Written by Bella | November 9th, 2015

Dianggap sebagai salah seorang pengarah yang agak hebat, tindakan Azma Aizal Yusoof yang menumbuk aktres Ika Nabella baru-baru ini nyata memeranjatkan. Mengakui mempunyai sebabnya tersendiri melakukan perkara tersebut, Azma bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terbaru, Ika Nabella yang kini sudah beransur pulih selepas kejadian tersebut telah tampil menerusi rancangan hiburan Melodi untuk menceritakan punca sebenar beliau dibelasah.

Menurut Ika, kejadian yang membuatkan beliau trauma itu terjadi pada hari kedua penggambaran drama Dawai Asmara dimana Azma bertindak di luar kawalan dengan menumbuk beliau pada bahagian wajah selain menarik rambutnya tanpa sebarang sebab.

Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab.

Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi.

Ika juga sempat untuk menunjukkan video yang dirakam oleh Azma selepas beliau dipukul oleh pengarah tersebut.

Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu. Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan.Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction yang dia mahukan selepas dia pukul saya tu.

Sebelum ini, Ika sudah beberapa kali bekerjasama dengan Azma dan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, atas apa yang terjadi Ika membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon didalam tersebut.

Erm, kalau nak pelakon tu feel pun mesti ada cara lain bukan? Kalau dah sampai tumbuk-menumbuk ni memang akan jadi kes besar. Apa-apa pun kita tunggu reaksi Azma tentang luahan Ika ini.

14 responses to Ika Nabella Akhirnya Tampil Jelaskan Punca Beliau Dipukul

  1. ami says:

    Pengarah hape mcm ni?????? It doesnt require REAL ABUSE to pull off a crying scene. Habis tu kalau adegan victim lps kena cabul, kau kena cabul pelakon tu betul2 utk dptkan reaction dia?? Pengarah ni dah kronik la, dah tau sakit otak gi jumpa doc…sapa yg bg dia bgaul ngn public ni????

    0

    0
  2. mawar says:

    oooo nak feel ler sgttt..mari aku tendang telor kau tu…dayus pukul pompuan

    0

    0
  3. Furqon says:

    Suka suki je dia nak tumbuk anak org… klu anak aku yg ko tumbuk, sblm report polis aku tumbuk ko dulu.. oi azma, pengarah apa mcm ni? kalau iya pun nak reaction yang engko harapkan, takkan la sampai tumbuk anak org. mmg x beretika… tindakan ika utk tarik diri dari drama ini mmg keputusan tepat, x guna bkerja dgn org yg x pro.

    0

    0
  4. fara says:

    lebih la si azma tu….beriya nak feel bagai sampai pukul org…ko blakon pon x de la hebat sgt feel aku tgk…sume watak sama feel ko mcm org psyco….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Penyakit sawan babi mamat ni dah sampai time tu aku rasa. Lepas tu nak cover ckp nak ajar ika ni mcm mane nak feel. Podahhhhhh dah gila tu buat cara gila la. Mcmane boleh terlepas dari wad gila pun aku xtau. Pegi pukul pelakon tu buat ape. Tak suka pegi la ambik pelakon lain. Ni senang2 nak tumbuk anak org. Pompuan plak tu. Rasanya kalau mak kau kene pukul dpn mata kau pun, kau boleh ckp mcm statement kau ‘Allah sentiasa di sisi’ eh?Dasar bebal. Dasar psycho.

    0

    0
  6. kembayau says:

    gila ko pukul pompuan tanpa sebab, nak feel lah konon,,
    allahu rabbi, ni pengarah psycho ni, klo mcmni gayanya silap haribulan, boleh innalillah org dibuatnya, pls ambil tindakan segera, jgn ambil ringan penganiayaan tsebut

    0

    0
  7. lara alana says:

    betul ke pengarah tu ada masalah mental? azma sila jawab di melodi next week i tunggu.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Sakit jiwa kot pengarah ni,suka2 nk pukul org…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    kan aku dah cakap itu ari,ni semua untuk feel,menjiwai watak, lepas ni kita masuk adengan rogol plak,kena rogol ngan pengarah dulu depan orang ramai,baru dapat feel..haha..sebenarnya yg mangkuk adalah tukang ambil pelakon utk berlakon,pantang nampak cantik je,blasah terus ambil jadi pelakon,bakat takde pun takpe,sudahnya lakonan ke laut,tu ler lain kali cari pelakon yg memang ada bakat,feel tu datang sendiri,tak perlu nak di suruh.

    0

    0
  10. pey pack bar chin says:

    kan azma ni pernah masuk pusat pemulihan sebab masalah mental disorder .. ingat tak? dia masuk melodi explain dulu tu… so.. mmg sah azma pondan ni gila… GILA

    0

    0
  11. anon says:

    sama kes la dgn sepupu aku ni asek teraniaya sbb ada sekoq mamat kat ofis tu sakit kronik angau walhal mamat tu dah kawin and ada anak pompuan sorang.
    terok lah sepupu aku asek nak kena defend diri. mamat gemok tu memang dah kronik. HORROR BETUL!!!

    0

    0
  12. Kiah pekasam says:

    Budak azma ni bipolar disorder..x cukup dose la ubat die tu..bos kiah dulu pon bipolar..selalu suruh kiah bunuh diri n campak2 file..nyampah!

    0

    0
  13. gayah says:

    hah bagus la kau berambus je dari set tu. jgn kau dtg balik lepas dia offer lagi satu drama dah la. kengkadang pompuan ni pun naive sangat. dah kene bantai lepas dipujuk rayu, diberi “reasoning” dtg balik. laki durjana ni gila so kita sumer kene boycott kerja dia!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Dah tau ada sakit mental bt apa ambil jd pengarah,silap2 hb klu ada scene bunuh2 x feel dia rodok terus ngan pisau…

    0

    0