5 Sebab Anda Perlu Layan Drama/Filem Kegemaran Di iflix Mulai Hari Ini

Hiburan

5 Sebab Anda Perlu Layan Drama/Filem Kegemaran Di iflix Mulai Hari Ini

Dalam dunia serba moden ini, sesekali muncul inovasi, ciptaan serta rekaan yang mengubah kehidupan manusia secara menyeluruh. Kadangkala idea itu simple tetapi impaknya cukup powerful. Contohnya macam Facebook yang mengubah cara kita berhubung dengan rakan-rakan. Lepas itu ada Whatsapp yang memudahkan lagi kita berbalas mesej. Itu belum kira kehebatan Instagram yang memudahkan perkongsian gambar detik-detik awesome dalam hidup kita. Senang cerita, Abang Nara respek mereka yang mampu muncul dengan idea sehebat ini.

ifli

3 inovasi yang mengubah kehidupan kita

Abang Nara ingatkan dah tak ada lagilah idea-idea sehebat 3 applikasi di atas yang akan muncul. Namun ternyata diri ini salah. Tahun 2015 ini menyaksikan kemunculan iflix, satu applikasi yang mengubah cara kita menonton drama dan filem. Kalau selama ini perlu buka televisyen dan menunggu waktu tayangan drama/filem kegemaran kita, namun dengan iflix, segala-galanya berubah 100%.

Advertisement

iflix

Ok mesti ada yang blur dan tak faham apa itu iflix kan? Meh sini Abang Nara terangkan. iflix adalah tv internet yang menyediakan lebih daripada 11,000 jam isi kandungan yang boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana. Anda cuma perlu ada talian internet dan peranti seperti smartphone, tablet, televisyen atau pun laptop. Power kan? Meh sini Abang Nara ceritakan lagi beberapa kelebihan dan ke’awesome’an iflix.

1.Drama dan filem yang ditayangkan semuanya best-best belaka

iflix

Abang Nara percaya mesti ada yang skeptikal dan beranggapan lebih daripada11,000 jam isi kandungan iflix adalah terdiri daripada cerita-cerita mengarut dan tak best. Sila tolak ke tepi tanggapan negatif itu. Kesemua drama/filem dalam iflix adalah super best. Peminat drama Hollywood boleh tengok Arrow, Big Bang Theory dan macam-macam lagi. Kalau peminat filem lagilah syok. Mission Imposibble, Lord of The Rings, The Prestige semuanya ada. Untuk peminat Kpop pun ada drama-drama dan filem-filem terbaru dari Korea. Senang cerita, semua yang korang nak tengok, insya Allah ada dalam iflix.

2.Percuma 1 bulan tempoh percubaan

iflix

Yeah ini yang paling best sebenarnya. Selama ini kalau Abang Nara dapat tempoh percubaan percuma pun, paling lama tempoh yang diberi ialah seminggu. Tapi tidak untuk iflix. Kita boleh cuba perkhidmatannya secara percuma untuk SEBULAN. Bukan seminggu atau 2 minggu, tapi SEBULAN. Tak payah nak letak kredit kad apa bagai. Lagi best, langgan sebulan percuma ini adalah untuk ‘full access’. Semua movie, drama, kartun dan apa segala yang ada dalam iflix tue korang boleh tengok.. Tak ada limit-limit nie. Sekiranya anda bertuah, bila dah habis tempoh sebulan tue, kadangkala akan dapat lagi ‘extension’ selama beberapa hari lagi untuk terus menggunakan iflix secara PERCUMA. Awesome!!!

3.Harga yang amat murah, cuma RM8 je sebulan

Selepas tamat tempoh percubaan selama sebulan, Abang Nara berani jamin korang akan bayar untuk sambung guna iflix. Jangan takut jangan risau tentang harganya. Memang murah sangat-sangat. Hanya RM10 sebulan atau nak lagi murah, terus langgan setahun dengan membayar RM96 sahaja (RM8 sebulan). Bayangkan boleh tengok ratusan filem dan drama tanpa sebarang had dengan bayaran serendah ini. Tengok wayang pun tiket dah RM15 sekarang nie. Berbaloi-baloi.

4.Boleh cancel bila-bila masa

iflix

Manalah tahu tiba-tiba korang rasa iflix tak berbaloi dan rugi bayar RM8 sebulan (tak pernah lagi Abang Nara dengar perkara ini berlaku), jangan takut untuk cancelkan langganan anda sebab tak ada sebarang kontrak. Terasa nak langgan boleh bayar, terasa nak cancel boleh cancel. Tak ada orang nak paksa anda. Semuanya terletak di tangan anda. Suka hati nak buat apa. Yang penting anda happy. Hehehe.

5. Ada banyak sangat rancangan kanak-kanak

Yeah~~~Selaku ayah kepada 2 orang anak (bakal jadi 3 tak lama lagi) ini antara kelebihan iflix bagi Abang Nara. Ada menu khas “kids” untuk kanak-kanak. Ultraman, Sonic, Johnny Bravo dan macam-macam lagi. Makin lama makin banyak isi kandungan untuk kanak-kanak ditambah. Setakat hari ini, dah ada lebih daripada 2,000 jam rancangan kartun. Banyak kan? Abang Nara dah request Pocoyo dah. Itu kartun feveret Aariz. Hehehe.

iflix

Jadi korang nak tunggu apa lagi? Downloadlah applikasi iflix sekarang juga di smartphone anda dengan hanya menaip ‘iflix’. Kalau guna laptop, boleh terus ke www.iflix.com. Daftar hari ini dah terus boleh guna sebab dapat sebulan percuma langganan. Abang Nara berani jamin korang akan berpuas hati dan akan meneruskan langganan. Selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...