Written by Bella | December 2nd, 2015

Enggan mematuhi tiga perintah mahkamah sebelum ini termasuk menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merrah kepada Rozana Misbun selepas mendapat hak penjagaan sementara terhadap anak-anak mereka,  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur  telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Awie semalam.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain memerintahkan Awie memberi penjelasan kukuh kepada mahkamah berhubung isu berkenaan pada 11 Januari 2016.

Jika Awie gagal untuk memberikan alasan yang kukuh beliau boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah dan boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan serta denda maksimun RM 2,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Hakim Syarie, Ibrahim Deris memutuskan Rozana mendapat hak penjagaan sementara anak-anak  dan Awie hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Awie juga dilarang daripada mengambil atau mengacau anak-anak berkenaan di kediaman anak-anak tersebut tinggal atau di sekolah atau di mana-mana tempat selain yang dibenarkan oleh mahkamah.

Sumber Berita: Kosmo!

9 responses to Ingkar Tiga Perintah Mahkamah: Awie Kena Notis Tunjuk Sebab

  1. Pekerja_Gomen says:

    Yeayyy.. dapat jadi pengomen no 1.. yeayyy!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      nak2 jadi mangsa.

      woii kejelah..
      ok ko no 1..bulan 1 tahun depan dapat rm500.tahniah..rajin keje (sgt)

      0

      0
  2. Pekerja_Gomen says:

    yeayyy!! dapat komen nombor 1!!!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    comel2 anak rozana… nak2 yg rambut ala2 maggi tu..yg dok kat riba kakak cute tu…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bega boto si awie ni….ikut je laa perintah mah tu..mentang2 laa mah syariah ko ikut pale ko je…klu dh perintah mah pun xnk ikut apatah lg perintah Allah…kuikui…

    0

    0
  5. AlQud says:

    Al-Fatihah..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Ikut je arr ..napa nak memanjangkan lagi, kalo ko betul mesti dapat ganjaran Nye…

    Jelak cite ni x abis2

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Eh mana peminat2 & orang upahan awie yang beria backup dia hari tu kat bn ni?terdiam korang ye.lelaki dayus pukul bini cmni korang siap justify lagi tu.rozana tu ok la jugak dia tak balas.kalau aku yang kena,aku tendang telur dia ni & tumbuk balik

    0

    0
  8. Anonymous says:

    retis macam ni lah, ramai yang sokong lelaki ni pukul bini, tapi macam dayus pula perangainya. balasan kepada awie dulu curang dengan erra kemudian dengan arni.. bercerai dgn arni ungkit makeup yang dibelikannya, cakap tak juga arni cantik2, lelaki tamak ini lah balasannya, lebih baik di penjara jak. anak2 ada juga ibu mereka, jaga anak konon maka mau di sanjung lagak2 baik

    0

    0