Written by AbangNara | April 15th, 2014

Nampaknya niat Engku Emran untuk berbaik semula dengan dirinya telah membuatkan Erra Fazira tertekan. Abang Nara memahami perasaan Erra. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak cakap “ya” pun tak boleh, nak cakap “tidak” lagilah tak boleh. Walaupun penyatuan semula adalah satu perkara yang sangat baik, sedikit sebanyak liputan yang diberikan terhadap usaha bekas suaminya pasti menganggu emosi Erra Fazira.

erra fazira

Berkata kepada Harian Metro, Erra Fazira menegaskan bahawa hal ini adalah bukan satu perkara yang mudah. Kata Erra:-

Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa. Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.

erra

Betul juga kata Erra itu. Kita selaku peminat pasti tidak tahu apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga berakhir dengan penceraian. Pada pandangan kita, kalau mereka bertaut kembali sudah tentu ia akan berakhir dengan kegembiraan seperti dalam filem. Namun buat Erra, mungkin perpisahan adalah kebahagiaan buat dirinya. Kita tak tahu kan? Apa pun, selaku peminat, marilah kita doakan yang terbaik buat Engku Emran, Aleesya dan juga Erra Fazira.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 responses to Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira

  1. Kimberly says:

    ala :(

    0

    0
    • doakan says:

      Jodoh, pertemuan, ajal dan maut hak Allah s.w.t.. kita hanya merancang… semoga pilihan yang kita lakukan adalah yang terbaik..amin :)

      0

      0
      • lynn says:

        mak aiihh.. seram aku nengok rambut palsu tu. hodoh sgt! tolong lah erra, sudah sudah lah pakai rambut palsu tu.

        0

        0
        • miss ynwa says:

          alaaaaa getik btol la ko nie erra…ko tu da masuk alam MIDI tau..jgn juai mahal sgt bole x? esok ko kedut jugak zzzzzzz nyaaaampah

          0

          0
    • siti says:

      agaknya mmg erra dh bosan dgn emran tu

      0

      0
    • This come from emran’s family members.

      It has been confirmed that emran has second wife. Menikah masa bersama erra. Masa rumors cakap pasal wedding emran. Actually erra doesnt knew at first. Bila rumors start spread out. Diorang tak pergi mana2 function together dah. It ends up with a divorced. Nak percaya ke tak terpulang. But I heard this from nearest source.

      Gossip girl.
      Xoxo.

      0

      0
  2. Ceroi says:

    Inilah masalahnya bila tatau hukum agama.. ‘Rujuk’ adalah hak suami dan tak perlu keizinan isteri. Maknanya tak perlu persetujuan Erra pon.

    Dalam Kitab Fiqh Sunnah Karangan Sayyid Sabiq muka surat 62 yang menyebut :-

    Maksudnya: Jika Rujuk menjadi hak suami maka untuk merujuk tidak perlu syarat kerelaan, pengetahuan bekas isteri dan wali. Kerana hak ruju’ ada di tangan lelaki sebagaimana firman Allah di atas (rujuk Surah Al-Baqarah ayat 228). Ruju’ juga tidak perlu saksi, sekalipun menghadirkan saksi di sini hukumnya sunat kerana khuatir agar nantinya isteri tidak menyangkal ruju’ suaminya.”

    Lantak ko la Erra… Tula lain kali jangan lupa mengaji. Tak mengaji ceroi laa!

    0

    0
  3. sedara Che Ta says:

    Erra jgn jual mahal…
    Setiap org melakukan kesilapan… awak juga bkn manusia sempurna…
    Tak perlu di kenangkan yg pahit dlm kehidupan lalu…
    Sedarlah bahawa YANG PAHIT PASTIKAN MANIS JUA AKHIRNYA…
    Jgn seperti lagu hit awak YANG TERINDAH HANYALAH SEMENTARA. ..

    0

    0
    • rapunzel says:

      kau tak kat tempat erra senang la ko ckp… ni soal hati n prasaan… ni bukan filem melayu.. ni realiti hidup die. kalau die tu ada hati lagi gn EE pasti die akan kembali..

      0

      0
    • kambing gurun says:

      amboi kalau Hanez suraya and Mr R kaw2 korang kutuk ek.. biarlah erra nak jual mahal.. kita tak tahu apa yg dia alami.. kalau dia jenis terbuka mcm RR takpelah juga, kita tahu apa masalah si suami ni.. give her time.. erra mmg memerlukan privasi..

      0

      0
    • miss oppssss says:

      Sedara che ta,

      awak kata “Sedarlah bahawa YANG PAHIT PASTIKAN MANIS JUA AKHIRNYA…”… wanita dah kena talak, nak buat keputusan utk bersama semula mmg sukar… lagi2 kita x tau apa yg erra dah alami dgn ex husband dia… so xpayah kita ni nak jd penasihat…. and kita kena sedar jugak, yg manis x semestinya sentiasa manis…. pasti akan buruk jugak kalau salah satu pihak buat hal….

      0

      0
      • zaia says:

        kalau kita taktau apa masalah dorang,taktau apa yang membuatkan kak erra ni tawar hati ke terluka ke, rasanya susah kita nak minta2 dia rujuk kembali. berdoa je la kalau nak sangat dorang rujuk. tensen dan rimas juga kalau kita memandai2 minta2(desak?) dia supaya rujuk sedangkan yang punya perasaan tu dia sendiri.
        kita tak tau dan tak rasa. Macam ada sesetengah kes,bila kita tau dan kita macam boleh rasa kesakitan tu,bersungguh2 pulak kita harap perempuan/lelaki tu jangan terima balik atau berpisah je atau paling baik pun,terima tapi dalam tempoh yang lama biar padan muka atau menyesal dulu.Biar sedar dulu.
        Masalah kak erra kita taktau dan kesakitan dia sebelum ni kita tak rasa, baik bagi dia masa, kalau dia boleh terima dan masih sayang mesti akan kembali bersama.

        0

        0
  4. Et says:

    Berilah Erra masa. Insya Allah, moga terbuka hatinya.

    0

    0
  5. Cik Beltinsik says:

    Berdasarkan pengalaman akk, jadi janda best..akak baru kawen bape hari dah rase tak best, gaduh pasal nak honeymoon mane..adoiiiiii stress aku laki aku niiii

    0

    0
    • puan beltinsik says:

      Kak,dah kawen dah? Dari hari tu lg..

      0

      0
    • One Direction says:

      akak Beltinsik.. kelmarin kita tanya akak soalan..kenapa akak x jawab ?
      kita tanya ada tak sepupu sepapat akak Beltinsik sama rupa dgn members One Direction ? Kita nak terbang UK jauh sangat, kalau ada One Direction Malaysia kita nak masuk meminang sebab kita minat sangat dengan 1D. Lagu yg kita paling suka Best Song Ever.

      0

      0
      • cik beltinsik says:

        haaaa mcm ni la masyarakat berhemah..adik One Direction jgn komen yg lucah2 lagi ye..akak tak suka..emm..sepupu sepapat akak takde yg muke mcm members One Direction..Muke mcm man belon or Sathiya ade la..

        0

        0
      • zaia says:

        nak minta orang kenalkan kena beritahu dulu sedikit maklumat diri.
        kot2 aku pun boleh tolong.
        tapi sebelum tu nak tanya ko ni umur berapa dan adakah ko ni perempuan tulenn??nape lain macam je?hahaha..

        0

        0
    • zaia says:

      ala..tu namanya gaduh2 dalam hepi..

      0

      0
    • ciksenahlambung says:

      Kak beltinsik dah selamat kahwin….alhamdulillah…seronoklah tu dah ada org manja2….huhuhu…tapi sempat bergossip tau :) abe x marah ke…

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Klu nk rujuk pun kn dgn kerelaan isteri la..

    0

    0
  7. nothing says:

    Camana Erra buat dapat cerai..aku ni siap laki panggil bodoh, nak penampar. terajang, ungkit sampai tulang hitam lagi. 1 kesalahan 10 tahun ungkit. Sakit hati jiwa mental separuh hidup hendak jumpa Tuhan saja. Bertahan biar sampai reput
    Sabar ya Emran & Aleesya..

    0

    0
  8. teah.. says:

    Ini bukan soal jual mahal ke jual murah.. Tapi masalah hati dan perasaan. Tak semudah orang yang bercakap nak rujuk, orang yang nak dirujuk tu dah makan hati bertahun lama.. Bagi la erra sedikit masa lagi..ini baru sangat berpisahnya.. Kita doakan yang terbaik untuk mereka..

    0

    0
  9. humble says:

    Tak guna engku imran memujuk merayu, mungkin hati erra dh bpaut pada yg lain..

    0

    0
  10. arra khan says:

    saya nasihatkan erra tak payah rujuk..kesilapa paling besar dalam sebuah rumahtangga di lakukan oleh suami..semasa ada peluang dan kesempatan ianya tidak di gunakan dgn sebaiknya..lelaki di berikan 9 akal oleh allah supaya mereka boleh menjadi kapten yg baik dlm rumahtangga tetapi telah mensia siakan peluang iti..skrng baru nk menyesal..kenapa sebelum jatuhkan talak si suami tidak menggunakan 9 akalnya yg ada itu..nasi sudah menjadi bubur…engku imran gagal menjadi seorang suami yg baik..ingatkanlah anak itu semasa belum menjatuhkan talak..skrng jgn gunakan alasan anak untuk merujuk kembali..

    0

    0
  11. mimi says:

    Dear Engku Emran…this lyric from Bruno Mars’ song suits you…
    Same bed but it feels just a little bit bigger now
    Our song on the radio but it don’t sound the same
    When our friends talk about you,all it is just tear me down
    Cause my heart breaks a little when I hear your name..
    My pride,my ego my needs,and my selfish ways
    Caused a good strong woman like you to walk
    Out of my life…
    Now I never,never get to clean up the mess I made,
    And it haunts me everytime I close my up…..
    ……..Erra,time will heal your broken heart….be strong Allah loves you more

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Ramai jer janda meleleh air liur tgk Engku Emran, bagus la Erra ko g carik org kaya lain, duda ko janda RR da booked da bwk ke siam…

    0

    0
  13. What a material of un-ambiguity and preserveness of valuable know-how concerning unpredicted feelings.

    0

    0
    • sambal hitam says:

      Accomodation,
      Ko kalau tak google translate boleh tak. Verbose sangat ayat ko ni. Guna bahasa melayu je.

      0

      0
  14. Anonymous says:

    Ada org kata berbaikla Demi ank…tapi ramai yg tak tau terutama yg belum Kawin…kdg2 Dlm rumahtangga buka setakat masalah Suami dgn isteri je…tak sependapat Dlm membesarkan ank juga blh menjadi punca…kdg2 kta sebagai ibu ajar cara ini tapi yg bapanya pula cara lain…pasal ank pun kdg2 blh gaduh besar…jd drpd bergaduh dan memberi contoh yg tak baik pd ank lbh baik biar 1 pihak je jaga …ank2 pun tak confius…if parent asyik gaduh dan ckp yg bukan2 depan ank…ia Akan merosakan minda ank2… Ank2 akn membesar dgn tdk sihat…dia pun Akan terikut2 dgn sikap2 yg negatif ank2 pun Akan hilang hormat dkt mak bapa…sebenarnya byk masalah Dlm rumahtangga yg blh me bawa kpd perpisahan Hanya yg pernah melaluinya saja faham …so biarlah erra membuat Keputusan dan jgn Lah nak kutuk atau hina dia…itu kehidupan dia dan Hanya dia dan emran je tau apa yg telah berlaku Dlm rumahtangga mrk…lgpun bg sy kalau betul emran sayang kan erra sepatutnya Cuba selamatkan sebelum bercerai…dn tak perlulah nk hebohkan 1 malaysia yg dia nk pikat erra kembali…mcm sengaja nk bg tekanan dkt erra je…lgpun selama ini kan emran tak suka menonjolkan diri di media sosial n tak campur Dlm bidang erra…knp sekrg aktif berinstagram dan melayan peminat2 erra pula…lelaki mmg bla tak dpt dikejar bla dh dpt tak dihargai…

    0

    0
  15. Kak Mala says:

    Take your time Erra…pikir semasak masaknya…jangan nanti pisang berbuah dua kali..! Akak rasa jangan terburu buru ambil keputusan nak rujuk..you kena pikir what YOU want…a woman can forgive but a woman can never forget. Better for your daughter to have two happilly divorced parent than one unhappy married parent. Nanti kalau si suami buat hal lagi..isteri jugak lah yang patah hati..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Cakap memang mudah rujuk je balik. Sebab kita bukan ditempat Erra. Tak semua wanita sanggup bermadu . Kalau Erra seperti Dayana ieteri Asraf boleh la…Erra wanita berkerjaya , lawa dan dikenali ramai. Banyak lelaki yang sanggup mangambill Erra sebagai isteri. Dia tak perlukan Emran untuk menampung kehidupan dia. Jika mereka rujuk semula hanya kerana anak , Erra akan tersiksa batinnya. Tetapi jika mereka rujuk semula kerana masih ada rasa sayang , kesetiaan dan anak insyallah akan bertahan. Itu pun jika mereka sama2 ingin berusaha untuk memperbaiki alam rumahtangga. Masalahnya sanggup kah Erra untuk berkongsi suami sekali lagi.

    0

    0
  17. Jumbo Gajah Biru says:

    Biarlah dia dengan life dia.. EE tu ntahpepe..pandai2 gunakan anak..puii

    0

    0
  18. mummysayf says:

    Mcm2 dugaan pabila berumahtangga….apa pun semoga Allah berikan yg terbaik buat mereka…

    http://www.mummysayf.blogspot.com

    0

    0
  19. harleen says:

    Dalam situasi mcm ni kesian tgk erra dihentam dr pihak yg tak tahu hujung pangkal..emran ,kalau u nak pujuk erra bukan dgn menggunakan media(ig).bukan tak sokong keputusan emran pujuk erra,tp ada banyak lg cara..seolah2 u bukak cerita family u pd org luar.yg org nampak erra jual mahal,erra ego,erra itu erra ini..tp yg tahu apa yg jd only both of u.erra,take your time,org tak ada di situasi u org boleh kata apa pun.ive been in your shoes before.Allah maha mengetahui apa yg jadi.i doakan yg terbaik utk u and family.

    0

    0
  20. RA RA says:

    aku pun support dia nak pikir dulu..
    bagi la masa…
    Apa kata Erra pegi holiday.. bagi clear otak dulu..
    Allah dah beri rezeki dan permudahkan jalan pada Erra…
    Semoga terbuka hati..
    Tak semua perempuan dapat peluang macam ni..
    Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih..

    0

    0
  21. Dyan says:

    sy rase ade mslh lain tu.sb erra kate ia melibatkan hati dan perasaan.mungkin engku emran tersalah kate kat erra (ungkit kisah lalu erra ke) kite x tau..wallahuallam. tu yang erra x le terima tu. lg satu mungkin ade org ketiga bkn org luar tetapi ahli kuarga emran sendiri. kite x tau sume tu. itu adalah keputusan erra utk x memilih utk bersama dgn emran lg. sy tau erra bkn jenis yg keras kepala cuma ade perkara yg serius menyebabkan penceraian ini berlaku. lebe baik erra tenangkan fikiran dulu dan itu adalah jln terbaik. tetapi sy harapkan jgk erra memberi peluang kedua kpd emran utk bersama balik bkn dlm tempoh terdekat tp secara ‘slow2’..cayok erra

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya pn sependapat dgn dyan, mgkn EE ada ungkit tntg kisah lalu EF, sb tu EF x blh trime. pd anggapan saya lar…

      0

      0
  22. Anonymous says:

    kalau aku jadi erra pn bengang jugak sb bekas suami nk memujuk ngan bagi tahu kat semua org..minta pertolongan dari kita semua..dia ckp demi aleesya..tpi kalau dia nk rujuk demi aleesya pn kalau dh x ad hati hati kt EE pn x guna jugak…dlu masa suami isteri..masa birthday erra..langsung bayang EE x ad..d mane ad Erra x pernah pn nmpk kelibat EE..tpi bila dh cerai baru sebok keluarkn gmbr lama la..itu la..ini la…mesti EE ni dh buat hati Erra benar2 terluka…nasib baik erra..kalau kena kat Rita abis semua keluar…

    0

    0
  23. alo says:

    EE kena sabar. jgn paksa2 & jgn guna anak sebagai alasan. hati & perasaan x boleh buat main2. sy sokong erra… kalau betul2 EE sygkan erra & ingin rujuk balik, kena byk berdoa & bersabar..insyaallah di permudahkan. tapi klau x ada jodoh, kena terima ketentuannya… percaya kpd takdir..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    ha..ingat x masa kes abby ngan norman dlu..kan dia org rujuk balik..siap nangis2 lagi si norman..tpi skg ap dh jadi????????????wat erra..jgn pisang berbuah dua kali ye…

    0

    0
  25. Pilih kasih says:

    kalau ad jodoh x kan ke mane..kita tengok hattan n wife dia…last2 bersatu kembali..tu le jodoh namenya…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    memg le x salah kalau EE nk cuba memujuk erra…tpi jgn la dgn cara melalui media atau istgm…cuba le wat cara tertutup sikit…bila EE wat mcm ni mcm EE plk y gila talak…

    0

    0
  27. Aku pelat says:

    pernah terbaca ttg seorg artis cantik, tgn lebam2 mcm kena cengkam…wlupun xtulis nama, daripada gaya cerita mcm erra fazira…klu betul la, mngkin EF xtahan dgn EE yg kuat cemburu…pukul isteri klu geram…ye la, sbagai artis, hidup EF mmg la busy…klu xboleh tahan cemburu, jgn cari isteri retisss…cari yg jenis duduk umah je….apa2 pun hnya mreka berdua dan Allah sj yg tahu apa sbnr yg berlaku…wallahualam…doakan yg terbaik buat mreka

    0

    0
    • sipot sedot says:

      saya pn ade baca kt blog kak jee…ade 2 story psl erra kt situ…ape2pun kak erra, semoga tabah…pentingkan hati ngn perasaan sendiri dl br pikir psl org lain…kak erra yg nk hidup ngn emran, bkn org lain…semoga kak erra berjumpa dgn kebahagian yg dicari2…org luar hanya tahu menilai…

      0

      0
  28. Anonymous says:

    erra sangat menghormati yusry, ex husband dia. tp nampak sgt erra tak menyenangi emran, ex husband ke-2 dia. mesti ada something yg emran buat dan menyebabkan erra jd mcm tu.

    0

    0
  29. zaia says:

    mana lak komen nie..
    pergi makan nasi lagi bagus la camni. :/

    0

    0
  30. ely sue says:

    sabar la nak…kalo da jodoh xkemana….madu tu manis kalo btl2 jaga

    0

    0
  31. hati ke hati says:

    sebenarnye punca utama erra mntk cerai adalah sbb emran ni da ade bini lain…kawen senyap2..hanya geng golf emran aje yg tw mende ni..erra ni kira ok x bgtw sbb knp xnk emran…nak jaga hati emran…tp org asyik salahkn erra je…

    0

    0
    • kebenaran says:

      anak buah aku pernah kerja kelab golf kat shah alam..emran main golf kat sana..mmg ada sorg pompuan selalu dgn emran..mungkin 2nd wife dia..tapi jauh lebih cantik erra..kesian erra..

      0

      0
  32. Sutera mayang says:

    Kenapa kita sibuk nak jaga tepi kain orang, sedangkan dia dah selamat dan bahagia menjalani kehidupan sendirian walaupun perit tanpa anak dan suami. Tidak ada sesiapa wanita yg inginkan perpisahan. Jangan tambah dosa2 kalian dgn fitnah2 dan tohmahan yg tidak pasti dan meletakkan semua kesalahan pada Erra. Kalau tak tahu keadaan sebenar lebih baik diam. Tidak ada seorang perempuan pun sanggup dimadukan, jadi perpisahan mereka walau bagaimana pun takkan dpt dipulihkan kalau ianya lebih menyakitkan kalau bersama. Harap maklum keadaannya. Itu lah punca perpisahan mereka, yg saya dpt tahu dari org yg terdekat dgn Erra. Semuga Erra bertemu kebahagian nya nanti.

    0

    0
  33. dunia_punya_hal dy says:

    Sedara Che ta erra punya suka la nak jual mahal ke tak nak rujuk ke it’s her life ha nya dia yg tau hidop bersama emran. Kau tak kenal emran and try to hidop dgn emran kau aja yg kahwin dgn dia la . jangan dictate hidop orang eeesh

    0

    0
  34. chubby says:

    menyampah aku dgn citer nie.

    0

    0
  35. badmelayutaste says:

    erra byak lemak d bawah mata. Muka pon cam kemek aje. body tak payah cakap lah buat tak seleraje. cantik mcam mana tu ya??

    0

    0
    • selina says:

      Bak sini gambar awak. Nak tgk sapa lagi cantik. Awk ke Erra Fazira. Suka sgt menghina org. Ni mesti org yg sama tp tukar nick name. Semua artis dikatanya muka penyek!

      0

      0
  36. peace no war.. says:

    kalau dah jodoh tak kemana..semuanya dari Allah!

    0

    0
  37. Anonymous says:

    Erra kalo xmau ckp, RITA RUDAINI kn ada..Btl x EE! Sila cek IG Rita plz……..

    0

    0
  38. buyung says:

    kalaula dia tau hukum ‘rujuk’, dia pasti tunduk pada perintah Allah.. masa putus dgn awi, pandai pulak cari Allah..ke mekah sebagainyaa..

    dapat suami baik, kalau x-somi nak rujuk, kena patuhla..
    lainla kalau suami tu jahat.. boleh tolak rujuk tu
    susah kalau tak paham agama sendiri.. ikut hati jekk.. umur 40 tahun, orang nak cari kebahagiaan dunia akhirat.. tak payah laa pentingkan diri.. manusia buat silap.. anak2 tempatnya nombor 1… dulu awak tu susah hidup takde ayah.. sekrg awak buat anak awak hidup susah , tak normal mcm orang lain, hidup tanpa mak kandung.. itu ke pilihan hati? tak kemana hidup ala primadona, malaikat tak pandang pon gelak ketawa awak dlm sesi tv tu.. kita nak Allah sayang kita, hidup akhir kita endingnya bagus, kita nak hari2 hidup kita Allah sayang kita, Nabi sayang kita, malaikat pon sayang kita.. ini tak.. awak campak diri sendiri ke dunia sesat tanpa pedoman.. apalaa yg awak cari lagi erra.. keseronokan?.. pujian2 peminat?..

    0

    0
  39. marhaen says:

    salam, eloklah sekiranya engku nak berbaik semula dengan erra.semuanya perlu ada permulaannya.buangkanlah ego masing-masing demi anak anda.perkara lalu biarlah jadi sejarah. sedangkan Allah swt ampunkan umat yang membunuh 100 orang dan masuk syurga jika niatnya baik..amin.

    0

    0
  40. amir says:

    nara2 tolong bg tahu ku imran ye..
    kuasa talak dan kuasa rujuk adalah hak mutlak suami.. talak dan rujuk tetap berlaku walaupon tanpa persetujuan isteri..

    jadi kalu ku imran nak rujuk.. lafaz je lah rujuk.. dan rujuk tu akan sah selagi mana belum habis eddah era tu..

    wallahu a’lam..

    0

    0
  41. hane says:

    ko tak nk emran tu bagi kt aku la, kaya tu hensem pun hensem

    0

    0
  42. hhDD says:

    Suke jugak cara erra ni..die xde la mencanang cerita kat media ape yg berlaku, walaupun dy sgt terluka..kalo btol ee salah pun, at least dy jg aib n maruah ee..(kalo betol lah ye). tgok, ee pun try kan pujuk n kejar dy..sorry to say la..x brape suke ngan cara rita..dok p cerita sume mslh, tau bnda tu sakit, at least jg la sikit air muka aidil tu..tgok, aidil pun da ade zarema n berbahagia..ape pun all the best la untuk semua ye =)

    0

    0
  43. […] Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira (67) […]

    0

    0
  44. […] Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira (68) […]

    0

    0
  45. […] Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira (69) […]

    0

    0
  46. […] Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira (72) […]

    0

    0
  47. […] Ini Bukan Perkara Kecil – Erra Fazira (73) […]

    0

    0