Written by AbangNara | November 24th, 2015

Ingat lagi tak tentang iflix yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu (kalau terlupa boleh baca di sini). Abang Nara sejak ada iflix nie, memang jarang betul tengok TV. Abang Nara layan semua drama dan filem kegemaran gunakan iflix je. Kadang-kadang lepas anak-anak tidur Abang Nara dan wife layan Running Man sambil baring atas katil. Feeling romantis gitu.

iflix

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang dah merasai kehebatan iflix. Iyerlah, dengan harga cuma RM8 sebulan (dan 30 hari PERCUMA tempoh percubaan), kita boleh tengok hampir kesemua rancangan kegemaran di smartphone, tablet, televisyen atau pun laptop. Cuma perlu ada Internet je (nasihat Abang Nara sila gunakan wifi untuk jimatkan data plan anda). Satu lagi perkara yang Abang Nara suka tentang iflix ialah kewujudan “subtitle” Bahasa Melayu. Senang sikit nak faham kalau korang lemah bahasa omputih macam Abang Nara.

iflix

Ok cerita banyak tak guna. Abang Nara hari ini nak kongsikan satu lagi inovasi awesome daripada iflix. Inovasi ini pasti menggembirakan dan membuatkan para pengguna iflix teruja. Silap-silap ada yang melompat kegirangan. Inovasi ini dikenali sebagai “Download & Watch Offline”. Maksudnya, lepas ini kalau Internet tak ada pun, kita masih boleh layan rancangan kegemaran menerusi iflix. No Internet, no problem!!!

iflix

Teruja kan? Namun buat masa ini, fungsi “Download & Watch Online” ini boleh digunakan oleh semua pengguna Android mahupun iPhone. Apa yang bestnya inovasi terbaru iflix nie? Bayangkan kalau korang naik kapal terbang yang perjalanannya 18 jam. Sebelum fly, korang downloadlah dulu semua rancangan TV, filem dan kartun yang korang nak tengok masa atas kapal terbang. Jadi tak adalah mati kutu serta kebosanan sepanjang perjalanan. At least dapat habiskan satu season drama feveret korang. Tak gitu?

iflix

Cara nak gunakan fungsi “Download & Watch Offline” ini teramatlah mudah. Meh sini Abang Nara sharekan.

1.Pastikan smartphone korang connected kepada Internet.
2.Buka applikasi iflix di smartphone anda
3.Cari rancangan/drama/filem yang anda nak dowload
4.Tekan butang “download” (sila rujuk anak panah di bawah)

iflix

5.Pilih kualiti video yang anda mahukan. Kalau Internet laju, amik yang paling tinggilah.
iflix

6.Tunggu download selesai dan tengok la rancangan tersebut sampai lebam

Korang boleh check status download di Menu > My Downloads. Untuk makluman, rancangan yang didownload boleh disimpan selama 7 hari atau 48 jam selepas anda tonton rancangan tersebut. Lepas 7 hari / 48 jam, rancangan tersebut akan dibuang secara automatik. Namun jangan risau, korang boleh download balik. Yang bestnya, korang boleh download sehingga 10 rancangan pada satu masa. Jadi tak perlu nak tunggu satu persatu. Jimat masa.

iflix

Jadi tunggu apa lagi? Buka applikasi iflix korang sekarang dan downloadlah sepuas hati. Selamat mencuba!!! Maklumat lanjut di www.iflix.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Inovasi Terbaru Daripada iflix Ini Akan Buat Anda Melompat Kegirangan

  1. juzme says:

    i likeeeee tnQ nara ^_^

    0

    0
  2. AFC CUP says:

    dah bnyk sgt iklan la blog awk nara…takut melingkup je blog ni org tak jengah.tq..

    0

    0
  3. tak bisa lihat langsung online kah ??

    0

    0
  4. Eros says:

    tak best la.. quality video tak memuaskan. takde yang HD. internet dah laju. baik torrent je
    satu je kelebihan dia, ada subs melayu

    0

    0
  5. Perghhhh.. hebat sungguh teknologi sekarang….

    0

    0