi lebih panas selepas Fahrin semalam mengumumkan beliau bakal bernikah tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum sehingga tiba hari pernikahannya nanti.

Walaubagaimanapun, Izreen menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan beliau bukan bakal isteri Fahrin dan masyarakat sudah menyalah anggap akan perhubungan mereka yang tidak lebih daripada kawan rapat.

Memang bukan saya yang akan berkahwin dengan dia (Fahrin). Ramai juga yang menyangkakan saya. Majlis yang diadakan sebelum ini bersempena saya memakai tudung sekitar Mac lalu dan alang-alang saya anjurkan juga sambutan hari lahir dia (Fahrin) lebih awal.

Jangan fikir bukan-bukan pula. Meman antara kami tiada apa-apa. Dia memang sahabat baik saya dan antara kawan yang cukup rapat. Lagipun keraian ini hanya setahun sekali. Tak salah untuk saya melakukannya.

Fahrin juga dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, bakal suri hidupnya itu bukanlah daripada kalangan selebriti.

Kadang-kadang masyarakat boleh tersalah tafsir mengenai hubungan seseorang menerusi foto-foto yang tersebar meskipun mereka sebenarnya hanya sahabat baik.

Sumber Berita: BH PLUS

 

 

22 responses to Izreen Azminda Nafi Bakal Isteri Fahrin Ahmad

  1. Anonymous says:

    mesti izreen ni x tau kot fahrin nk kawin.. baru nk masuk jarum.. tup2 fahrin umum nk kawin.. melepas izreen.. huhuu

    0

    0
    • Gayah says:

      sian! cuba lagi dengan jantan lain yer izreen

      0

      0
      • anak dara kak gayah says:

        kesian kak izreen…dah pakai tudung kontrol ayu pun bang fahrin tak terpikat jugak. cari jantan lain ye kak…try yg duda lah pulak, asyik nak test yg bujang ranum jer..

        0

        0
  2. Cik Anon says:

    booo .. elok lah kalau bukan dgn kau pun Izreen oi. haha

    0

    0
  3. Cici says:

    syg, u ingat tak kita accidentally berkenalan kt padangbola@polo tanamera, 8 thn lps? u main bola dgn omar’s clan? kecewa dgr khabar ni, nk contact u tp segan sbb i tak layak. btw, tahniah, till jannah. #muahciked

    0

    0
  4. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    izzreen gigi terjongkek mcm drakula tu? hello kau jgn nak perasan ye izreen…

    bakal isteri fahrin si kismah johar ok???…

    0

    0
  5. gigi emas says:

    Buat apa kahwin dgn artis, tak menjamin masa depan pun……

    0

    0
  6. tabah says:

    aku taw sape bakal isteri fahrin..org johor juga…..

    0

    0
    • i am me says:

      aku pn tau..
      sedih..walopn aku org jhr tp bkn aku pilihan dia..huaaaa!!!!!

      0

      0
  7. madu kelulut says:

    kena la nafikan dah fahrin kata ko cuma rakan jer..
    cuba lg ek..jakpar on solo g…cer try

    0

    0
  8. MakcikGemukTerasa says:

    Friendzone.

    0

    0
  9. bijan says:

    kalo aku jadi bakal bini fahrin ni mesti terasa gak..ko pehal beria nak smbut besday bakal laki org lain?owh lupa..kawan rapat..bagus..

    0

    0
  10. mami mamu says:

    Masih tak boleh terima kenyataan izreen “saya buat majlis sempena pakai hijab”. Tolongggg aku confiussss.

    0

    0
  11. soseh kau says:

    Xkan mana2 blog kat msia ni xdpt nak pecah lobang bakal bini fahrin..masa ni la nak tunjuk hero blogger mana hbt…dorg kawen sure tempah hotel..tempah baju..tempah kad…hantaran…mesti ada maklumat dr situ..ni smua copy paste maklumat sm..langsung x thrill…

    0

    0
  12. I know says:

    Dahlia Syazwan tu haa bakal bini dia. All the best in educating her towards goodness

    0

    0
  13. tabah says:

    Bkl bini dia study oversea taw..

    0

    0
  14. nanana says:

    huhuhu

    0

    0
  15. N.Vanish says:

    bini dy pramugari.. janda anak sorg

    0

    0
  16. Anonymous says:

    dgn urg luar seberang kot

    0

    0
  17. karisma says:

    Tak payah lah Izreen nak bercinta awak tu status janda perangai diluar dan lakonan macam orang tak siuman terjerit macam pontianak dah berhijap.kena jaga penampilan sebagai muslimah.

    0

    0